3 Tonggak JDT Kekal Unggul Walau Sekadar Seri Bertemu Buriram United

Johor Darul Ta’zim (JDT) secara rasminya telah pun mencatat keputusan seri bagi aksi terbaharu AFC Champions League Elite (ACLE) musim 2024/2025 semalam ketika mereka menghadapi cabaran Buriram United.

Beraksi di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Johor, pelbagai drama telah pun berlaku dengan ia membabitkan kedua pasukan itu sepanjang saingan berlangsung.

Baik JDT atau wakil kelab dari Thailand itu, masing-masing tidak terlepas daripada menerima tiupan wisel daripada pengadil sehingga ada beberapa layangan kad merah dikeluarkan.

Malah, intensiti permainan kedua pasukan itu juga cukup mengujakan kerana masing-masing dilihat seimbang mencipta serangan serta ingin menguasai permainan.

Bagi JDT, ada beberapa pemain mereka dilihat tampil cukup menyerlah untuk memastikan wakil kelab dari Malaysia ini memperoleh satu mata sekurangnya di halaman sendiri.

Berikut merupakan tiga pemain pilihan kami yang dianggap berjaya memberikan impak besar ketika menghadapi cabaran getir daripada Buriram United.

Arif Aiman Hanapi

Bintang muda Harimau Malaya ini mempunyai beberapa detik terbaik untuk menghasilkan gol ketika bertemu pelawat sepanjang aksi berlangsung semalam.

Kelincahan Arif tampak begitu menyerlah sepanjang aksi berlangsung dengan beberapa kali beliau berjaya mengkucar kacirkan pertahanan lawan menerusi kualiti kawalan bolanya.

Malah, pertahanan pelawat iaitu Jefferson Tabinas juga menghadapi masalah pada aksi itu untuk mengekang kelincahan Arif sehingga kekasaran terpaksa dilakukan kepadanya.

Bergson da Silva

Bermula selaku kesebelasan utama, Bergson pada awalnya mungkin sedikit tenggelam dalam permainan kerana mengambil masa untuk menyesuaikan diri menghadapi lawan.

Namun, pemain ini secara perlahan-lahan memberi kesukaran buat pelawat menerusi kekuatan fizikal milik beliau serta kepantasannya selain satu rembatan deras tepat turut dilepaskannya untuk menguji Neil Etheridge.

Lebih menarik, beliau berjaya mencipta sendiri peluang ke arah gol menerusi gerakan individu miliknya pada satu masa dengan 2-3 pertahanan lawan diperlukan untuk menghentikan penyerang dari Brazil itu.

Eddy Israfilov

Sukar untuk dinafikan impak Eddy di posisi pertahanan jelas begitu ketara sehingga menyukarkan pelawat untuk menembusi pasukan tuan rumah daripada posisi tengah.

Ketenangan Eddy dilihat sedikit sebanyak menghidupkan motivasi rakan sepasukan untuk terus konsisten dan berdisiplin ketika mengawal asakan bertali arus daripada Buriram United.

Malah, Eddy juga tidak termakan dengan perang psikologi lawan dan mengekalkan konsistensinya sehingga ke wisel penamat perlawanan buat JDT.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN