England yang menang keatas Colombia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti dalam perlawanan peringkat kalah mati di Stadium Spartak Moscow bakal berdepan Sweden di peringkat suku akhir malam ini.
Ramai pemerhati bolasepak meramalkan bahawa pengakhiran perlawanan itu nanti bakal ditentukan menerusi sepakan penalti.
Ini kerana rekod keputusan perlawanan bagi kedua-dua pasukan membabitkan Piala Dunia sebanyak empat kali adalah seri.
Dua kali dalam perlawanan pusingan kelayakan dan dua kali di pusingan akhir Piala Dunia.
Ianya sekaligus telah memberi gambaran awal bahawa pertembungan kelima ini bakal dipersembahkan dengan aksi dramatik sehingga penghujung babak perlawanan.
Mari kita imbas kembali empat pertemuan diantara England dan Sweden di kejohanan Piala Dunia.
1. Kelayakan Piala Dunia 1990 ( 19 Oktober 1988 )
England gagal mengambil peluang beraksi di laman sendiri selepas sekadar berkongsi satu mata dengan Sweden dalam perlawanan pertama kelayakan Piala Dunia 1990 di Stadium Wembley 19 Oktober 1988.
England telah diundi bersama Sweden, Poland dan Albinia dalam kumpulan B bagi pusingan kelayakan zon Eropah.
Chris Waddle mengejutkan gawang pelawat apabila beliau berjaya menjaringkan gol pada awal minit perlawanan, namun jaringan itu dibatalkan pengadil perlawanan, Gabriele Biguet.
The Three Lions mendominasi keseluruhan permainan namun, kehandalan penjaga gawang lawan, Thomas Ravelli menafikan England meledak sebarang gol.
Perlawanan menjadi tegang apabila pemain Sweden, Glenn Stromberg telah dijatuhkan didalam kotak penalti, tetapi situasi itu langsung tidak diendahkan oleh pengadil.
England kerap menyerang kubu Sweden namun masih gagal memecah kebuntuan sehingga berakhirnya babak pertama.
Bersambung separuh masa kedua, pengendali The Three Lions, Robert W. Robson membuat dua pertukaran bagi mencari gol pembukaan, namun benteng pertahanan Sweden kental menyerap asakan bertali arus jentera serangan England.
Kedudukan tanpa sebanrang jaringan itu kekal sehingga tiupan wisel penamat.
2. Kelayakan Piala Dunia 1990 ( 06 September 1988 )
Sweden mempamerkan aksi mengecewakan setelah hanya mampu seri tanpa jaringan dengan England pada pertemuan kedua diantara mereka untuk pusingan kelayakan Piala Dunia kumpulan B di Råsunda Fotbollstadion, Stockholms.
Kehadiran hampir 38 ribu penonton nyata gagal menyuntik semangat para pemain untuk mencari gol sehingga penhujung babak perlawanan.
Perlawanan ini turut diwarnai dengan insiden ngeri yang belaku keatas ketua pasukan England, Terry Butcher.
Butcher mengalami kecederaan dibahagian kepala selepas bertembung dengan pemain Sweden semasa melakukan perebutan bola.
Beliau telah menerima rawatan segera ditepi padang sebelum dibenarkan masuk semula oleh pengadil perlawanan.
Lebih mengerikan apabila kepala Butcher yang sudah ditutupi kain pembalut dilihat mengalami pendarahan yang lebih serius sehingga membasahi hampir separuh tubuh beliau.
Insiden itu menyebabkan Butcher menerima hampir sepuluh jahitan dibahagian kepalanya.
Perlawanan diteruskan dan keputusan 0-0 kekal sehingga tiupan wisel penamat oleh pengadil, Hubert Forstinger.
3. Piala Dunia 2002 ( 02 Jun 2002 )
England dan Sweden memulakan kempen Piala Dunia dengan mencatatkan keputusan seri 1-1 selepas kedua-dua pasukan bertemu pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Saitama, Saitama.
Keputusan seri tersebut meletakkan mereka ditangga kedua dan ketiga kumpulan F selepas Argentina berjaya menewaskan Nigeria pada perlawanan sebelumnya.
England bermula garang apabila melakukan banyak percubaan awal ke arah gawang Sweden namun berjaya dinafikan oleh penjaga gol mereka, Magnus Hedman.
Serang bertali arus England akhirnya akhirnya membuahkan hasil apabila pemain pertahanan The Three Lions, Sol Campbell menanduk bola hasil sepakan sudut David Beckham.
Hasrat England untuk meraih tiga mata penuh dalam perlawanan tersebut musnah selepas Niclas Alexandersson berjaya meledak gol pada minit ke-59 perlawanan.
Kedua-dua pasukan berusaha untuk mencari gol kemenangan tetapi keputusan tersebut kekal sehingga tamat perlawanan.
4. Piala Dunia 2006 ( 20 Jun 2006 )
Sweden sertai England untuk melangkah ke pusingan 16 pasukan terakhir Piala Dunia FIFA 2006 di Jerman selepas kedua-duanya terikat seri 2-2 di FIFA WM Stadion Köln, Cologne.
Aksi terakhir peringkat Kumpulan B ini menyaksikan pengendali England, Sven-Göran Eriksson terus menyenaraikan pemain-pemain bintang dalam pasukannya antaranya David Beckham, Michael Owen, Frank Lampard dan Owen Hargreaves.
Walaupun kedua-dua pasukan sudah mengesahkan kemaraan ke pusingan seterusnya, perlawanan tersebut tetap berlangsung sengit.
Pada perlawanan tersebut, England yang masih segar dengan kejayaan menewaskan wakil Amerika Selatan , Trinidad dan Tobago pada perlawanan sebelumnya membuktikan keupayaan dengan mendominasi sebahagian besar perlawanan.
Englang bermula garang dengan melakukan serangan awal menerusi pemain sayap mereka, Joe Cole.
Joe Cole berjaya menjaringkan gol pertama pelawanan pada minit ke-34 selepas rembatan padu beliau dari luar kotak penalti gagal diselamatkan penjaga gol Sweden, Andreas Isaksson.
Jaringan tersebut kekal sehingga tiupan wisel babak pertama perlawanan.
Bermula babak kedua, Sweden kembali mengasak kubu pertahanan England dan giliran Marcus Allbäck menyempurnakan peluang terbaik hasil sepakan sudut di minit ke-51 sekaligus berjaya menyamakan semula kedudukan.
Tersentak dengan itu, England memperkemaskan serangan dan hasilnya ketua pasukan Liverpool, Steven Gerrard berjaya meletakkan pasukan itu kembali didepan pada minit ke-85.
Henrik Larsson muncul wira Sweden dengan gol penyamaan selepas menolak bola masuk hasil lontaran dari jarak jauh oleh Erik K. Edman berselang lima minit kemudian.