Pemain terbaik perlawanan atau pemain terbaik bulanan adalah anugerah yang menobatkan pemain yang beraksi paling cemerlang dalam perlawanan dan sepanjang bulan.
Ia penting untuk menghargai pemain yang menjadi nadi kemenangan pasukan. Kita biasa melihat anugerah ini berbentuk trofi atau piala kecil, replika bola dan kasut sebagai contoh.
Namun di Afrika, Anugerah Pemain Terbaik Perlawanan ini agak pelik di beberapa buah negara.
1. Afrika Selatan – Data 5GB percuma
Di Afrika Selatan pemain terbaik perlawanan akan menerima satu pakej data 5GB percuma dibekalkan oleh syarikat penaja.
Ia lebih dari cukup untuk pemain mengemaskini status di media sosial ataupun untuk menonton youtube dan juga bermain permainan video di telefon pintar.
2. Zimbabwe – Sekotak bir
Alkohol dan bola sepak sepatutnya diasingkan. Namun di Zimbabwe, pemenang anugerah Pemain Terbaik Perlawanan akan dihadiahkan sekotak bir.
Jika di Jerman, bir ini hanya untuk meraikan kejuaraan pada akhir musim. Di Zimbabwe pemain boleh mendapatnya pada akhir perlawanan jika cemerlang.
1 kotak ada 24 tin, dalam satu skuad ada 25 orang. Nampaknya ada yang harus berkongsi.
(Amaran: Minuman keras adalah haram di sisi agama Islam)
3. Ghana – Sepasang sandal
Di Ghana pula, hadiahnya lebih sihat berbanding Zimbabwe. Ini kerana pemenang akan dihadiahkan dengan sepasang sandal Adidas.
4. Botswana – Sebakul barang dapur
Di Bostwana ada sedikit kelainan kerana ia adalah hadiah untuk pemain terbaik bulanan. Di mana pemenang akan diberikan satu besen barangan dapur termasuk sayur dan roti.
Bolehlah buat stok untuk menjimatkan perbelanjaan barangang dapur minggu tersebut.
Rumusan
Itulah hadiah untuk pemain terbaik yang agak pelik di beberapa negara Afrika. Kami dapat bayangkan jika Mohamed Salah bermain di Bostwana, sudah penuh dapur beliau.
Anda macamana? Sudah memutuskan mahu beraksi di liga mana? Jika ada kesempatan menjadi pemain profesional di negara Afrika. Mungkin anda akan ambil pakej yang menawarkan 5GB internet.