4 Kes Perubahan Posisi Pemain Yang Memeningkan Pengurus Fantasy PL

Perubahan Posisi

Liga Perdana Inggeris musim baru akan bermula kurang dari 3 minggu sahaja lagi. Disebalik kehangatan perpindahan pemain yang memeningkan kepala para pengurus pasukan bertanding, pengurus Fantasy Premier League (FPL) di Malaysia juga sudah mula ‘memerah otak’ dalam usaha mempersiapkan pasukan mereka.

Beberapa perubahan posisi yang dilakukan oleh pihak FPL juga akan memeningkan pengurus FPL dalam pemilihan pemain kali ini.

Sebagai contoh, musim lalu James Milner (Liverpool) diletakkan sebagai pemain tengah di FPL namun dalam aksi sebenar, Jurgen Kloop meletakkan Milner di posisi pertahanan.

Dalam aspek pengiraan mata dalam FPL, perkara ini jelas mempengaruhi markah yang diperoleh.

Musim lalu Milner berjaya menghasilkan 7 jaringan dan mata yang diberikan kepada beliau adalah atas kapasiti pemain tengah.

Sekiranya 1 jaringan berjaya dilakukan beliau dan Liverpool tidak dibolosi pada perlawanan tersebut maka Milner akan memperoleh 6 mata. Ini kerana 5 mata diberikan FPL kerana pemain tengah yang menghasilkan gol dan 1 mata buat pemain tengah yang tidak dibolosi.

Ini tidak termasuk mata bermain selepas 60 minit perlawanan, bantuan jaringan gol (assist)  dan juga bonus tambahan yang diberikan sekiranya layak.

Dan kita lihat pula situasi sekiranya Milner diklasifikasikan sebagai pemain pertahanan dalam FPL.

Masih lagi dengan contoh keadaan 1 jaringan berjaya dilakukan dan Liverpool tidak dibolosi pada perlawanan tersebut bermakna Milner akan diberikan 10 mata kerana 6 mata diberikan kepada pemain pertahanan yang menjaringkan gol dan juga 4 mata buat pertahanan yang tidak dibolosi.

Perubahan posisi yang dihadapi Milner musim ini oleh FPL dilihat menguntungkan sekiranya beliau dapat mengekalkan momentum jaringan yang dihasilkan kerana Milner merupakan specialist dalam mengambil sepakan penalti.

Victor Moses juga kini telah ditukarkan menjadi pemain pertahanan oleh FPL dan mungkin dapat menjadi pembelian berbaloi sekiranya masih merupakan pilihan Antonio Conte musim ini.

Moses juga kini menjadi pemain pertahanan oleh FPL.  Sumber : dailytrust.com

Perubahan bagi posisi pemain tengah ke penyerang yang dilakukan FPL pula dihadapi rakan sepasukan Milner, Roberto Firmino yang berjaya menghasilkan 11 gol.

Beliau kini diletakkan sebagai pemain penyerang dan bukannya lagi sebagai pemain tengah seperti musim lepas.

Keadaan yang sama seperti Firmino turut dirasai Joshua King (Bournemouth). Joshua King menghasilkan 16 jaringan pada musim lalu bagi memperoleh mata keseluruhan 178 mata terkumpul semusim.

King telah menghasilkan 16 gol musim lalu. Sumber : sportskeeda.com

Sekiranya dari musim lalu mereka adalah pemain penyerang mengikut FPL, kutipan mata pasti akan berubah.

Hal ini turut mempengaruhi kerana sebagai pemain penyerang, tidak diperuntukkan mata sekiranya pasukan mereka tidak dibolosi dan 4 mata diberikan sekiranya menghasilkan jaringan. Jumlah paling sedikit diberikan kepada penjaring gol berbanding penjaga gol dan pertahanan (6 mata) serta pemain tengah (5 mata).

Keadaan ini ternyata dapat melihatkan perubahan posisi juga turut memainkan peranan dalam mata yang dikumpul setiap pemain.

Buat pengurus FPL, buatlah pilihan pemain dengan baik.

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN