Aksi Liga Super 2024/2025 kembali bersambung pada hari ini dengan salah satu perlawanan tumpuan membabitkan Negeri Sembilan dan Sri Pahang yang akan berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR), Paroi.
Atas kertas, Sri Pahang memiliki kelebihan untuk meraih keputusan positif pada perlawanan tersebut kerana kedudukan mereka di pentas Liga Super jauh lebih baik jika dibandingkan Negeri Sembilan.
Rekod pertemuan 5 perlawanan terakhir #NSESRP.
Kedua-dua pasukan bakal bertemu sekali lagi dalam aksi Liga Super pada jam 9 malam esok di Paroi. pic.twitter.com/pKalo83IvW
— Negeri Sembilan Football Club (@nsfc1923) January 9, 2025
Namun, skuad kendalian Fandi Ahmad juga tidak boleh mengambil mudah akan cabaran tersebut kerana mereka bakal beraksi di gelanggang lawan yang sudah tentu akan mendapat sokongan padu daripada peminat tuan rumah.
Malah, Negeri Sembilan sendiri sudah tentu tidak rela mencatat kekalahan terbaharu selepas mereka sedar masa juga semakin suntuk untuk pasukan itu memperbaiki kedudukan semasa.
Sudah tentu pelbagai persiapan rapi sudah dibuat terutama sekali membabitkan beberapa kelemahan mereka di posisi pertahanan untuk memastikan Tok Gajah tidak mudah untuk mendapatkan gol.
Bagi aksi hari ini, kami di Semuanya BOLA menyenaraikan tiga pemain tumpuan yang dijangka bakal memainkan peranan penting untuk aksi tersebut serta memberikan impak tersendiri bersama pasukan diwakili.
Takumi Sasaki (Negeri Sembilan)
Bekas pemain kebangsaan Jepun ini menjadi antara dijangka bakal menjadi pertaruhan utama kelab tersebut untuk menggempur kubu pertahanan pasukan pelawat.
Kelincahan, kualiti kawalan bola, serta kreativiti Takumi boleh dianggap cukup menyakinkan sejak awal penyertaan beliau di pentas Liga Malaysia (Liga M) untuk membentuk kombinasi serangan bersama rakan sepasukan lain.
Setakat ini, Takumi sudah pun meledak satu gol bersama tiga bantuan jaringan secara keseluruhan daripada 20 perlawanan diharungi bersama kelab tersebut.
Kpah Sherman (Sri Pahang)
Tiada sebab untuk pertahanan Negeri Sembilan untuk memberi tumpuan lebih khusus kepada penyerang berbisa Tok Gajah itu pada perlawanan ini jika mereka ingin mengelak daripada dibolosi gol.
Kpah meneruskan rentak positif beliau pada musim ini dengan menjadi sandaran utama Sri Pahang untuk mendapatkan jaringan menerusi ketajaman serta kekuatan fizikal beliau untuk mengatasi pertahanan lawan.
Musim ini menyaksikan Kpah sudah meledak enam gol dan dua bantuan jaringan daripada 17 perlawanan diharungi beliau bersama Tok Gajah di pentas domestik.
Stefano Brundo (Sri Pahang)
Salah seorang pemain import yang cukup konsisten sejak penyertaan beliau bersama Sri Pahang pada musim lalu menerusi impak ditinggalkannya di atas padang.
Get ready for Negeri Sembilan! 💪🏽⚽
Aksi liga akan kembali bersambung Jumaat ini dengan SPFC bertandang ke Paroi. #sripahang #wherelegendsareborn #voltrafootball pic.twitter.com/mmJpBT7eLd
— Sri Pahang FC (@OfficialPahang) January 8, 2025
Tidak hanya memainkan peranan selaku pertahanan Tok Gajah, Brundo juga mempunyai keupayaan beraksi di posisi tengah bertahan serta membantu serangan pasukan menerusi ketajaman dimiliki beliau.
Selepas mengharungi 12 perlawanan, Brundo sudah pun meledak empat gol bersama Sri Pahang dan dijangka akan menjadi pertaruhan utama Fandi untuk hadapi Negeri Sembilan.