Laungan #OleOut bukanlah perkara baharu di Old Trafford. Desakan memecat Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengurus Manchester United sentiasa timbul setiap kali pasukan itu melalui beberapa siri keputusan buruk.
Dari tujuh perlawanan lalu dalam semua pertandingan, Manchester United hanya menang dua kali dan tewas empat kali. Malah keputusan seri turut dianggap keputusan buruk bagi pasukan yang memiliki ramai pemain berstatus bintang seperti Manchester United.
Kini desakan agar pengendali dari Norway itu dipecat semakin kuat bergema selepas kekalahan terkini kepada Leicester City. Di sebalik segala desakan tersebut, tampuk pengurusan tertinggi di Old Trafford tetap bertegas posisi Solskjaer tetap selamat.
Lalu mengapakah Manchester United begitu bersabar dengan Ole Gunnar Solskjaer? Jika ia adalah pengendali lain, kami percaya mereka sudah pasti akan dipecat.
Berikut adalah sebab-sebab yang menyebabkan Manchester United begitu sabar dengan Solskjaer. Atau adakah Manchester United terpaksa bersabar?
Pengalaman lalu
Sejak persaraan Sir Alex Ferguson pada 2013, Manchester United tidak habis-habis mencari pengganti yang mempunyai acuan yang sama dengan pengurus legenda itu. Hakikatnya di dalam bola sepak moden seperti pada hari ini, perkara tersebut adalah mustahil.
David Moyes menjadi pilihan pertama untuk menggantikan Ferguson, dan bekas pengendali Everton itu hanya bertahan selama 9 bulan sebelum dipecat akibat desakan ramai setelah melalui 51 perlawanan yang kurang meyakinkan.
Ryan Giggs kemudiannya menjadi pengganti sementara. Walaupun ramai melihat legenda Old Trafford itu sebagai pengendali masa depan kelab itu, namun pengalaman Giggs membuatkan beliau bukan calon seterusnya untuk diserapkan sebagai pengendali tetap.
Kemudian datang Louis van Gaal dengan reputasi besar pernah mengendalikan Barcelona dan skuad kebangsaan Belanda. Walaupun dianggap sebagai salah seorang jurulatih berpengalaman di dalam bola sepak, Van Gaal tetap meninggalkan kedudukan beliau di Old Trafford, selepas kesabaran tampuk pengurusan diuji, walaupun berjaya meraih kejuaraan Piala FA pada musim pertamanya.
👤 @ManUtd managers win %:
🏴 Sir Alex Ferguson
✅ 59%🇵🇹 Jose Mourinho
✅ 58%🏴 Ernest Mangnall
✅ 54%🏴 David Moyes
✅ 53%🏴 Sir Matt Busby
✅ 52%🇳🇱 Louis Van Gaal
✅ 52%🏴 Ryan Giggs
✅ 50%🏴 Ron Atkinson
✅ 50%😳 The 2nd highest win % in @ManUtd history. pic.twitter.com/BfnX6ts06w
— SPORF (@Sporf) December 18, 2018
Jose Mourinho pula bermula dengan baik bersama Man Utd, memenangi Piala Liga dan kemudiannya Europa League. Tetapi pengendali dari Portugal itu gagal meneruskan aura positif tersebut, sebaliknya hubungan dengan pemain menjadi keruh menjadi punca kejatuhan beliau di Old Trafford.
Solskjaer pula diberikan peranan selaku pengendali tetap selepas beberapa siri keputusan luar biasa ketika bergelar ‘caretaker manager’. Daripada kalangan semua pengendali yang dilantik selepas persaraan Sir Alex, Solskjaer dilihat sebagai watak yang paling mengenali budaya di Old Trafford.
Pernah beraksi di bawah Ferguson selama beberapa musim, Solskjaer turut diharap mampu mengembalikan legasi yang menjadi asas kejayaan United pada era Premier League yang hilang sejak persaraan Ferguson.
Pendek kata, buat masa ini pengurusan tertinggi di Old Trafford percaya Manchester United masih lagi sebuah pasukan yang melalui proses dan belum lengkap walaupun memiliki deretan nama besar. Mereka juga percaya memecat pengurus juga bukan penyelesaian dan jaminan kejayaan mampu bergolek selepas itu seperti yang dibuktikan dengan pemecatan Moyes, Van Gaal dan Mourinho.
Tiada calon pengganti sesuai
Sekiranya Solskjaer dipecat sekali pun, siapakah calon paling sesuai untuk menggantikan Solskjaer di Old Trafford?
Dua nama yang dikaitkan sebagai pengganti kepada Solskjaer adalah bekas pengendali Chelsea dan Inter Milan, Antonio Conte dan juga bekas pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane.
Conte dilihat sebagai seorang jurulatih yang karismatik dan terkenal dengan sistem 3-4-3. Ia mungkin sistem yang sesuai untuk The Red Devils, tetapi Conte dikenali sebagai seorang pengendali yang mahukan pemain pilihannya sendiri untuk membentuk kesebelasan utama.
Di Real Madrid pula, Zidane dilihat sebagai jurulatih yang sangat terikat dengan struktur (Structurual). Beliau juga lebih mengutamakan permainan secara bertahan berbanding menyerang.
16 – Ole Gunnar Solskjær has given 16 different teenagers their Manchester United debut during his 151 games in charge, one more than José Mourinho, Louis van Gaal, Ryan Giggs and David Moyes did at the club combined (15 in 302 games). Tradition. pic.twitter.com/TDKJJ7gIma
— OptaJoe (@OptaJoe) July 24, 2021
Kelebihan Zidane mungkin adalah kerana beliau tahu bagaimana untuk menggunakan pemain seperti Cristiano Ronaldo.
Sekiranya salah seorang daripada menjadi pilihan untuk dilantik sebagai pengendali menggantikan Solskjaer, ia sudah pasti tidak datang dengan harga yang murah. Sekurang-kurangnya Solskjaer masih menerima bayaran lebi h rendah berbanding dua nama tersebut.
Selain itu, Manchester United juga harus mengorbankan ramai pemain muda. Jika sekarang Manchester United masih mampu mengetengahkan pemain produk sendiri seperti Marcus Rashford, Mason Greenwood dan Scott McTominay, kedatangan Conte atau Zidane bermakna akademi milik kelab tersebut boleh sahaja tutup pintu selepas ini.
Kita semua tahu Conte dan Zidane hanya mahukan pemain yang ada pengalaman dan sukar memberikan ruang kepada pemain muda.
Pelaburan menjadi sia-sia
Manchester United juga telah berbelanja dengan besar sejak Solskjaer bergelar pengurus tetap. Selepas berjaya mendapatkan Jadon Sancho pada Julai lalu misalnya, Manchester United dipercayai telah membelanjakan €300 juta lebih banyak dariapada apa yang mereka perolehi untuk pemain baharu – sejak tiga musim lalu.
Sebagai perbandingan, perbelanjaan keseluruhan Manchester City dalam tempoh yang sama ialah €160 juta, Chelsea pula membelanjakan €41juta and Liverpool membelanjakan €40m. (*kiraan perbelanjaan termasuk modal hasil penjualan pemain)
✍️ Ole Gunnar Solskjaer's signings at Manchester United:
Harry Maguire
Bruno Fernandes
Aaron Wan-Bissaka
Daniel James
Odion Ighalo
Donny van de Beek
Amad Diallo
Alex Telles
Facundo Pellistri
Edinson Cavani
Jadon Sancho
Tom HeatonA first trophy as manager incoming? 🏆 pic.twitter.com/D1CkDiB5tw
— GOAL (@goal) July 24, 2021
Di Eropah pula PSG telah membelanjakan €115 juta, Bayern Munich sebanyak €167 juta, Juventus membelanjakan €72 juta, Barcelona €104 juta dan Real Madrid sebanyak €116 juta.
Ini bermakna Manchester United telah berbelanja hampir dua kali ganda berbanding kelab-kelab utama Eropah yang lain untuk projek di bawah Soslkjaer.
Bayangkan sekiranya Solskjaer dipecat. Pelaburan tersebut akan menjadi satu kerugian besar buat Mancester United. Melantik pengurus baharu pula hanya akan memaksa Manchester United berbelanja lebih banyak selepas ini tanpa jaminan kejayaan.
Bukan Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo tidak pernah menjadi keutamaan Solskjaer sebelum pemain itu secara tiba-tiba mahu meninggalkan Juventus untuk menyertai Manchester City.
Beberapa buah media di UK turut melaporkan Solskjaer sebenarnya kurang gembira tampuk pengurusan tertinggi Manchester United gagal mendatangkan seorang pemain tengah pada musim panas lalu.
Solskjaer tidak pernah membantah ketibaan Ronaldo, tetapi pada masa yang sama beliau juga mahukan seorang pemain tengah yang nyata adalah posisi paling bermasalah buat Manchester United pada musim ini.
Beberapa nama dikatakan telah dicalonkan. Eduardo Camavinga antara yang terawal dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford, tetapi pemain itu amat jelas hanya mahukan perpindahan ke Real Madrid.
Fans are not happy following three defeats in four matches.
Despite spending big on an array of stars, #MUFC are still short in central midfield.
Patience with Solskjaer will start to diminish among the moderates if results and performances do not turn…
— The Athletic | Football (@TheAthleticFC) September 27, 2021
Turut dikaitkan ialah Saul Niguez dan Declan Rice. Niguez akhirnya menyertai Chelsea tanpa sebarang percubaan oleh Man Utd mendapatkannya.
Kavin Philips turut dikaitkan dengan penghijrahan ke Old Trafford, namun perkara itu sukar untuk berlaku. Philips dijangka akan menandatangani kontrak baharu bersama Leeds, dan perpindahan ke Old Trafford dilihat hanya memburukkan hubungan beliau dengan penyokong Leeds.
Ini menjadikan Declan Rice sebagai calon paling logik untuk dikejar oleh Solskjaer dan Manchester United, asalkan sanggup membelanjakan £100 juta untuk pemain tersebut.
Sehingga itu, Solskjaer tidak mempunyai pilihan lain selain menggandingkan Fred dan Scott McTominay sebagai ‘double pivot’ dan sekali sekala mengharapkan kudrat Nemanja Matic yang sudah berusia 33 tahun di posisi tersebut.
Penutup
Anda punyai sebab lain mengapa Solskjaer tidak akan dipecat oleh Manchester United? Berdasarkan empat perkaara di atas, penyokong Manchester United yang mahukan perubahan terpaksa melupakan niat tersebut terlebih dahulu.
Buat masa ini, Solskjaer masih dianggap kebal dan masih menerima sokongan majoriti ahli pengurusan tertinggi kelab itu.
Ia mungkin percaturan yang salah dan bakal memakan diri buat Manchester United untuk mengekalkan Solskjaer. Ia juga mungkin perjudian yang mampu membuahkan hasil lumayan pada masa hadapan.
#OleIn atau #OleOut?