Park Hang-seo dan Vietnam menang 4-0 ke atas Indonesia yang dibimbing Shin Tae-yong, jurulatih yang pernah membimbing Korea Selatan di Piala Dunia 2018.
Dalam perlawanan Kumpulan G, kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, awal pagi tadi, Vietnam bangkit di babak kedua untuk mengejutkan Indonesia menerusi jaringan Nguyen Tien Linh, Nguyen Quang Hai, Nguyen Cong Phuong dan Vu Van Thanh.
Walaupun berdasarkan rekod pertembungan kedua-dua pengendali menyaksikan Shin Tae-yong cemerlang dengan 80 peratus kemenangan miliknya, namun ternyata Park Hang-seo berada dalam kelasnya yang tersendiri ketika membimbing Vietnam.
Sebelum ini, kedua-duanya bertembung dalam saingan K-League musim 2009 hingga 2012. Park Hang-seo hanya menang sekali, manakala satu lagi perlawanan berakhir dengan seri 1-1. Jadi, kelebihan berada di tangan Shin Tae-yong sebelum sepak mula.
Kalah 80% Pertembungan Dengan Shin Tae-yong, Apa Reaksi Park Hang-seo https://t.co/RbDHf689F0
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) June 7, 2021
Namun, Shin Tae-yong sejak awal tidak mahu memandang statistik itu kerana baginya perlawanan menentang Vietnam adalah yang penting. Beliau baru sahaja mengambil alih sebagai pengendali Indonesia sejak Disember 2019 daripada Simon McMenemy.
Dalam pertembungan awal pagi tadi, keputusan babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan tanpa jaringan. Mungkin ramai menjangkakan ‘Drama Korea’ antara mereka itu bakal berkesudahan dengan keputusan seri.
Untuk rekod, Shin Tae-yong pernah membimbing Korea Selatan di Piala Dunia 2018 yang menyaksikan mereka tersingkir di peringkat kumpulan. Paling membanggakan mereka mengalahkan Jerman 2-0, malah Jerman turut sama ‘bungkus awal’.
Dalam sidang media pra-perlawanan antara mereka, Shin Tae-yong turut dilihat ‘cakap besar’ tentang pencapaiannya itu. Katanya, “Saya mengikuti perkembangan Park [Hang-seo] dan tahu tentangnya yang telah mengendalikan pasukan dengan baik.”
🇰🇷 DERBY KOREA – DRAMA MATCH OF ASEAN
Vietnam 🇻🇳-🇮🇩 Indonesia
Park Hang Seo ⚔️ Shin Tae Yong pic.twitter.com/zr0iDfzbfE— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) June 6, 2021
“Kejayaannya bersama Vietnam membantunya menjadi popular di Korea Selatan. Saya pernah mengendalikan pasukan Korea Selatan yang menewaskan Jerman di Piala Dunia 2018,” ujar Shin Tae-yong kepada pihak media sebelum perlawanan.
Dan, bukan hanya Shin Tae-yong yang pernah disungkurkannya, malah, ada tiga lagi pengendali Piala Dunia yang pernah ditundukkan Park Hang-seo. Siapakah mereka?
Guus Hiddink
Sebenarnya, Park Hang-seo adalah rakan baik Guus Hiddink. Mereka pernah bekerja bersama apabila beliau membantu pengendali kelahiran Belanda itu membimbing Korea Selatan di Piala Dunia 2002 dan mereka mara sehingga ke separuh akhir.
Pada Ogos 2019, Guus Hiddink membimbing China B-22 dalam aksi persahabatan menentang Vietnam B-22. Nguyen Tien Linh telah meledak dua gol untuk Vietnam mengatasi China 2-0 dan tidak lama selepas itu beliau telah dipecat Chinese FA.
HLV Park Hang Seo gạt lệ khi gặp lại bạn cũ Guus Hiddink https://t.co/VSDSqm300r pic.twitter.com/kNbgI9tEP1
— Công Nghệ Số Hưng Phú (@CongTyUAE) September 10, 2019
Sven Goran Eriksson
Sven Goran Eriksson mungkin sangat diingati apabila pernah membimbing England di Piala Dunia 2006 dan Kejohanan Euro 2004. Namun, siapa sangka, Park Hang-seo juga pernah menang ke atasnya tetapi bukanlah ketika beliau bersama England.
Sven Goran Eriksson pernah membimbing Filipina dalam kejohanan Piala AFF 2018 dan telah berjaya mara ke peringkat separuh akhir. Beliau tewas tiga kali di tangan pengendali kelahiran Korea Selatan itu, dua kali di Piala AFF dan aksi persabahatan.
Bert van Marwijk
Selain Shin Tae-yong, ini antara koleksi terbaharu Park Hang-seo. Bert van Marwijk juga bukan jurulatih biasa-biasa. Beliau pernah membawa Arab Saudi layak ke Piala Dunia, tetapi tidak menyambung kontrak bersama mereka sehari selepas sah layak.
Beliau pernah membawa Belanda mara sehingga ke pentas final Piala Dunia 2010, namun tumpas 0-1 kepada Sepanyol. Pada November 2019, Park Hang-seo berjaya menewaskan van Marwijk dengan keputusan 1-0 dalam aksi kelayakan Kumpulan G.
Baca lagi artikel lain mengenai Park Hang-seo dan Vietnam:
Park Hang-seo Hanya ‘Berlatih’ Dengan Penjaga Gol, Wartawan Diminta Pulang
Park Hang-seo Bawa Bui Tan Truong, ‘Keeper’ Yang ‘Dicekik’ Kerana Tewas Kepada Malaysia
“Bahasa Inggeris Saya Tidak Cukup Bagus Untuk Sindir Pengadil” – Park Hang-seo