Wales vs Belgium; 3-5-2, Bale, Publisiti Dan Keinginan

Publisiti Wales di Eropah

Setiap kali tamat perlawanan, para pemain Wales adalah golongan yang paling tenang menikmati keindahan kota pemandangan di sekitar Dinard dan juga rehat di bilik hotel.

 

Mereka bermain playstation, tenang bermain ping pong dan berkumpul menonton perlawanan Piala Eropah lain selepas tamat latihan.

Berbeza dengan Belgium yang lebih menjadi perhatian umum dan media. Apa sahaja pemain mereka lakukan sentiasa menjadi bualan. Jika Radja Nainggolan bermain untuk Wales, mungkin ramai tidak tahu lagi yang beliau adalah perokok.

Belgium mendapat publisiti luas kerana status pemain bintang dan ranking dunia tertinggi di kalangan negara negara Eropah lain yang bertanding.

Kini Wales menjadi satu satunya negara Britain yang masih belum keluar daripada Piala Eropah selepas Brexit.

3-5-2

3-5-2 adalah antara perkara yang menarik dalam pertemuan kali ini. Pasukan Belgium telah diratah oleh Itali dengan 3 gol tanpa balas.

Neil Taylor menyatakan, mereka menyaksikan perlawanan Itali menentang Belgium sebelum ini dan merasakan Mark Wilmots tak mampu mencari pelan menembusi sistem back 3 Itali.

 

Belgium ketika itu lebih banyak penguasaan bola namun cara mereka bermain menggambarkan bahawa mereka memang hilang arah, clueless dan tidak berhak mendapat apa apa.

Pada awal pagi esok waktu Malaysia, Belgium akan menentang satu lagi pasukan yang menggunakan sistem back 3 dengan formasi 3-5-2.

Itali mungkin lebih hebat dengan kemampuan Conte untuk memvariasikan taktikal quick transition kepada 3-4-3 atau 3-3-4. Manakala Wales mungkin lebih terhad secara varian.

Wales setakat ini cuma menunjukkan mereka boleh berubah kepada 3-4-3 dan 4-4-2 ketika melakukan tekanan kepada pihak lawan.

Namun setakat ini output daripada Wales agak baik juga.

Pendirian tegas Coleman

Ketika mengambil alih pasukan Wales 19 Januari 2012, jurulatih ini tidak mahu dipengaruhi oleh orang lain dalam soal taktikal dan formasi.

 

Dalam pusingan kelayakan Piala Eropah, beliau cuma sekali sahaja menggunakan formasi 4-5-1 dengan meletakkan Gareth Bale sebagai false 9 dan hasilnya adalah 0-0.

Kemudian beliau tidak pernah terlalu bereskperimen dalam taktikal dan formasi kerana beliau mahukan pemain Wales bermain dalam sistem beliau bukannya sistem beliau yang dibentuk kerana para pemain Wales.

Apa yang Coleman mahukan adalah identiti, pemain faham akan cara bermain yang beliau kehendaki, serta pendekatan yang konsisten dalam pasukan.

Hasilnya, mereka berjaya menuai hasil yang baik dalam Piala Eropah musim ini. Mara sehingga ke suku akhir adalah pencapaian yang sangat membanggakan.

Wales adalah one man team ?

Nama Gareth Bale ibarat Ronaldo di dalam pasukan Portugal. Beliau adalah kekuatan utama pasukan. Wales mulai digelar one man team.

Ini setelah kehebatan Bale yang konsisten menjadi penjaring gol dan menjadi pemain yang oleh menentukan nasib pasukan secara individu.

Beliau membawa status sebagai pemain termahal dunia dan antara pemain terbaik dunia di bahu beliau dalam pasukan ini.

 

Wales bukan sekadar Gareth Bale, ia adalah sebuah pasukan yang dipenuhi pemain yang memiliki keinginan dan semangat untuk membuktikan sesuatu demi negara mereka.

Ramai pemain yang lahir di Wales akan memilih negara seperti England untuk karier antarabangsa, namun generasi Bale-Ramsey ini telah mengubah perspektif itu.

Bale sendiri antara yang menolak peluang bermain untuk England kerana beliau percaya ada sinar dalam bolasepak Wales pada suatu hari nanti.

Itulah sebabnya Gareth Bale berkata, pasukan ini jauh lebih bersemangat dan bersatu berbanding England. Dan beliau menyatakan, tidak ada seorang pun pemain England yang ada pada pasukan mereka sekarang layak mewakili Wales.

Bale mungkin merujuk kepada keinginan, dedikasi dan semangat berpasukan bukannya kualiti individual. Kita tetap harus melihat cara mereka bermain di belakang Bale.

Aaron Ramsey adalah antara pemain yang konsisten dalam pasukan ini. Beliau telah terlibat dalam 3 gol Wales sama ada sebagai assistant atau penjaring dalam 5 perlawanan terakhir pasukan ini.

 

Pemain seperti Joe Allen juga antara top passers dalam Piala Eropah kali ini. Jadi, mereka bukanlah one man team secara total. Mereka cuma memiliki pemain yang berbisa dan tajam seperti Bale.

Menentang Belgium

Wales akan turun sebagai pasukan yang kurang tekanan sekali lagi berbanding dengan lawan mereka Belgium.

Ia adalah perlawanan yang lebih sukar kerana Eden Hazard yang baru sahaja ‘mengumumkan’ ketibaan beliau di Piala Eropah kali ini ketika aksi menentang Hungary.

Wales harus memastikan 3-5-2 mereka ada potensi untuk berkembang dan bukannya sukar untuk keluar seperti mana ketika mereka dikalahkan England.

Dalam perlawanan tersebut mereka membentuk chain of 5 ketika bertahan dan agak sukar untuk berkembang kepada 3-5-2 dan 3-4-3 apabila cuba menyerang.

Ini mungkin kerana mereka duduk terlalu dalam di kawasan sendiri dan lebih pasif dan memberikan lawan peluang untuk memenangi bola di kawasan mereka.

Coleman pasti tidak mahu perkara itu terjadi kerana mereka perlu untuk mengeluarkan wingback mereka untuk membantu bahagian tengah atau serangan.

Jika tidak mereka akan berdepan dengan severe numerical disadvantage ketika menyerang.

Sebelum sepak mula

Mampukah Wales melepasi cabaran Belgium kali ini ?

4 pertemuan mereka sebelum ini adalah seimbang dengan 1 kemenangan masing masing dan 2 seri.

Namun yang pasti, beliau adalah pengurus dan tactician British yang terbaik buat masa ini untuk pasukan kebangsaan.

 

[adrotate banner=”9″]

Baca juga : Analisis Taktikal Piala Eropah : Belgium vs Itali (0-2)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN