Nama penjaga gol muda Jepun iaitu Zion Suzuki secara tiba-tiba menjadi sebutan ramai penyokong bola sepak di sekeliling dunia, selepas beliau dikaitkan bersama kelab gergasi di England Manchester United.
Pada usia 20 tahun, Suzuki kini sedang menikmati satu lagi musim terbaik dalam saingan J1 League di Jepun selepas pasukan tersebut kini berada di kedudukan antara lima terbaik.
🎂HAPPY BIRTHDAY🎂
本日8月21日は
浦和レッズ
鈴木彩艶 選手の20歳の誕生日です🎉鈴木選手、
おめでとうございます✨@REDSOFFICIAL@SuzukiZion pic.twitter.com/7t0OjSp6SJ— Jリーグ(日本プロサッカーリーグ) (@J_League) August 20, 2022
United menjadikan Suzuki sebagai sasaran mereka seterusnya, selepas penjaga gol utama mereka iaitu David De Gea secara rasminya tidak akan bersama mereka lagi untuk musim hadapan.
Sebelum itu, United telah pun dikaitkan bakal menandatangani salah seorang penjaga gol berprofil tinggi iaitu Andre Onana untuk menjadi benteng terakhir mereka selain Suzuki.
Onana yang beraksi bersama Inter Milan musim ini tampil dengan sangat cemerlang untuk membawa pasukan tersebut mara ke pusingan akhir UEFA Champions League (UCL) menentang Manchester City.
Berbalik kepada Suzuki, pemain ini menpunyai darah kacukan Jepun serta Ghana dan memiliki fizikal yang cukup baik serta teknik berkualiti untuk menjadi salah satu penjaga gol terbaik masa hadapan.
Pemain yang lahir di Arkansas, Amerika Syarikat itu mewarisi darah Ghana untuk sebelah bapa serta ibunya yang berasal dari Jepun.
Berikut merupakan empat fakta menarik mengenai Suzuki yang kini masih belum diketahui status semasa beliau bersama United pada musim hadapan menurut Bola.com.
Pemain paling muda pernah dimiliki Urawa Reds
Suzuki menjadi satu-satunya pemain paling muda pernah ditandatangani Urawa Red Diamons, selepas beliau memeterai kontrak bersama pasukan tersebut sejak berusia 16 tahun.
I mean it when I say, if Zion Suzuki joins Manchester United, the only keeper in the Premier league with better distribution than him would be Ederson pic.twitter.com/moWkbPFZZH
— Joshua N. (@joshua_reports) July 5, 2023
Suzuki diikat oleh Urawa Red Diamonds pada musim 2021 dan dianggap memiliki masa depan cukup cerah untuk menjadi pelapis penjaga gol kebangsaan Jepun suatu hari nanti.
Langkah cemerlang pada aksi sulung dalam saingan J1 League
Suzuki mula mendapat perhatian ramai penyokong bola sepak di Jepun, selepas ketangkasannya pada perlawanan sulung bersama Urawa Red Diamonds memastikan mereka tidak dibolosi.
Suzuki mula diberi peluang beraksi pada bulan Mei 2021 ketika mereka menentang Vegalta Sendai dan lebih menakjubkan, Suzuki berjaya mempertahankan rekod tanpa bolos selepas itu untuk tiga perlawanan berturut-turut.
Miliki rekod bersama skuad senior Jepun dengan cemerlang
Pada usia masih muda, Suzuki sudah pun diberi peluang untuk menembusi skuad kebangsaan utama Jepun dan beraksi pada 19 Julai 2022 menentang Hong Kong.
Uniknya, Suzuki sekali lagi berjaya mempertahankan gawang gol beliau daripada dibolosi dengan Jepun menewaskan Hong Kong menerusi keputusan penuh 6-0.
Suzuki bukan pilihan utama untuk Urawa Reds
Bersama Urawa Red Diamonds, Suzuki sebenarnya bukan penjaga gol pilihan utama walaupun beraksi dengan sangat cemerlang setiap kali diberi untuk bermain.
Zion Suzuki in action. pic.twitter.com/r2gFdWkwTz
— Mfana-boy (@Mfanaboy) July 6, 2023
Ini kerana posisi tersebut sehingga kini masih lagi dipegang oleh penjaga gol berpengalaman Jepun iaitu Shusaku Nishikawa.
Untuk rekod, Nishikawa kini sudah pun berusia 37 tahun dan mula menyertai pasukan tersebut sejak tahun 2014 dan sangat konsisten dalam setiap perlawanan dihadapi mereka.