Terengganu bakal menghadapi aksi ketiga mereka pada hari ini bagi saingan ACC Shopee Cup 2024/2025 dengan membawa misi cukup besar demi meraih kemenangan sulung untuk menghidupkan peluang ke pusingan seterusnya.
Berdepan wakil kelab dari Myanmar iaitu Shan United di gelanggang lawan, jelas bukan suatu perkara yang boleh diambil ringan apatah lagi Sang Penyu tampil serba tempang tanpa seorang pun kelibat penyerang import.
Melihat kepada statistik semasa pasukan lawan juga jelas antara kelab paling berbahaya musim ini di saingan domestik serta memiliki beberapa pemain bintang.
#ACCSHOPEECUP 24/25 PRE-MATCH PRESS CONFERENCE AGAINST SHAN UNITED FC
Sidang media sebelum perlawanan ketiga 'Kumpulan A' ACC Shopee Cup 24/25 di antara pasukan tuan rumah, Shan United FC melayan kunjungan Terengganu FC.#TerengganuFC #WeBleedBlackAndWhite#TFCTV pic.twitter.com/7c7sAFaxKb
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) January 8, 2025
Walaupun begitu, skuad kendalian Badrul Afzan Razali juga sudah tentu membuat persiapan cukup rapi terutama sekali menerusi beberapa rombakan pemain dalam kesebelasan utama.
Tanpa penyerang import, Badrul masih lagi memiliki beberapa pemain tempatan yang cukup berkaliber untuk menggalas tugas berat mereka di gelanggang lawan hari ini.
Berikut merupakan tiga pemain tumpuan Sang Penyu yang dijangka bakal memainkan peranan penting untuk membawa kejayaan di Stadium Thuwunna hari ini.
Safawi Rasid
Pemain sayap kanan lincah ini dijangka akan terus menjadi percaturan utama Badrul Afzan untuk menggempur pertahanan lawan menerusi kualiti serta pengalaman dimiliki beliau.
Musim ini sahaja menyaksikan Safawi telah pun merekodkan 11 gol dan dua bantuan jaringan daripada 24 perlawanan dihadapi di pentas domestik serta antarabangsa bersama Terengganu.
Kelebihan pemain Harimau Malaya ini yang paling digeruni sudah tentu pada kualiti sepakan percuma beliau yang sentiasa menghasilkan sesuatu cukup positif kepada pasukan.
Akhyar Rashid
Jika di sebelah kanan posisi itu diisi oleh Safawi, maka sayap kiri menjadi milik Akhyar yang mempamerkan kualiti cukup menyakinkan musim ini bersama Sang Penyu.
Setakat ini, Akhyar telah mencipta 23 penampilan buat Terengganu dan meledak enam gol serta tiga bantuan jaringan secara keseluruhan.
Kelincahan anak jati Kedah ini dijangka bakal mengkucar kacirkan pertahanan lawan selain kombinasi beliau bersama Safawi mampu menghadirkan gerakan positif kepada pasukan tersebut.
Manuel Ott
Perancang utama Terengganu ini sudah tentu akan menjadi salah satu tumpuan utama, kerana Manuel Ott bakal menghadapi cabaran untuk memastikan siri serangan pasukan itu kekal bernafas sepanjang aksi berlangsung.
🏁𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍 𝐂𝐥𝐮𝐛 𝐂𝐡𝐚𝐦𝐩𝐢𝐨𝐧𝐬𝐡𝐢𝐩 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟐𝟓 : 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍𝐀𝐍🏁
𝑺𝒉𝒂𝒏 𝑼𝒏𝒊𝒕𝒆𝒅 𝒗𝒔 𝑻𝒆𝒓𝒆𝒏𝒈𝒈𝒂𝒏𝒖 𝑭𝑪
🗓️ 8 Januari 2025
🕘 7.30 PM (Waktu Malaysia)
🏟️ Stadium BolaSepak Thuwunna
📺 Arena Bola & Astro GO#ShopeeCup#TerengganuFC… pic.twitter.com/9p95btl26l— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) January 8, 2025
Kreativiti, kualiti hantaran, serta ketajaman pemain kebangsaan Filipina itu menjadikan Sang Penyu tampil dengan sangat baik sepanjang persaingan musim ini.
Empat gol dan dua bantuan jaringan sudah direkodkan Ott pada musim ini bersama Terengganu di pentas domestik serta kejuaraan ACC Shopee Cup.