4 Pemain Muda Yang Harus Diberikan Peluang Untuk Membarisi Skuad Bawah 23 Tahun Negara

skuad bawah 23 tahun

Seperti yang kita sedia maklum, skuad bawah 23 tahun kendalian Datuk Ong Kim Swee akan bersaing dalam Piala AFC B-23  di China pada 9- 27 Januari depan.

Berbaki sebulan sebelum kejohanan, Datuk Ong Kim Swee telah memanggil senarai 30 pemain untuk persediaan mendapatkan 23 pemain terbaik.

Menarik tentang senarai pemain adalah dengan penyenaraian pemain bawah 19 tahun seperti Hadi Fayyadh, Shivan Pillay Asokan dan K. Thivandran. Rakan sepasukan mereka,  Nik Akif Syahiran dari Kelantan FA juga dipanggil hasil permainan berkualiti pada kelayakan AFC B-19 dahulu.

Walaupun nama 30 pemain telah pun dikeluarkan, penulis ingin menyenaraikan beberapa pemain bawah 23 tahun dalam Liga Super 2017 yang boleh diberikan kepercayaan untuk tugasan negara pada akan datang.

1) Namathevan A/L  Arunasalam (21 Julai 1996)

Kredit foto: faselangor.my

Anak jati Selangor ini memulakan karier di Piala Presiden. Setelah dua tahun, kebolehan Namathevan kemudian ditagih skuad utama Selangor FA.

Mampu bermain di pertahanan kanan dan juga sayap kanan membolehkan beliau dipanggil selepas ketiadaan Syahmi Safari ke kelayakan Piala AFC B-23 pada Julai lalu.

Namathevan membuat debut pertama untuk Selangor FA pada 22 Oktober 2016 menentang JDT di Shah Alam Stadium, perlawanan terakhir Liga Super 2016.

Beliau beraksi 90 minit waktu itu. Pada musim 2017, Namathevan bermain 8 perlawanan liga dan menghasilkan 2 bantuan gol (assist) ketika menentang JDT di Stadium Selayang dan menentang Melaka Utd di Hang Jebat.

Jika Namathevan diberi peluang oleh P.Maniam untuk beraksi lebih minit perlawanan, penulis yakin kita (Malaysia) akan mempunyai pilihan pemain yang baik di posisi pertahanan kanan selain Mathew Davies, Rizal Ghazali dan Kunanlan.

2) Abdul Rahim Razak (18 Januari 1995)

Kredit foto: Bernama

Mesra disapa dengam panggilan Ahim, pemain berusia 22 tahun ini juga bermula dengan pasukan Piala Presiden.

Rakan seangkatan dengannya iaitu Tommy Mawat & Shamie Iszuan sudah berpeluang mendapat panggilan bersama pasukan bawah 23 tahun kebangsaan tetapi beliau juga mampu jika diberi peluang.

Bermain di posisi penyerang, Ahim membentuk gandingan baik dengan Mateo Roskam dan mencipta beberapa bantuan gol seperti ketika menentang Selangor FA di Stadium Sarawak pada perlawanan minggu ke-12.

Ahim terkenal dengan gerakan bahaya & lincah dalam kawalan bola.

Musim 2017, Ahim menjaringkan 3 gol (1 gol masing-masing di Liga Super , Piala FA & Piala Malaysia).

Musim depan dengan Sarawak FA bermain di Liga Premier dan pastinya peluang baik untuk Ahim memperoleh lebih minit perlawanan serta menjadi nadi buat pasukan.

3) Aliff Haikal (19 Oktober 1995) 

skuad bawah 23 negara
Kredit foto: PKNS FC

Pemain di posisi penyerang ini memulakan kariernya di Harimau Muda C yang bersaing di Piala FAM pada tahun 2014 . Beliau membantu pasukan mendapat tempat ke-4 liga. Aliff  kemudiannya berhijrah ke PKNS FC setelah usianya memasuki 20 tahun.

Pada musim 2017, Aliff menjadi antara nadi pasukan PKNS FC dengan bermain dalam 14 perlawanan liga.

Beliau menjaringkan satu gol dalam tiga perlawanan berturut-turut pada bulan Julai (bertemu Pahang, Sarawak dan T-Team FC). Ini membolehkan beliau tercalon bagi pemain terbaik Liga Super untuk bulan tersebut.

Dengan pengalaman bermain bersama Malaysia B-19 sebelum ini juga mampu memberi kelebihan jika beliau tersenarai dalam skuad Malaysia samada B-23 tahun ataupun skuad senior.

4) Rodney Akwensivie (25 November 1996)

Kredit foto: Luqman Hakim Zubir

Walaupun skuad B-23 negara kini sudah mempunyai gandingan pertahanan tengah yang mantap (Adib Zainudin dan Irfan Zakaria), penulis rasakan Rodney juga ada kelebihan tersendiri.

Musim 2017 Liga Super, dalam rekod penulis, hanya tiga pemain tempatan bawah 23 tahun yang pernah disenaraikan di posisi pertahanan tengah.

Mereka adalah Adam Nor Azlin, Dominic Tan dan juga Rodney Akwensivie. Berbanding Adam Azlin yang sudah terbukti bermain baik di bahagian tersebut, Dominic Tan pula yang hanya bermain satu perlawanan Liga Super harus dipersoal minit perlawanannya.

Rodney pula bermain 6 perlawanan liga dibantu minit perlawanan yang sedikit sebanyak menambah pengalaman beliau untuk bersedia di peringkat lebih tinggi.

Rumusan

Inilah empat pemain yang penulis rasakan boleh diberi peluang jika bukan untuk 2018 AFC B-23, mungkin pada Sukan Asia 2018 di Jakarta.

Harapan penulis adalah akan ramai lagi bakat-bakat muda tempatan yang bakal menyerlah baik di Liga Super mahupun Liga Premier dan Piala FAM.

Jika tahun 2017 kita ‘diperkenalkan’ dengan Thanabalan, Akhyar Rashid, Hadi Fayyadh, Nik Akif, Shivan Pillay Asokan dan lain-lain,  harapnya lebih ramai lagi bakat muda diberi peluang oleh pasukan-pasukan liga tempatan kita untuk musim 2018.

Nota editor: Artikel ini merupakan hasil kiriman pembaca kami yang bernama Faiq Yaakob. Jika anda mahu tulisan anda dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia, hantar artikel 300 patah perkataan anda dalam format MS Word ke [email protected].

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN