4 Senarai Akhir Pengurus Newcastle United Mahu Lantik Gantikan Steve Bruce

Sejak Public Investment Group (PIF) melengkapkan pengambilalihan Newcastle United, antara perkara utama yang menjadi tumpuan ialah masa depan pengurus pasukan Steve Bruce.

Terdapat laporan mengatakan Bruce akan dipecat di dalam tempoh 48 jam akan datang. Sekiranya benar, siapakah pula bakal pengganti beliau di St. James Park?

Berikut adalah empat calon utama yang dipercayai berada di dalam senarai akhir Newcastle United untuk menggantikan Steve Bruce jika benar perubahan tersebut akan berlaku.

Lucien Favre

Lucien Favre
(Photo by Martin Meissner/Pool via Getty Images)

Jurulatih dari Switzerland, Lucian Favre yang berusia 63 tahun tidak terikat dengan mana-mana kelab sejak dipecat Borussia Dortmund pada Disember tahun lalu.

Beberapa sebab dikatakan menjadi punca Favre dipecat oleh Dortmund walaupun bermula dengan baik bersama kelab Jerman itu.

Antaranya kritikan terbuka oleh pemainnya sendiri mengenai taktik perlawanan yang dianggap lapuk oleh pemain senior, dan kegagalan mendorong pemain muda untuk kekal bersaing menentang seteru utama Bayern Munich.

Favre hampir menyertai Crystal Palace pada musim panas lalu sebelum menolak tawaran pada saat akhir, memaksa kelab tersebut beralih kepada Patrick Evra.

Favre kini dilaporkan bersedia untuk kembali ke dalam bidang pengurusan dan kejurulatihan. Ketika bersama Dortmund, Favre pernah membawa kelab itu muncul naib juara Bundesliga sebanyak dua kali dan mara ke pusingan kalah mati Champions League.

Pengalaman jurulatih seperti Favre pernah menyelamatkan Monchengladbach jatuh dari saingan Bundesliga juga amat diperlukan oleh Newcastle sekiranya mengimpikan aksi di Eropah pada masa akan datang.

Brendan Rodgers

Pengurus Leicester City itu tidak putus dikaitkan dengan Newcastle United sejak pengabilalihan oleh konsortium Arab Saudi, Public Investment Fund (PIF) diumumkan pada minggu lalu.

Leicester kini menduduki kedudukan ke-13 Liga Perdana Inggeris, selepas dua musim berturut-turut kecewa kerana begitu hampir untuk berada di kedudukan empat teratas dan mendapatkan slot ke eropah.

Selepas permulaan serba tidak menentu pada musim ini, ia mungkin bermakna Rodgers perlu mencari cabaran baharu di tempat lain. Jika senario tersebut berlaku, maka St. James’ Park boleh menjadi destinasi seterusnya buat bekas pengendali Liverpool dan Swansea itu.

Masih dianggap sebagai salah seorang jurulatih muda yang memiliki faslsafah bola sepak yang menarik, Rodgers membantu Leicester merangkul kejuaraan Piala FA pertama mereka pada musim lalu.

Jika Newcastle berminat, apa yang mereka perlu lakukan ialah untuk menebus kontrak Rodgers bersama Leicester. Ia pasti bukan isu buat Newcastle yang memiliki segala kekayaan di dalam bola sepak.

Steven Gerrard

(Photo by Ian MacNicol/Getty Images)

Seorang lagi calon yang disenarai pendek oleh hierarki di Newcastle ialah pengurus Rangers, Steven Gerrard. Terdapat laporan mengatakan musim ini adalah musim terakhir Gerrard akan berpengkalan di Ibrox, menyebabkan mereka di Tyneside memerhati situasi tersebut dengan rapat.

Gerrard dianggap berjaya bersama Rangers selepas membantu kelab itu kembali bangkit untuk bersaing dengan Celtic – musuh tradisi Old Firm.

Bekas kapten Liverpool itu berjaya mengembalikan kejuaraan Liga Scotland pertama di dalam tempoh sedekad ke Ibrox pada musim lalu.

Selepas empat musim bersama Rangers dan gagal mengemudi kelab tersebut mara ke peringkat kumpulan Champions League musim ini, Gerrard yang kini berusia 41 tahun mungkin mahukan cabaran yang berbeza pada musim akan datang.

Beliau adalah seorang jurulatih muda yang memiliki karisma dan idea baharu, menjadikan Gerrard sebagai antara calon popular di kalangan penyokong The Magpies.

Antonio Conte

Antonio Conte
\ (Photo by Gabriele Maltinti/Getty Images)

Antonio Conte adalah nama paling glamour dikaitkan sebagai calon pengganti Steve Bruce. Ada banyak sebab mengapa Conte boleh menjadi calon pilihan utama Newcastle.

Pertama, pengendali dari Itali itu tidak terikat dengan mana-mana kelab dan boleh menyertai pasukan bila-bila masa sahaja. Kedua, Conte adalah nama besar yang diperlukan sekiranya pengurusan Newcastle mahu menghasilkan impak kepada perubahan yang mulai mereka lakukan.

Conte adalah seorang serial winner. Terbaru beliau membawa Inter Milan menjuarai kejuaraan Serie A pertama kelab itu di dalam tempoh 11 tahun, sekaligus memecah dominasi Juventus yang merangkul sembilan kejuaraan berturut-turut sebelum itu.

Beliau bagaimanapun meninggalkan Inter Milan selepas beberapa hari kejuaraan disahkan – dipercayai kerana perbalahan pendapat dengan hierarki tertinggi di San Siro mengenai polisi perpindahan pemain.

Di St. James’ Park, situasi tersebut mungkin tidak berlaku. Conte juga memiliki pengalaman di Premier League, membantu Chelsea merangkul kejuaraan liga pada musim pertamanya di Stamford Bridge.

Kesimpulannya, Conte dan Newcastle ibarat ‘match made in heaven’ – cukup sempurna untuk satu sama lain.

Penutup

Siapakah calon jurulatih lain yang berkemungkinan berada di dalam radar Newcastle United? Atau perlukah mereka kekal dengan Steve Bruce sekurang-kurangnya sehingga musim ini tamat?

Bruce mungkin bukan nama besar dan popular berbanding nama-nama lain seperti di atas, tetapi beliau adalah antara jurulatih berpengalaman menyelamatkan pasukan dari tersingkir ke liga bawahan dengan sumber yang terhad.

Apa pendapat anda? Nyatakan pendapat bernas anda melalui platform yang kami sediakan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN