4 Pemain Inggeris Yang Menyinar Di Luar England (Bahagian 2)

England

Sebelum ini kami sudah menceritakan mengenai empat pemain Inggeris yang menyinar di luar England iaitu Gary Lineker, David Beckham, Owen Hargreaves dan Steve McManaman.

Bagi yang masih belum membaca bahagian 1 mengenai empat pemain tersebut, anda boleh membacanya di 4 pemain Inggeris yang menyinar di luar England (bahagian 1).

Dalam bahagian kedua kali ini, dibawakan empat lagi pemain yang menyinar ketika beraksi di luar England.

4) Paul Ince

Ince jelas menikmati karier bola sepak yang indah ketika di Manchester United. Keputusan Sir Alex Ferguson melepaskannya ke Inter Milan pada tahun 1995 membuatkan segelintir penyokong setia mereka bingung dan terkejut dengan keputusan dibuat itu.

Ince telah memenangi 10 kejuaraan utama dalam enam tahun beliau di Old Trafford.

Ince melakukan penampilan sulungnya ketika menang 1-0 keatas Vincenza di Giuseppe Meazza dan berjaya membentuk gandingan tengah yang baik bersama Nicola Berti.

Musim pertama di Milan, Ince membantu Inter untuk menamatkan saingan Serie A ditempat ke-7 dan berjaya menempah slot ke Piala UEFA musim berikutnya.

Ince berjaya memainkan peranan penting buat Inter Milan pada musim 1996/97 apabila dapat membantu kelabnya melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala UEFA dan menamatkan saingan liga ditempat ke-3.

Walaupun Presiden Inter Milan, Massimo Morrati mahu melanjutkan kontraknya, Ince menolak dan memilih untuk kembali ke England selepas dua tahun di Itali untuk bersama Liverpool.

3) Paul Gascoigne

Gascoigne memulakan kariernya bersama Newcastle United dari tahun 1985 dan kemudiannya berhijrah ke Tottenham Hotspur.

Di Spurs, beliau berjaya berjaya membantu penyerang legenda, Gary Lineker yang menyertai kelab tersebut pada musim kedua Gascoigne di White Hart Lane mencipta kegemilangannya.

Gascoigne kemudiannya berkelana ke Itali untuk bersama SS Lazio dari tahun 1992 hingga 1995. Nasib kurang baik menyelubungi kehadirannya ke Itali kerana dibelenggu dengan kecederaan serta masalah luar padang.

Beliau sekadar menjaringkan enam gol dalam 43 penampilannya bersama Lazio.

Keadaan tersebut memaksanya untuk mengubah haluan dan destinasi yang dipilihnya adalah Scotland untuk berbakti di Glasgow Rangers pada Julai 1995.

Beliau berjaya membuktikan kualiti yang dimilikinya apabila membantu Rangers meraih dua kejuaraan Liga Scotland, Piala Scotland dan Piala Liga Scotland.

Gascoigne yang kini berusia 50 tahun mencetak 39 gol daripada 104 penampilannya bersama Rangers dan dinobatkan sebagai ‘Scottish Player’s Player of the Year dan Scottish Writers Player of the Year 2016’.

2) David Platt

Prestasi baik yang ditampilkan pemain tengah England ini pada Piala Dunia 1990 di Itali (3 jaringan dihasilkan) tersebut berjaya membuka mata kelab Itali, AS Bari untuk merekrutnya dari Aston Villa pada Julai 1991 dengan nilai  £5.5 juta tatkala beliau turut mendapat perhatian daripada Genoa, Sampdoria dan Juventus.

Platt telah diberikan jersi bernombor 10 dan ditugaskan sebagai ketua pasukan Bari.

Platt berjaya menjaringkan gol sulungnya pada penampilan pertama bersama kelab tersebut setelah menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-26 ketika seri 1-1 menentang Torino.

Namun musim sulungnya di Itali tidak memberangsangkan apabila Bari tersingkir daripada Serie A apabila sekadar berada ditempat ke-15 (4 pasukan tersingkir ke Serie B) dengan mengumpul 22 mata. Platt menghasilkan 11 jaringan daripada 29 perlawanan yang dilaluinya.

Musim berikutnya Platt berhijrah ke Juventus. Beraksi di pasukan yang mempunyai ramai pemain bintang membuatkan penampilannya sedikit terbatas.

Beliau beraksi bersama-sama Antonio Conte, Dino Baggio, Gianluca Vialli dan ramai lagi.

Bagaimanapun Platt masih mampu untuk membantu Juventus menjuarai Piala UEFA dan menamatkan saingan Serie A ditempat ke-4.

Beliau kemudiannya berpindah ke Sampdoria atas pujukan dari Roberto Mancini yang tidak berputus asa untuk membawa beliau ke Stadio Luigi Ferraris sejak tahun 1992.

Di Sampdoria nasibnya berubah apabila berjaya menjadi tonggak tengah kelab tersebut dan berjaya menghasilkan 17 jaringan dalam 55 penampilannya di saingan liga.

Platt berjaya membantu Sampdoria menjuarai Coppa Italia 2004 dan membawa Sampdoria sehingga ke separuh akhir UEFA Cup Winners’ Cup 1995. Beliau kemudiannya berpindah ke Arsenal pada 10 Julai 1995.

1) Kevin Keegan

Legenda England ini telah membuat 321 penampilan dan berjaya meledakkan 100 jaringan buat Liverpool dalam kariernya bersama kelab Merseyside tersebut.

Pencapaiannya di Liverpool membuatkan Keegan memilih untuk berhijrah ke Jerman bagi bersama Hamburg SV pada 1977.

Keegan berjaya membawa Hamburg menikmati kejuaraan Bundesliga 1978/79 dan turut membantu kelab tersebut beraksi pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah 1979/80.

Namun, Hamburg terpaksa berpuas hati selaku naib juara selepas tewas kepada Nottingham Forest di Santiago Bernabeu.

Bagi pencapaian peribadi pula, beliau berjaya menduduki tempat kedua dalam senarai Ballon d’Or 1977 sebelum memenanginya dua tahun berturut-turut pada 1978 dan 1979.

Kejayaan yang tidak pernah dimenanginya ketika di Liverpool dan Scunthorpe United (kelab pertamanya).

Keegan berjaya menghasilkan 40 jaringan dalam 112 penampilannya bersama Hamburg dan kemudiannya kembali ke England pada Februari 1980 bagi menyertai Southampton.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN