4 Idea Bisnes Bola Sepak Yang Kami Harap Sangat Ada Orang Buat Di Malaysia

Bila kita bercakap tentang bola sepak di Malaysia, kadang-kadang ada banyak masalah berlaku yang sampai sekarang tak selesai.

Kalau orang biasa tengok masalah, selalunya dia akan nampak masalah sahaja. Tapi kalau usahawan tengok masalah, dia akan nampak peluang. Banyak sebenarnya peluang dalam industri bola sepak yang boleh dimanfaatkan oleh usahawan-usahawan tempatan jika bijak mengambil peluang.

Sebab itulah kami di Semuanya BOLA melihat industri bola sepak di Malaysia ini mempunyai sangat banyak peluang untuk direbut oleh sesiapa sahaja. Nak tak nak je sekarang ni.

Sebagai permulaan, kami senaraikan 4 idea bisnes bola sepak yang kami jamin ada permintaan yang tinggi dari peminat bola sepak Malaysia. Anda boleh ambil idea ini secara percuma jika mahu. Betul!

1. Penghubung pasukan dengan penaja

(Gambar hiasan) Ketua Pegawai Eksekutif Klang Valley League, Khairil Anuar (dua dari kiri) bersalaman bersama Ketua Pegawai Eksekutif AXA AFFIN Life Insurance, Rohit Nambiar.

Masalah: Kita semua tahu profesional atau amatur, majoriti pasukan bola sepak di Malaysia bergelut untuk mencari penaja. Mereka tak tahu dengan siapa mereka perlu berjumpa, apa yang perlu disediakan semasa berjumpa penaja dan apakah return of investment (ROI) yang mereka boleh beri.

Bagi penaja pula, mereka ada peruntukan untuk penajaan dalam bajet marketing mereka. Tapi mereka tak jumpa pasukan yang faham dan ada keupayaan untuk memberi ROI berbaloi kepada penajaan mereka.

Idea: Wujudkan satu aplikasi telefon pintar (app) yang menghubungkan pasukan dengan penaja. Pasukan yang mahu mencari penaja perlu mendaftar akaun dan membuat verifikasi untuk identiti mereka sebagai sebuah kelab bola sepak yang tulen – bukan scammer.

Penaja pula dikumpulkan dalam app ini melalui pendaftaran dan kerjasama dengan pembangun aplikasi. Pembangun aplikasi akan menyenarai pendek calon-calon pasukan yang mahu ditaja sebelum diberi kepada penaja.

Penaja kemudiannya akan mendengar ucapan (pitch) daripada beberapa pasukan dalam satu sesi pembentangan idea ala-ala Shark Tank sebelum memilih 1-2 pasukan yang mahu ditaja mereka.

Pengewangan: Pembangun aplikasi menjana pendapatan melalui kutipan pendaftaran akaun premium dan kutipan peratusan daripada jumlah tajaan yang berjaya.

2. Fiverr untuk bola sepak

(Gambar hiasan oleh: Sijori Images / Barcroft Images / Barcroft Media via Getty Images)

Masalah: Pasukan bola sepak sentiasa memerlukan staf-staf sokongan seperti admin media sosial, jurugambar, pereka grafik, video editor dan macam-macam lagi untuk operasi kelab mereka. Tetapi tak semua pasukan boleh menggaji semua staf ini secara sepenuh masa. Adalah lebih ideal bagi mereka menggaji mereka secara separuh masa atau mengikut project basis.

Peminat bola sepak Malaysia pula ramai yang mempunyai skil dan kemahiran yang boleh disumbang untuk menambah pendapatan mereka. Tetapi mereka tiada platform untuk menketengahkan kemahiran mereka.

Idea: Sebuah platform (app atau laman web mesra mobil) seperti Fiverr diperlukan untuk menghubungkan dua golongan ini.

Pengewangan: Pembangun platform menjana pendapatan melalui transaksi berjaya antara pasukan dan pemilik kemahiran.

3. Strava untuk bola sepak

GP sports vest

Masalah: Pemain bola sepak tiada aplikasi yang boleh mengesan paramater permainan mereka (distance covered, top speed etc) sebagaimana yang ditawarkan dalam sukan berlari dan berbasikal. Ketika ini masih tiada aplikasi yang membolehkan mereka berkongsi data-data sebegini di media sosial mereka.

Idea: Sebuah app seperti Strava diperlukan untuk menyediakan keperluan ini kepada pemain bola sepak. Data pemain boleh dikutip melalui peranti khas (special vest) yang perlu dipakai pemain semasa bermain. Rumusan dan rekomendasi turut boleh diberikan kepada pemain selepas habis perlawanan. Peranti perlulah dijual dengan harga mampu milik.

Pengewangan: Pembangun aplikasi menjana pendapatan melalui jualan special vest.

4. Keahlian sesi permainan bola sepak

 

Masalah: Ramai pemain amatur mahu bermain bola sepak secara suka-suka dan tanpa suasana kompetitif melampau atas sebab-sebab tertentu (berat badan berlebihan, tidak cergas, baru lepas pulih dari kecederaan, tidak mahu terikat komitmen bermain dalam liga amatur). Tetapi platform untuk mereka terlalu sedikit.

Idea: Wujudkan sebuah platform (app atau laman web mesra mobil) yang menawarkan keahlian berbayar secara bulanan untuk bermain bola sepak.

Setiap bulan pengguna akan membayar contohnya, RM100 untuk mendapat maksimum 4 sesi bermain bola sepak secara kasual. Pengguna tiada kewajipan untuk menghadiri semua sesi. Secara asasnya mereka membayar keahlian untuk menjamin tempat mereka dalam pasukan.

Pengewangan: Pembangun platform menjana pendapatan melalui kutipan keahlian.

Tempat membina produk hebat daripada idea hebat

Idea-idea di atas hanya akan menjadi realiti apabila ada yang mengambil inisiatif untuk menjadikannya sebuah produk (app atau laman web) yang menyelesaikan masalah orang.

Sebab itulah Cyberjaya Startup Summit 2019 (CSS 2019) dianjurkan: tempat bagi usahawan-usahwan yang baru bermula (usahawan startup) untuk membantu mereka menukar idea hebat kepada produk yang hebat.

Dengan cogan kata “Build Stuff That Matters’, CSS 2019 adalah perhimpunan 2 hari yang mengandungi perkongsian bermakna, bengkel kerja, sesi interaktif bersama panel dan sesi pembentangan idea.

Di CSS 2019, anda boleh belajar benda-benda baru, mencari rakan kerja yang berskil, meluaskan jaringan perniagaan dengan usahawan startup lain dan pakar industri serta mengumpul modal perniagaan anda!

CSS 2019 dianjurkan oleh The Launchpad Co-Working & Event Space dan PixaLabs – syarikat yang bertanggungjawab memberi tunjuk ajar kepada Semuanya BOLA sehingga menjadi syarikat media sukan yang anda kenali sekarang.

Turut dihadiri ramai pakar industri yang berwibawa

Sumber: Cyberjaya Startup Summit

CSS 2019 akan dihadiri oleh ramai pakar-pakar industri startup Malaysia yang akan menjadi speakers dan panelis. Antaranya adalah:

1. Dzuleira Abu Bakar

Dzuleira merupakan Ketua Pegawai Eksekutif MaGIC, sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab membina ekosistem keusahawanan yang mampan, kreatif dan inovatif di Malaysia.

2. Nizam Nadzri

Nizam merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Debt Ventures, sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab memberikan modal perniagaan yang bertunjangkan teknologi.

3. Sandeep Joseph

Sandeep merupakan pengasas Ampersand Advisory, agensi media dan kreatif antarabangsa yang turut bertanggungjawab mengurus hak penajaan Liga Malaysia.

Tranformasikan idea anda di Cyberjaya Startup Summit 2019

Jadi jika anda mempunyai idea, tak kiralah dalam industri bola sepak atau tidak, yang bertunjangkan teknologi, CSS 2019 adalah platform yang akan memberi banyak manfaat kepada syarikat anda.

Jika anda berminat untuk mendapatkan tiket CSS 2019, anda boleh mendapatkan tiket di sini.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai CSS 2019, anda boleh layari laman web rasmi mereka di sini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN