Buat masa ini, ada 7 pasukan yang masih mengintai slot 4 teratas. Di antara 7 pasukan ini, Chelsea mungkin boleh dikira selamat.
Namun begitu, tempat ke-4 musim ini di EPL tidak akan menjamin tempat ke UCL musim hadapan.
Ketika artikel ini ditulis, Leicester City baru sahaja diundi menentang Atletico Madrid di suku akhir.
Ramai yang menjangkakan mereka akan tersingkir di tangan Sevilla sebelum ini.
Satu lagi pasukan, Manchester United juga beraksi di suku akhir Europa League.
Pada musim lalu ramai tidak menjangka Leicester akan menjuarai EPL. Stereotaip yang sama ditujukan kepada mereka dalam kempen UCL kali ini.
Jika Leicester City dan Manchester United masing-masing menjuarai UCL dan UEL, ini bermakna hanya 3 sahaja slot UCL daripada EPL akan diambil.
Ini kerana, jika ditakdirkan Leicester City juara, mereka akan mara ke UCL pada musim hadapan walaupun worst case scenario, mereka tersingkir ke Liga Championship sekalipun.
Bak kata Michel Platini ketika Liverpool diberikan pasukan ke-5 yang akan beraksi di UCL (dari pusingan kelayakan) pada 2006:
“Setiap pasukan juara, berhak untuk mempertahankan kejuaraan mereka.”
One Night Istabul bukan sahaja mengubah nasib Liverpool dalam masa satu malam. Malah ia turut mengubah peraturan UEFA untuk UCL.
Itulah yang menjadi titik tolak kepada prospek 5 pasukan dari satu liga utama Eropah beraksi di UCL sekiranya juara bertahan gagal berada di 4 teratas.
Sebelum ini UEFA hanya menetapkan 4 pasukan sahaja.
Berkuatkuasa daripada musim 2015 pula, juara UEL akan diberikan slot untuk beraksi di UCL sebagai merit kepada pencapaian mereka.
UEFA melihat banyak pasukan dari liga besar di Eropah tidak mengambil serius UEL dan menjadikan kejohanan ini membosankan.
Salah satu langkah yang diambil UEFA adalah menawarkan slot ke UCL untuk sang juara. Pasukan pertama yang layak dengan cara ini dalam sejarah UCL adalah Sevilla.
Jadi, nampaknya nombor 4 bukan jaminan besar untuk ke UCL pada musim hadapan.
Baca juga: Carlo Ancelotti Teruja Jumpa Real Madrid Dan Protege Beliau, Zinedine Zidane