4 Pasukan Liga Premier Masih Tidak Bayar Gaji Pemain

Rezal Zambery

Seba­nyak empat pasukan daripada Liga Premier musim ini dilaporkan masih mempunyai masalah untuk membayar gaji pemain. Perkara ini didedahkan sendiri oleh Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), Rezal Zambery Yahya.

Menurut laporan daripada Utusan Malaysia, Rezal berkata pemain daripada empat pasukan tersebut akan membawa isu tersebut kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) jika gagal mendapat persetujuan bersama dengan majikannya.

“Saya tidak boleh memberitahu pasukan mana yang terlibat namun apa yang pasti tiga atau empat pasukan daripada Liga Perdana.

“PFAM sudah berhubung de­ngan pemain pasukan terbabit dan mereka sedang berbincang dengan kelab masing-masing. Kami mengikuti rapat perkembangan kes ini.

“Jika tiada kata putus maka pemain akan membuat laporan kepada PFAM untuk mengambil alih kes tersebut dan kami akan melaporkannya kepada FAM.

“Walau bagaimanapun PFAM telah menasihatkan pemain terbabit agar tidak mengambil masa terlalu lama untuk menyelesaikannya,” katanya seperti dipetik dalam Utusan Malaysia.

PFAM sering memberi tumpuan kepada isu masalah pembayaran gaji dalam kalangan pemain tempatan. FOTO: PFAM

Kelmarin, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengarahkan pasukan Perlis dan Terengganu City FC melangsaikan tunggakan gaji pemain yang berjumlah RM744,500. Ia melibatkan 29 pemain dari pasukan Perlis dan 6 pemain dari pasukan Terengganu City FC.

Rezal turut menjelaskan FAM dan MFL (Malaysia Football League) telah sedaya upaya untuk membantu menyelesaikan isu tunggakan gaji ini namun masalah itu masih berlarutan sehingga kini.

“Pelbagai usaha telah dilakukan oleh FAM dan MFL untuk menangani isu ini seperti menghukum dengan memotong mata, memperketatkan permohonan pelesenan kelab namun kes tunggakan gaji masih berlarutan hingga ke hari ini.

“Terpulang kepada FAM dan MFL untuk memperketatkan undang-undang dan PFAM sentiasa memberi sokongan agar pemain tidak dianiaya kerana kami kecewa isu tunggakan gaji tidak berkurangan.

“Contohnya Kuantan FA terpaksa menarik diri daripada persaingan liga dan apabila perkara itu berlaku akan menjejaskan kelancaran liga dan paling pen­ting memberi kesan langsung kepada pemain itu sendiri dan MFL,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN