4 Lagi Pemain Kelantan Bakal Ditamatkan Kontrak

Skuad The Red Warriors sedang melakukan rombakan besar-besaran bagi memastikan pasukan itu mampu bersaing dalam Liga Super dan memberikan cabaran sengit kepada pasukan lain.

Terbaharu penyerang skuad itu, Norfarhan Muhamad dilepaskan oleh Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA). Norfarhan difahamkan telah sah menandatangani kontrak dengan sebuah kelab yang beraksi dalam saingan Liga FAM iaitu DA’R Wanderers.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan yang mengesahkan Farhan dilepaskan secara persetujuan bersama.

Katanya, selain Norfarhan, empat lagi pemain pasukan itu bakal dilepaskan susulan perbincangan lanjut dengan pengendali baharu, Fajr Ebrahim, sebelum ini.

“Ya, Norfarhan sudah menandatangani kontrak untuk beraksi bersama pasukan baharu. Dan ada empat lagi pemain yang juga dalam perancangan kita untuk dilepaskan ke pasukan lain.

“Setakat ini, kita sedang mencari pasukan baru untuk empat pemain ini sebelum dilepaskan. Kita rasa perkara ini perlu dilakukan demi masa depan mereka.

“Tindakan menggugurkan beberapa pemain ini adalah langkah merombak semula pasukan selepas kita ambil kira apa yang diperlukan dan apa yang tidak diperlukan Fajer,” katanya kepada Berita Harian.

https://www.instagram.com/p/BhBF74znL5I/?hl=en&taken-by=norfarhan_muhammad

Sebelum ini KAFA telah menamatkan kontrak lima pemain yang jarang beraksi dan mempamerkan prestasi yang tidak memuaskan termasuk seorang pemain import dari Indonesia.

Mereka adalah Ferdinand Sinaga, bekas pemain PKNP, Sukri Abd Hamid, Shafiq Ab Rahman dan pemain berketurunan Siam-Kedah, Hattaphon Bun An.

Bibi menjelaskan rombakan besar-besaran ini dilakukan bagi memastikan pasukan Kelantan menjadi lebih kuat dan mahu mengembalikan semula zaman kegemilangan pasukan itu.

Fajr Ibrahim mengendalikan sesi latihan pasukan Kelantan sejak beberapa hari lepas. FOTO: KAFA

“Memang sepatutnya kita perlu fokus untuk perlawanan seterusnya tetapi rombakan ini juga sebahagian usaha untuk mengembalikan semula kekuatan pasukan.

“Sekarang ini, kita sudah mempunyai seorang jurulatih yang tegas untuk membawa pasukan ini ke tahap lebih baik. Pastinya setiap jurulatih mahu pemain yang benar-benar boleh menyumbang kepada pasukan.

“Jadi, mahu atau tidak kita perlu lakukan demi pasukan. Oleh itu saya berharap agar semua penyokong TW memberi ruang dan terus memberi sokongan kepada pasukan,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN