Sukan bola sepak dan kad merah memang tidak dapat dipisahkan dengan para pemain apatah lagi jika seseorang pemain tersebut telah beraksi begitu banyak perlawanan sepanjang karier mereka.
Saat berada di dalam tekanan yang memuncak, seseorang pemain mungkin akan melakukan terjahan keras mahupun beberapa tindakan yang mengakibatkan mereka diberikan kad kuning atau seterusnya diberikan kad merah.
Namu terdapat pemain yang berjaya mengawal tingkah laku dan kesabaran mereka ketika beraksi. Berikut adalah 5 pemain terkenal yang tidak pernah menerima sebarang kad merah sepanjang karier mereka :
Phillip Lahm
Menjadi pemain pertahanan kanan sudah pasti memerlukan Lahm untuk melakukan terjahan dan halangan bagi menggagalkan usaha pemain bahagian serangan lawan.
Namun bekas ketua pasukan Bayern Munich itu berjaya melakukannya tanpa diberikan sebarang layangan kad merah kepada beliau dalam 757 perlawanan yang dilaluinya.
Satu pencapaian yang luar biasa bagi seorang pemain pertahanan.
Damien Duff
Bekas pemain sayap Blackburn Rovers, Chelsea, Fulham dan Melbourne City ini telah menikmati 589 penampilan bersama kelab yang telah disertainya sebelum mengumumkan persaraan pada tahun 2015.
Duff yang tangkas ketika melakukan larian deras bagi memecah kubu pasukan lawan begitu berdisiplin dalam kariernya terutama ketika beraksi di Liga Perdana Inggeris yang merupakan antara liga yang diakui paling kompetitif di dunia.
Rekod yang diciptanya seiring dengan kehebatannya ketika beraksi di padang.
Raul Gonzalez
Legenda Real Madrid ini berjaya menjaringkan 388 gol daripada 932 penampilannya bersama kelab serta berjaya membantu Real Madrid menjuarai tiga Liga Juara-Juara Eropah pada tahun 1998, 2000 dan 2002.
Raul juga menjadi pemain pertama yang menjaringkan gol dalam dua perlawanan akhir.
Beliau seringkali menghadapi perlawanan panas seperti ‘El-clasico’, Ruhr Derbi (Borussia Dortmund bertemu Schalke 04), perlawanan Liga Juara-Juara Eropah, namun Raul tidak pernah menerima sebarang kad merah dan berjaya mengawal dirinya dengan baik dari segala tekanan yang dihadapi.
Selain beraksi bersama Real Madrid, beliau pernah beraksi di Schalke 04, Al Sadd dan New York Cosmos.
Gary Lineker
Legenda England berusia 56 tahun yang pernah beraksi bersama Leicester City, Everton, Barcelona, Tottenham Hotspur dan Nagoya Grampus Eight (567 penampilan) ini bukan sahaja hebat dengan aksinya di padang sahaja namun beliau juga tidak pernah menerima sebarang kad kuning dan merah sepanjang kariernya.
Satu pencapaian yang sangat ‘gila’ jika difikirkan mengenai perkara ini.
Pencapaian peribadi yang dikecapi Lineker itu telah mendapat pengiktirafan dari Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) apabila menganugerahkannya ‘FIFA Fair Play Award’ pada tahun 1990.
Lineker telah menjaringkan 330 gol sepanjang karier beliau.