Barcelona semalam berkata akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Sepanyol, El Mundo selepas penerbitan syarikat itu mendedahkan butiran kontrak Lionel Messi bersama kelab itu pada Ahad lalu.
Akhbar tersebut mendakwa butiran tersebut adalah berdasarkan kontrak yang ditandatangani oleh Messi pada 2017. Dokumen tersebut dengan jelas menunjukkan kontrak Messi bersama Barcelna yang mencecah €555 juta untuk tempoh empat musim.
Kontrak tersebut menjadikan Messi sebagai pemain yang menerima bayaran (kontrak) termahal di dalam sejarah sukan.
Apakah perkara yang didedahkan?
Menurut El Mundo, Messi akan menerima sebanyak €555,237,619 untuk tempoh empat musim, jika beberapa syarat dipenuhi berjaya dipenuhi oleh pemain. Sepanjang tempoh tersebut Messi turut akan dibayar gaji pokok sebanyak €72 juta.
El Mundo mendakwa kontrak yang diberikan kepada Messi itu terlalu banyak disertakan dengan insentif. Untuk pembaharuan kontrak sahaja, Messi sudah pun dibayar sebanyak €115 juta sebagai bonus untuk menurunkan tandatangan. Ini tidak termasuk bayaran berjumlah €77 juta – dijelaskan secara dua peringkat – sebagai tanda kesetiaan pemain itu untuk kekal bersama Barcelona.
Selain itu Messi juga akan dibayar bonus tambahan sekiranya beraksi lebih dari 60% peratus perlawanan untuk Barcelona pada setiap musim, yang termasuk perjalanan pasukan di Champions League, muncul juara La Liga atau Copa del Rey, dan memenangi anugerah individu seperti FIFA’s The Best Award.
Barcelona will take legal action against Spanish newspaper El Mundo after it published details of the contract Lionel Messi signed in 2017.
The €555M ($674M) contract equates to $168M a year 💰 pic.twitter.com/edlDWuC5YJ
— B/R Football (@brfootball) January 31, 2021
Laporan El Mundo berkata setakat ini Messi telah pun memastikan Barcelona perlu membayar €510 secara keseluruhan.
Persoalannya, adakah Messi benar-benar telah menerima bayaran berjumlah €510 juta dari Barcelona sejak 2017.
Besar kemungkinan tidak. Ini kerana pemain Barcelona sebelum ini diminta untuk menerima pemotongan 70% pada Mac lalu akibat penularan wabak.
Messi juga perlu menjelaskan lebih kurang separuh dari pendapatannya untuk cukai kepada kerajaan Sepanyol.
Beberapa pencapaian lain turut tidak tercapai.
Bagaimana reaksi Barcelona?
Persoalan utama sekarang ialah apakah tujuan sebenar di sebalik pendedahan tersebut? Adakah ia sejenis pendedahan bertujuan untuk sabotaj? Satu perkara yang pasti ia boleh memberikan persepsi tidak baik kepada Messi.
Setakat ini Barcelona telah menafikan pihak mereka bertanggungjawab membocorkan dokumen tersebut. Malah kenyataan daripada kelab berkata mereka akan mengambil tindakan terhadap El Mundo.
Barcelona have denied leaking Lionel Messi's contract.
The club say they'll take "appropriate legal action" against Spanish newspaper El Mundo for publishing the details.
— BBC Sport (@BBCSport) January 31, 2021
Anehnya Barcelona tidak menafikan dokumen tersebut sebagai palsu untuk melindungi kerahsiaan.
“Pihak kelab kecewa kerana maklumat dokumen tersebut dibocorkan memandangkan ia adalah maklumat sulit berkaitan dua puhak,” kata Barcelona dalam satu kenyataan.
“FC Barcelona menafikan bertanggunjawab terhadap penyiaran dokumen tersebut, dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhabr Elo Mundo atas kesan yang mungkin berlaku oleh pendedahan tersebut.”
Apa reaksi Messi?
Setakat ini Messi kelihatan tenang dan belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai pendedahan tersebut.
Malah pemain itu menghasilkan satu sepakan percuma cantik dalam perlawanan menentang Athletic Bilbao untuk memastikan Barcelona menang 2-1 dalam perlawanan yang diadakan pada awal pagi tadi.
Pada masa yang sama Barcelona melahirkan rasa kekecewaan dan memberikan sokongan sepenuhnya kepada Messi kerana pendedahan tersebut dipercayai cuba memburukkan imej pemain itu, selain hubungannya dengan entiti di mana beliau mencipta nama sebagai salah seorang pemain bola sepak terbaik dunia pada hari ini.
Mengapa pendedahan tersebut boleh menjadi kontroversi?
Sejauh manakah pendedahan tersebut boleh menjadi kontroversi? Perkara ini menjadi kontroversi kerana pendedahan tersebut berlaku pada ketika Barcelona sedang sibuk melangsaikan hutang dan beban kewangan yang besar.
Seperti semua sedia maklum, majoriti sebab kedudukan kewangan Barcelona meruncing adalah disebabkan impak penularan wabak Covid-19.
Just Lionel Messi doing Lionel Messi things! 🐐
Extra players in the wall, a player lay on the floor in the wall, a player on the line… you simply can't stop the GOAT. Stunning. 👏 https://t.co/jn50DnGsoW
— SPORTbible (@sportbible) January 31, 2021
Kelab dari Catalan itu dipercayai mempunyai hutang mencecah nilai €1.2 juta. €730 juta daripada jumlah tersebut harus dilangsaikan pada kadar segera. €266 juta lagi pula perlu dibayar kepada pihak bank sebelum 30 Jun akan datang.
Kedudukan kewangan yang meruncing merupakan salah satu sebab mengapa Barcelona terdorong untuk memberikan sokongan kepada European Super League yang mendapat banyak bantahan daripada badan berkepentingan lain di dalam bola sepak.
Penutup
Sukar untuk mengetahui punca sebenar pendedahan oleh El Mundo. Adakah ia sala satu konspirasi untuk menjatuhkan Messi? Adakah ia langkah untuk menjadikan pemain terbaik dunia itu sebagai kambing hitam untuk masalah kewangan yang dihadapi oleh Barcelona?
Satu perkara yang pasti, pendedahan sebegini tidak akan memberikan keuntungan kepada Messi. Malah pendedahan tersebut hanya akan mengeruhkan lagi hubungan di antara Messi dan Barcelona yang sememangnya mulai renggang sejak musim panas lalu.
Baca artikel-artikel menarik lain mengenai Messi di:
3 Sebab Man City Patut Batalkan Saja Niat Tandatangani Lionel Messi
Menjawab Stigma Messi Akan Gagal Bersama Kelab Lain Selain Barcelona
Statistik Menunjukkan Lionel Messi Sedang Mengubah Gaya Permainannya