4 Pemain Senior Bayern Munich Desak Kovac Dipecat

Laporan oleh Bavarian Football menyatakan yang 4 pemain senior dalam pasukan Bayern Munich kini sedang aktif berusaha untuk mendesak Niko Kovac dipecat.

4 nama tersebut adalah nama yang sama bertemu dengan Presiden kelab pada musim lalu – untuk mendesak agar Carlo Ancelotti dipecat.

Baru-baru ini, Carlo Ancelotti ada menyindir bahawa beliau ada mendengar di Bayern Munich tiada apa yang berubah. Beliau membandingkan pembangunan yang ketara di PSG berbanding Bayern.

Pengendali dari Itali itu menyatakan yang beliau ada mendapat maklumat daripada rakannya – dipercayai orang dalam Bayern Munich – bahawa masalah lama kelab itu masih berlaku.

Media mulai mengaitkan sindiran itu kepada beberapa pemain senior yang besar kepala mendesak pengurus untuk dipecat – seperti mana yang pernah berlaku kepada beliau. Ancelotti menjadi mangsa kepada ‘kuasa pemain’ mengatasi jurulatih di Bayern Munich.

Cavani

Laporan oleh Bavarian Football menyatakan dengan spesifik nama Thomas Müller, Arjen Robben, Mats Hummels, dan Franck Ribery adalah pemain yang meminta agar pengurusan memecat Niko Kovac.

4 pemain ini dilihat perlahan-lahan semakin kurang minit di bawah kendalian Niko Kovac. Perkara itu semakin ketara apabila isteri Thomas Muller sendiri memuat naik kritikannya kepada Niko Kovac dalam Instagram Story- bengang suaminya dimasukkan lewat: “Lebih 70 minit sehingga dia [Kovac] keluar ‘cahaya’ genius”.

Niko Kovac kemudian meminta agar isteri Thomas Muller meminta maaf kepada pihak pengurusan Bayern Munich. Lisa Muller kemudian telah meminta maaf secara rasmi – ianya disiarkan di dalam laman rasmi Bayern Munich. Niko Kovac menerima permintaan maaf tersebut.

Kicker kemudian melaporkan 4 pemain tersebut mengkritik Niko Kovac ‘di belakang’ – menyatakan kritikan itu kepada Pengarah Sukan – Hasan Salihamidzic. Mereka meminta Salihamidzic mempertimbangkan secara serius untuk memecat jurulatih yang dianggap tiada pengalaman mengendalikan kelab besar itu.

Beberapa bulan lalu – James Rodriguez terkeluar perkataan: “Ini Bayern Munich, bukannya Frankfurt.” Kata-kata yang mungkin terkeluar secara tak sengaja selepas beberapa pemain mengkritik jurulatih mereka di belakang.

MUNICH, GERMANY – OCTOBER 06: Head coach Niko Kovac of FC Bayern Muenchen reacts during the Bundesliga match between FC Bayern Muenchen and Borussia Moenchengladbach at Allianz Arena on October 06, 2018 in Munich, Germany. (Photo by Matthias Hangst/Bongarts/Getty Images)

Kovac sebelum ini berhadapan dengan konflik untuk memilih pasukan. Pemain senior tak berpuas hati diletakkan di bangku simpanan – sementara beberapa pemain muda seperti Gnabry pula turut menuntut lebih minit perlawanan.

Niko Kovac membuat kenyataan sebelum ini bahawa beliau hanya boleh memilih 11 pemain. Jadi, beliau akan cuba membuat keputusan terbaik demi pasukan dan juga para pemain.

Adakah Niko Kovac bakal menerima nasib yang serupa dengan Carlo Ancelotti? Ini selepas Ancelotti menyatakan ketika kemuncak konflik kuasa pemain di Bayern Munich hanya beberapa orang pemain sahaja yang mahu bermain untuk beliau.

Carlo Ancelotti berkata: “Perasaan saya banyak berubah musim lalu. Ini kerana saya merasakan cuma ada 4 atau 5 pemain yang masih yakin dengan saya (ketika di Bayern Munich).”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN