4 Sebab Mengapa Ander Herrera Adalah Calon Terbaik Untuk Jadi Kapten Baharu Man United

Saya terdetik untuk menulis artikel ini selepas membaca artikel bertajuk ‘5 Pemain Tersenarai Sebagai Calon Kapten Baharu Manchester United’ di Semuanya BOLA.

Sebagai peminat tegar Manchester United, saya turut teruja dengan perbincangan tentang pemilihan kapten baharu ini.

Namun diantara 5 pemain yang disebut sebagai calon kapten, saya berpendapat bahawa lilitan kapten layak diberikan kepada pemain sensasi Manchester United pada masa kini iaitu Ander Herrera.

Di sini saya nyatakan 4 sebab pilihan saya.

3K (Komitmen, komunikasi, kepintaran)

Seorang kapten harus memberi komitmen sepenuhnya di dalam padang bagi menunjukkan contoh dan memberi inspirasi kepada pasukan. Selain itu, seorang kapten juga harus bijak berkomunikasi dengan rakan di atas padang.

Jika anda ingin melihat contoh komitmen terbaik pemain Manchester United musim ini, tonton saja persembahan Herrera ketika menentang Chelsea di Old Trafford pada musim lalu.

Tidak dinafikan perlawanan inilah yang menyebabkan penyokong Manchester United mula meminta Jose Mourinho meletakkan Herrera sebagai kapten.

Jika anda mengikuti perkembangan bola sepak, anda mesti tahu bagaimana Herrera mengarahkan Henrikh Mikhtaryan untuk bertukar posisi dengannya dan seterusnya mencetuskan gol kedua Manchester United ketika aksi final Europa League.

Mourinho juga turut memuji Herrera sebagai antara pemain paling pintar yang pernah dimilikinya.

Beliau juga berkata bahawa beliau beruntung kerana mempunyai pemain yang boleh mengawal situasi mengikut kepekaan sendiri.

Sifat agresif seorang kapten Manchester United

Sifat agresif kadangkala diperlukan oleh seorang kapten untuk memimpin pasukan, terutamanya untuk kelab seperti Manchester United.

Lihat saja bekas kapten-kapten sebelum ini; Peter Schmeichel, Roy Keane, Rio Ferdinand, Vidic dan Wayne Rooney.

Nama-nama ini terkenal dengan sikap kasar dan agresif di atas padang, sentiasa mempertikai keputusan pengadil dan akan menjerit untuk memberikan arahan kepada rakan pasukan.

Jika dilihat berdasarkan ciri-ciri bekas kapten di atas, saya merasakan gaya permainan Herrera di atas padang sudah cukup mencerminkan gaya seorang kapten Manchester United, sama seperti kapten-kapten lagenda sebelum ini.

Herrera ‘berdarah’ Red Devils

Walaupun baru tiga musim bersama Manchester United, Herrera memahami erti menyarung jersi tersebut di Old Trafford.

Penyokong Manchester United berpendapat bahawa Herrera merupakan pemain dari luar selepas Patrice Evra yang ‘memahami’ kelab serta ertinya kepada penyokong.

Disamping mengagumi bagaimana Herrera mempertahankan jersi merah beliau, ada juga penyokong yang merasakan bahawa Herrera adalah individu yang mencerminkan era baru Manchester United selepas zaman kegemilangan Sir Alex Ferguson.

Herrera disayangi penyokong

Walaupun ia bukan satu  kemestian, namun rata-rata kapten Manchester United merupakan pemain yang  disayangi oleh penyokong.

Ya, saya tidak pernah dengar lagi kapten Manchester United yang tidak digemari penyokong dan mungkin sebab itulah Maroune Fellaini tidak diangkat menjadi kapten walaupun beliau disayangi Mourinho.

p/s: Saya tidak dapat bayangkan reaksi penyokong Manchester United sekiranya nama Fellaini tersenarai dalam calon kapten kelab.

Komitmen Herrera di atas padang menyebabkan beliau dipuji, namun sikap beliau di luar padang yang menyebabkan beliau disayangi penyokong.

Herrera terkenal dengan sikap ramah dan selalu tersenyum. Selain Juan Mata, Herrera juga terkenal dengan sikap mesra penyokong beliau.

Herrera sering meluangkan masa untuk berjumpa dengan peminat ketika tamat perlawanan, memberi tandatangan serta jersi yang dipakai.

Penyokong juga dilihat sering menyorak nama beliau ketika perlawanan.

Herrera baru-baru ini sekali lagi menambat hati penyokong Manchester United apabila menolak segala spekulasi dengan Barcelona dan mengatakan bahawa beliau gembira di Old Trafford dan ingin membuat penyokong bangga.

Walaupun saya mengatakan Ander Herrera merupakan individu yang paling layak untuk menjadi kapten, namun saya merasakan bahawa tugas kapten akan kekal disandang oleh Micheal Carrick dan Antonio Valencia.

Namun melihat faktor umur mereka, saya percaya Herrera tetap akan menjadi kapten Manchester United satu hari nanti.

Nota editor: Artikel ini merupakan hasil penulisan saudara Iddy Zulkifle yang merupakan peminat tegar Manchester United. Jika anda mahu tulisan anda dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia, hantar artikel 300 patah perkataan anda dalam format MS Word ke [email protected] .

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN