4 Kelab Gergasi Korea Selatan Pernah ‘Gagal’ Di Bumi Johor

Umum mengetahui kelab-kelab di saingan utama Korea Selatan boleh dianggap sebagai antara gergasi yang sering mencipta sensasi menerusi pelbagai kejayaan di pentas Asia sebelum ini.

Namun, sejak beberapa tahun ini, satu pasukan di Asia Tenggara iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) memastikan kelab-kelab utama dari Korea Selatan kini bukan lagi suatu cabaran besar untuk mereka hadapi.

Menerusi saingan AFC Champions League Elite (ACLE), wakil pasukan dari Malaysia itu membuktikan kelab yang dilabel selaku gergasi Korea Selatan juga tidak mustahil untuk ditakluki.

Terbaharu, Harimau Selatan meraih kemenangan besar mengatasi Pohang Steelers walaupun sebelum itu JDT sebenarnya pernah tewas kepada pasukan berkenaan beberapa tahun lalu.

Sebenarnya, sudah beberapa kelab dari Korea Selatan pernah hadir ke bumi Johor dan setakat ini mereka tidak pernah mencatat keputusan positif walaupun tampil bersama reputasi cukup menyakinkan.

Berikut merupakan senarai empat pasukan dari Korea Selatan yang gagal menewaskan JDT di Johor sejak beberapa tahun lalu di pentas tertinggi Asia tersebut.

JDT vs Gyeongnam (Seri)

Harimau Selatan memastikan Gyeongnam gagal meraih tiga mata penting ketika aksi ACL peringkat Kumpulan E berlangsung di Stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunos (Larkin), apabila kedua pasukan itu mencipta keputusan seri pada tahun 2019.

Hadir dengan reputasi tinggi, Gyeongnam terdahulu mendapatkan gol pada minit ke-52, sebelum kelebihan itu dipadam oleh bekas penyerang JDT, Diogo beberapa minit kemudian menerusi sepakan penalti.

Statistik perlawanan itu juga tampil seimbang daripada segi penguasaan permainan dengan JDT dilihat lebih banyak mencipta percubaan ke arah lawan.

JDT vs Suwon Bluewings (Menang)

Kali kedua menentang kelab dari Korea Selatan di pentas ACL musim seterusnya, JDT memastikan kejutan berlaku menerusi kemengan 2-1 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Gol-gol JDT terhasil menerusi ledakan bekas pemain iaitu Gonzalo Cabrera serta Mauricio Nascimento untuk memastikan Harimau Selatan memperoleh tiga mata penting.

Sementara Suwon Bluewings pula meraih satu gol tunggal melalui ledakan Terry Antonis untuk menewaskan Farizal Marlias yang sebelum itu bergelar penjaga gol utama JDT.

JDT vs Ulsan (Menang)

Rekod menyaksikan JDT telah pun bertemu Ulsan HD sebanyak lima kali dengan empat daripadanya merupakan kemenangan buat kelab gergasi dari Malaysia itu.

Di bumi Johor sahaja menyaksikan JDT meraih semua kemenangan daripada tiga pertemuan mereka di SSI sejak tahun 2022 lagi untuk membanggakan peminat.

Musim ini menyaksikan JDT meraih kemenangan 3-0 mengatasi Ulsan HD pada 5 November tahun lalu untuk memastikan statistik lebih memihak buat Harimau Selatan.

JDT vs Pohang Steelers (Menang)

Kejayaan terbaharu dilakar JDT semalam, apabila mereka tidak menghadapi begitu banyak kesukaran untuk meraih kemenangan besar 5-2 mengatasi Pohang Steelers.

Pada aksi itu, JDT pada awalnya mengalami sedikit kesukaran untuk mengimbangi kekuatan lawan, sebelum mereka tampil lebih garang di babak separuh masa kedua.

Kemenangan itu juga memastikan JDT berjaya mara ke pusingan 16 terbaik kejohanan tersebut selepas mereka berada di kedudukan keempat peringkat Kumpulan A.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN