4 Pasukan Liga Super Bakal Berentap Dalam Kejohanan Piala Menteri Besar Terengganu

Terengganu bakal menganjurkan kejohanan Piala Menteri Besar Terengganu yang membabitkan 3 pasukan Liga Super iaitu Pahang, Kelantan dan Melaka United.

Kejohanan itu akan diadakan pada 15 hingga 24 Januari depan di Kuala Terengganu dan dianggap sebagai perlawanan pra musim sebelum menghadapi saingan sebenar Liga Super musim 2018.

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), Datuk Mohd Yusoff Mahadi mengesahkan Melaka United menerima pelawaan penganjur untuk menyertai pertandingan empat penjuru berkenaan.

Bercakap kepada media, beliau berkata saingan yang turut membabitkan pasukan tuan rumah Terengganu, Kelantan dan Pahang itu bakal menjanjikan saingan getir buat skuad bimbingan Eduardo Almeida.

“Kami sudah menerima pelawaan penganjur dan pada dasarnya bersetuju menyertai kejohanan berkenaan yang antara lain mampu mengenalpasti kelemahan dan kekuatan skuad Hijau Putih menjelang saingan Liga Malaysia yang bermula Februari depan.

“Apa yang kami harapkan pemain mampu memberi aksi terbaik dengan skuad impian MU perlu menampilkan karakter sebenar sebagai skuad yang disegani,” katanya kepada harian metro.

Apapun, beliau melihat kesemua pasukan yang bersaing terutama tuan rumah, skuad Tok Gajah dan The Red Warriors bukan lawan mudah.

Namun, katanya, komitmen tinggi pemain baharu dan sembilan yang dikekalkan diyakini mampu membentuk keserasian yang lebih jitu pada kejohanan berkenaan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN