Bola sepak itu sentiasa menarik apabila ada pasukan yang mampu melakukan kebangkitan seperti mana yang dilakukan Felda United ketika bertandang ke gelanggang PKNP (venue: Shah Alam).
8 minit yang menyeramkan
Felda United ketinggalan 3 gol secara agregate pada minit ke-8 setelah PKNP mendahului menerusi Hyeon Woo Kim.
Dalam keudukan tersebut, PKNP FC secara agregatenya berkedudukan 4-1 dengan ada 3 gol tempat lawan untuk dipadamkan oleh Felda United.
Ramai yang menganggap itulah penamat Felda United dalam kempen domestik musim ini. PKNP FC pula dijangka meneruskan impian besar pasukan pendatang baru dalam kancah saingan Piala Malaysia.
Felda United pada awalnya agak panik dengan gol yang seakan-akan meneruskan lagi mimpi indah PKNP di dalam kempen domestik musim ini.
Kebangkitan 12 minit
Dalam bola sepak, menjaringkan gol sentiasa penting, namun untuk menjaringkan gol sebelum rehat adalah perkara yang berbeza.
Ia boleh menjadi motivasi besar kepada pasukan yang mahu bangkit. Felda United menjaringkan 3 gol dalam tempoh 10 minit sebelum rehat.
Ianya dimulakan dengan Wan Zack Haikal yang meneruskan aksi cemerlang beliau musim ini. Wan Zack menjaringkan gol pertama Felda United dalam perlawanan ini minit ke-35.
2 minit berselang giliran Ifedayo Olusegun menjaringkan gol kedua untuk Felda United. Minit ke-45 sebelum wisel penamat, Wan Zack Haikal meletakkan Felda United 1-3 di hadapan dengan gol ke-2 peribadi beliau.
Felda United kini sudah memadamkan jaringan di tempat lawan oleh PKNP FC.
Masuk ke separuh masa kedua, Felda United dalam mood yang lebih bersemangat selepas menyamakan kedudukan secara agregate.
Hanya 2 minit separuh masa kedua bersambung, Zah Rahan menjaringkan gol ke-4. Kini PKNP FC perlu mencari 2 gol dalam tempoh 43 minit terakhir, kerana Felda United pula memiliki kelebihan jaringan di tempat lawan.
12 minit tempoh perlawanan yang mereka ambil untuk melakukan salah satu kebangkitan terbaik di dalam sejarah kelab mereka.
B. Sathianathan masih berbisa
Beliau adalah individu yang bertanggunjawab mengubah nasib pasukan Felda United musim ini. Felda United memulakan musim 2017 dengan prestasi hambar.
Pemergian Irfan Bakti memberikan impak besar kepada pasukan ini. Daripada Pasukan yang bertarung zon penyingkiran pada awal musim, Felda United terus mengorak langkah bergaya pada separuh kedua musim ini.
Mara ke separuh akhir Piala Malaysia mengatasi ‘giant-killer’ – PKNP FC adalah sesuatu yang untuk diraikan oleh penyokong-penyokong The Fighters.
Selamat tinggal PKNP! Berbanggalah!
PKNP menjadi pasukan Liga Perdana terbaik di dalam saingan Piala Malaysia musim ini. Mereka satu-satunya pasukan Liga Perdana yang mara sehingga ke suku akhir.
Debut yang membanggakan daripada anak-anak buah Abu Bakar Fadzim. Nama pemain seperti Sharel Fikri antara pemain yang membuktikan dirinya boleh merobek gawang mana-mana pasukan di Malaysia.
Hatrik ke atas Felda United dalam suku akhir pertama di Jengka antara cerita yang sewajarnya diingati.
Dari sudut teknikalnya, melepaskan 3 gol pendahuluan yang mereka cipta seawal minit ke-8 sememangnya sesuatu yang agak mengecewakan kerana mereka sangat hampir ke separuh akhir.
Saksikan rangkuman aksi perlawanan di sini:
https://www.youtube.com/watch?v=uvRiXAJenQA
Kredit foto: Felda United Official FB Page