30 Penyokong Indonesia Langgar SOP K-League Buat Petugas Stadium Bingung

Perlawanan melibatkan kelab divisyen kedua Korea Selatan di antara Busan IPark menentang Ansan Greeners di Stadium Gudeok, Busan mendapat perhatian kerana kehadiran kira-kira 30 penyokong warga Indonesia.

Menurut media online Korea Selatan sports-g.com, 30 penyokong tersebut adalah warga negara Indonesia yang tinggal di Busan dan ingin bersorak untuk pemain pasukan pelawat, Asnawi Mangkualam.

Kehadiran penyokong-penyokong Indonesia ini pantas menarik perhatian petugas stadium pada hari perlawanan tersebut.

Ini kerana K-League memiliki peraturan ketat yang melarang penyokong lawan hadir ke stadium lawan untuk mengurangkan risiko penularan wabak Covid-19.

Tindak tanduk 30 penyokong Indonesia tersebut bagaimanapun menyebabkan petugas stadium  sekadar memberikan amaran kepada mereka.

“Jangan tunjukkan sokongan kamu kepada Ansan atau Asnawi [Mangkualam],” kata salah seorang petugas kepada kumpulan penyokong Indonesia itu yang jelas kedengaran dari kawasan media.

Amaran itu dengan lantang dijawab di dalam Bahasa Korea oleh kumpulan penyokong Indonesia tersebut.

“Okay, kalau begitu kami juga tidak akan menyokong kalian [Busan IPark].”

Malah kumpulan penyokong tersebut kemudiannya ditegur kerana mengibarkan bendera Indonesia pada babak kedua perlawanan.

Situasi yang dicipta oleh kumpulan penyokong Indonesia tersebut telah menyebabkan petugas stadium was-was untuk bertindak. Dan menurut Sports-G, mereka juga tidak boleh dihukum oleh K-League walaupun jelas melanggar peraturan pandemik kerana hadir ke perlawanan tersebut.

Ini kerana penyokong lawan hanya boleh dilarang atau dihukum dengan sejumlah bukti seperti menyarung jersi pasukan lawan, membawa bendera pasukan lawan, atau menyanyikan chant untuk menunjukkan sokongan kepada pasukan lawan.

Tetapi penyokong Indonesia yang hadir itu tidak mengenakan sebarang pakaian atau bendera yang mempunyai kaitan dengan Anan Greeners. Mereka tiba dengan mengenakan pakaian biasa, selain jersi skuad kebangsaan Indonesia.

“Bagi kami itu adalah sokongan yang sama seperti kami [penyokong Korea Selatan] yang bersorak untuk Son Heung-Min di stadium Premier League, mengibarkan bendera dan foto,” tulis Sports-G.

Lebih membingungkan petugas-petugas stadium, kumpulan penyokong Indonesia tersebut berteriak setiap kali Ansan Greeners mendapat peluang. Mereka melakukan perkara yang sama apabila tuan rumah, Busan IPark menghasilkan jaringan.

Perkara itu menyebabkan Busan IPark sukar membuktikan kesalahan penyokong Indonesia itu untuk menghukum Ansan Greeners kerana kehadiran penyokong mereka.

Lagipun mereka yang hadir dilihat memakai pelitup muka, dan menjaga penjarakan masing-masing. Malang buat mereka, Ansan Greeners dan Asnawi Mangkualam dibelasah 4-0 oleh pasukan tuan rumah.

 

Baca artikel menarik lain daripada kami:

Shin Tae-yong Buat ‘Part-Time’ Jadi Pengulas Sukan Olimpik

Belum Pun Sah Sertai Man Utd, Raphael Varane Sudah Kena Troll Penyokong Lawan

‘Islam Itu Indah’ – Pengalaman Wartawan BBC Menjadi Mangsa Rasis Sejak Kecil

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN