Quantcast

KAJIAN & FAKTA

4 Sebab Kenapa Matthijs De Ligt Pemain Yang Ideal Untuk Juventus

Sebentar tadi Sky Italia menyatakan De Light sedang berbincang dengan Juventus untuk potensi perpindahan ke Turin. Selain daripada Juvenus, 2 lagi pasukan iaitu PSG dan Barcelona masih lagi berminat dengan De Ligt.

Berikut adalah 5 sebab kenapa De Ligt pemain yang ideal untuk Maurizio Sarri.

1. Jenis pemain sesuai dengan Sarriball

Matthijs De Ligt merupakan pemain bek tengah yang selesa dengan bola ataupun ball playing defender. Beliau seperti Koulibaly di Napoli. Di mana – pemain jenis ini mampu untuk menjadi pemain perancang dari bahagian belakang.

Peranan ini dipanggil sebagai libeiro moden. De Ligt mampu untuk ‘memegang bola’ dengan selesa. Ini juga antara kekuatan yang diperlukan oleh Maurizio Sarri.

Ketika di Chelsea, beliau menggunakan David Luiz untuk peranan tersebut. Dan pada masa yang sama dikaitkan dengan minat ke atas Koulibaly.

Maurizio Sarri memulakan era beliau di Juventus pada musim akan datang. Jadi beliau pastinya mahukan pemain berpotensi seperti ini untuk pasukannya.

2. Pengganti Leonardo Bonucci

Dalam skuad Juventus yang sedia ada, Leonardo Bonucci merupakan pemain libeiro moden – antara yang terbaik dalam generasi beliau.

Dengan usia beliau yang akan mencecah 33 tahun tahun hadapan, Matthijs De Ligt adalah calon terbaik untuk transisi pasukan. De Ligt dan Bonucci boleh membentuk ‘squad depth’ yang kuat.

Namun Bonucci haruslah menerima hakikat bahawa, De Ligt mungkin akan menjadi pemain utama kerana dibeli dengan harga yang sangat mahal.

Selain daripada menggantikan Bonucci, kehadiran De Ligt juga boleh bergandingan dengan Bonucci apabila perlu. Ketika pemain Chiellini tidak dapat beraksi. Pemain yang merupakan ‘ball winning center back’.

3. Potensi De Ligt

Matthijs De Ligt merupakan pemain muda yang sangat cepat matang sama ada sebagai pemain dan juga sebagai pemimpin. Beliau merupakan kapten Ajax – yang menjadi nadi penting skuad tersebut mara sehingga ke separuh akhir UCL – serta menjadi juara liga.

Beliau masih lagi produk yang dalam proses membangun serta meningkat naik. Jadi, sesiapa sahaja yang berjaya mendapatkan De Ligt secara tak langsung akan membeli pemain ini dengan kehebatan yang sedia ada serta pakej potensi masa hadapan.

Namun apabila disebut potensi, haruslah Juventus menyediakan pelan pembangunan yang terbaik untuk ‘super star’ dalam pembikinan ini.

4. Kualiti tambahan

Kualiti tambahan yang ada pada Matthijs De Ligt adalah kemampuan beliau untuk menjadi penjaring gol tambahan dalam situasi bola mati.

Selain itu, kami sudah menjelaskan, beliau merupakan pemain yang boleh menjadi perancang daripada belakang. Jadi beliau bukan sahaja bagus ketika bertahan, malah menawarkan aspek ‘playmaking’.

De Ligt juga memiliki keupayaan duel fizikal yang sangat baik.

Boleh dikatakan beliau merupakan pertahanan moden yang mampu bermain dengan corak pertahanan fizikal yang klasik.

Rumusan

Itu antara 4 sebab kenapa kami rasa Matthijs De Ligt pemain ideal untuk Juventus.

Juventus dalam proses transisi taktikal dengan falsafah taktikal Sarri. De Ligt boleh menjadi tunjang kepada peralihan tersebut.

Siapa tahu De Ligt benar-benar menyertai Cristiano Ronaldo. Selepas malam final UNL lalu Ronaldo mengusik De Ligt meminta pemain itu datang ke Juventus.