4 Sebab Bayern Munich Tidak Konsisten Musim Ini

Kami tertarik dengan satu penulisan editor Bayern Central iaitu Michel Munger yang menggariskan beberapa punca Bayern Munich tidak konsisten musim ini.

Berikut adalah 4 sebab utama yang disenaraikan oleh Munger.

1. Taktikal Ancelotti

Sudah kedengaran isu ego Ancelotti dalam kedegilan beliau untuk kekal dengan 4-3-3. Sedangkan dalam beberapa perlawanan, 4-4-2 dan 4-4-1-1 adalah formasi yang kerap menyelamatkan mereka.

Baru ini mereka tewas mengejut di tangan Rostov dalam perlawanan UCL. Lawan yang pernah mereka belasah 5-0 sebelum ini.

by

Sebelum ini beliau berjanji akan cuba mengekalkan menjoriti pendekatan Pep Guardiola dalam pengurusan taktikal. Ia memang kurang realistik kerana kedua-dua mereka ada cara yang tersendiri.

Kini beliau berkata:

“Saya akan kekal dengan pendirian saya dalam isu sistem permainan.”

Terlalu banyak isu buat masa ini. Bermula dengan Thomas Muller yang kurang faham dengan peranan yang dikehendaki oleh sistem Ancelotti sehinggalah ke pemilihan kesebelasan utama dalam setiap perlawanan.

Ia mengingatkan kita kepada Louis Van Gaal yang dipecat pada 2015 kerana gagal membentuk sistem berdasarkan pemain-pemain bintang yang ada.

2. Disiplin Pemain

Ramai pemain Bayern Munich menganggap Ancelotti seperti seorang ayah. Namun dari segi kepimpinan beliau terlalu berlembut dan dilihat terlalu ingin menjadi hubungan dengan para pemain.

Baru-baru ini, Pengerusi Bayern Munich Karl-Heinz Rummenigge secara terbuka mengkritik cara hidup (lifestyle) Jerome Boateng yang terlalu sosial. Ia memberikan impak kepada persembahan di dalam padang.

by7

Berlaku kemerosotan yang ketara dalam permainan David Alaba, Phillip Lahm dan juga Javi Martinez. Ramai mulai sangsi dengan corak latihan yang diberikan Carlo Ancelotti.

Adakah beliau memberikan latihan yang lebih ringan? Setelah pemain-pemain ini dididik dengan disiplin yang kuat sebelum ini di bawah Guardiola.

Kita semua tahu ketegasan Guardiola dalam mengawal disiplin pemain beliau dan juga sesi latihan.

3. Pemain Terlalu Bebas

Dalam laporan terbaru pasukan, diakatakan ramai pemain yang naik berat badan. Hal ini harus dipandang serius kerana ia melibatkan keadaan fizikal yang unggul untuk bermain di peringkat tertinggi.

by5

Salah satu daripada faktor masalah ini adalah pemain terlalu bebas dalam soal rutin harian mereka. Carlo Ancelotti perlu lebih tegas dalam soal ini.

4. Isu ‘Anak Emas’

Dalam beberapa perlawanan awal musim pemain seperti Lahm dan Alaba gagal menyerlah. Namun mereka sentiasa menjadi pemain pilihan utama.

by4

Sedangkan Bernat dan Rafinha dilihat beraksi lebih cemerlang daripada mereka. Seterusnya adalah Franck Ribery dan Thomas Muller sentiasa dalam pilihan utama skuad jika cergas.

Ia membuatkan pemain seperti Douglas Costa sukar untuk diberikan aksi konsisten. Costa antara pemain terbaik di Eropah pada musim lalu.

Dengan skuad yang besar dan sarat dengan bakat, Carlo Ancelotti harus lebih adil dalam pemilihan pemain. Ia tidak untuk mewujudkan persaingan yang lebih kuat untuk merebut posisi.

Kesimpulan

Menjadi pengurus Bayern Munich memang bukan satu tugasan yang mudah. Ini kerana mereka sentiasa mahukan dominasi dalam bola sepak di Jerman.

by2

Isu tatikal mulai menjadi agenda yang kompleks kerana Pep Guardiola sebelum ini meninggalkan falsafah Juego Di Posicion.

Mampukan Ancelotti membawa Bayern Munich ke satu tahap yang cemerlang musim ini?

Baca juga: Analisis Taktikal EPL 2016/17: Chelsea Hentikan ‘Active Ball Playing’ Di Blok Rendah Untuk Menang

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN