30 Pemain Dipanggil Ke Latihan Pusat Skuad Malaysia B-21 Hadapi Piala Newspaper

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan senarai 30 pemain muda yang dipilih oleh ketua jurulatih skuad bola sepak B-21 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee untuk menghadiri kem latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya dari 29 November hingga 9 Disember 2018.

Kem latihan pusat tersebut adalah sebagai persiapan untuk menghadapi Kejuaraan Piala Newspaper B-21 2018 di Nah Trang City, Vietnam yang dijadualkan berlangsung pada 10 hingga 19 Disember 2018.

Senarai pemain skuad bawah 21 tahun yang dipanggil ke latihan pusat.

Gabungan muka baharu dan berpengalaman

Dalam senarai 30 orang pemain tersebut, hanya 3 orang pemain yang beraksi dalam saingan Sukan Asia di Indonesia bulan lalu telah dipanggil termasuk 4 orang pemain yang beraksi dalam saingan AFC B-19 dibawah kendalian Bojan Hodak.

Antara muka baharu yang kurang dikenali dan mungkin agak asing dalam kalangan pemain tempatan ialah Jordon Ollerenshaw dari kelab St George. Beliau merupakan anak kepada bekas pemain Australia dan pemain import Sabah iaitu Scott Ollerenshaw.

Dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia memberi kelebihan kepada Jordon untuk mendapatkan status warganegara Malaysia bagi mewakili skuad kebangsaan.

Hanya 20 pemain terbaik akan dibawa ke Vietnam

Barisan pemain ini akan menjalani latihan pusat selama 10 hari di Wisma FAM, kemudian jumlah itu akan dikurangkan kepada 20 pemain terbaik untuk dibawa ke Nah Trang City bagi menghadapi Kejuaraan Piala Newspaper B-21 2018.

Mereka juga dijadualkan berlepas ke Vietnam pada 10 Disember dan kembali ke tanah air pada 19 Disember 2018.

Sesi latihan skuad B-23 di China bulan Januari lalu. Foto: Facebook FAM.

Kejohanan Piala Newspaper merupakan medan untuk menguji pemain baharu bagi membentuk barisan yang mantap sebelum menghadapi pusingan kelayakan Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang turut menawarkan tiket ke Olimpik Tokyo 2020.

Kali terakhir Malaysia bertanding dalam Piala Newspaper adalah pada tahun 2014. Malaysia juga berjaya menjulang piala kejuaraan tersebut pada tahun 2012, ketika itu juga di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN