4 Aspek Utama Yang Diambil Kira Pemantau Bakat Untuk Bek Tengah

Bek tengah (center back) adalah posisi yang sangat penting di dalam padang. Posisi ini antara posisi yang paling banyak dipantau oleh pasukan scouting. Namun, tahukah anda apa kriteria asas yang kerap diambil oleh pemantau bakat ketika memantau pemain bek tengah?

Satu artikel menarik dikeluarkan oleh Mark Thompson menggariskan 4 aspek yang seringkali menjadi pertimbangan utama seorang pemantau bakat adalah:

1. Aktiviti sepanjang 90 minit

Ini adalah aspek yang akan menentukan pertahanan itu jenis macam mana. Sama ada mereka seorang yang sangat bertenaga atapun sebaliknya.

Di Eropah, dengan adanya data secara langsung dari Opta, aktiviti pemain terus dilaporkan secara statistik ke dalam peranti mudah alih.

Banyak aktiviti pertahanan yang ada termasuk, bentesan, hadangan, pintasan, duel udara, pertarungan fizikal dan sebagainya.

2. ‘Depth’

Depth di sini bermaksud, adakah bek tengah tersebut selesa bermain dalam keadaan garisan tinggi ataupun rendah. Ataupun mereka fleksibel untuk beraksi di kedua-dua sistem.

Ada sesetengah pertahanan, mereka akan lebih efektif bila bermain di garisan lebih rendah tetapi kerap melakukan kesilapan apabila bermain sistem dengan garisan pertahanan yang lebih tinggi.

Biasanya pemantau bakat akan cuba menilai perbezaan kualiti pertahanan mereka berdasarkan sistem garisan pertahanan yang berbeza.

Sebagai contoh, Ryan Shawcross melakukan 70% bentesan tepat ketika berada di garisan lebih rendah. Tetapi melakukan hanya 63% peratus ketika berada di garisan lebih tinggi.

Jadi, jika pasukan pemantau bakat tersebut memerlukan pemain yang efektif mematikan ancaman awal di garisan tinggi, pemain ini bukan calon sesuai.

3. Kualiti kaki hadapan (front foot)

Istilah front foot merujuk kepada kaki utama yang akan dihulur terlebih dahulu untuk melakukan bentesan, pintasan dan sebagainya.

Pemain akan dinilai, sama ada kaki utama mereka ‘tajam’ dan reaktif untuk melakukan aktiviti bertahan. Adakah pemain ini lebih kepada ‘destroyer’ ataupun seorang pertahanan yang keras?

Selain daripada kaki hadapan, kaki kedua ataupun back foot juga penting untuk diambil kira.

4. Kesilapan

Ini adalah aspek untuk menilai sama ada pertahanan tersebut jenis kerap melakukan kesilapan (error prone) ataupun tidak.

Kesilapan mereka akan dinilai sama ada ia mencetuskan ancaman secara langsung ataupun tidak. Ada sesetengah faul dilakukan bek tengah untuk taktikal (tactical foul), ia adalah satu faul yang bijak.

Jadi, kesilapan di sini bermaksud, kesilapan pertahanan seperti terlepas bola, bentesan yang gagal, faul yang lemah (tidak perlu), pintasan yang gagal dan sebagainya.

Rumusan

Setelah semua aspek tersebut dinilai, pihak pemantau bakat akan menghantar laporan kepada ketua pemantau bakat (chief scout) untuk dibentangkan kepada pengurus/ketua jurulatih.

Yang pasti, kerja analisis ini bukan sebulan dua. Ia memerlukan pemantau bakat menonton banyak perlawanan yang melibatkan pemain yang ingin mereka pantau.

Mereka akan datang sendiri menyaksikan di stadium untuk memastikan mereka tidak dipengaruhi kesan video di dalam televisyen.

Tambahn pula, mereka perlu mengikuti aktiviti pemain tesebut sepenuhnya ketika pemain tersebut di dalam padang. Jika hanya menonton di televisyen, mereka tidak akan dapat melihat seorang pemain itu sepanjang masa.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN