3 Senjata Berbisa Malaysia Dijangka Mampu Kejutkan New Zealand

Malaysia secara rasminya bakal menghadapi New Zealand pada hari ini dalam aksi persahabatan selepas beberapa minggu mereka berada di sana serta turut melakukan satu perlawanan ujian menentang Auckland FC.

Untuk aksi persahabatan ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebelum itu telah pun memperkenalkan 27 pemain secara keseluruhan dan 26 daripadanya dibawa terbang ke Auckland untuk menghadapi tuan rumah.

Pada aksi menentang New Zealand ini, skuad Harimau Malaya bakal berkunjung ke Stadium North Harbour di Auckland dan menghadapi perlawanan itu pada hari ini.

Melihat kepada senarai nama pemain dipanggil, kami menyifatkan ianya cukup seimbang di segenap posisi serta masing-masing memiliki peluang terbuka untuk terpilih beraksi bawah kendalian Pau Marti Vicente.

Pau Marti kali ini turut tampil dengan kejutan untuk menyenaraikan bintang muda berbakat besar iaitu Haykal Danish untuk menjalani sesi latihan bersama barisan senior negara.

Untuk aksi yang akan berlangsung nanti, sudah tentu posisi serangan negara antara mendapat perhatian pemerhati bola sepak tempatan dengan tiga pemain dijangka bakal menyerlah serta memberi impak positif.

Arif Aiman Hanapi

Momentum semasa Arif kini boleh dianggap cukup menyerlah baik ketika di pentas domestik atau dalam saingan AFC Champions League (ACLE) bersama Johor Darul Ta’zim (JDT).

Catatan semasa beliau kini menyaksikan Arif sudah meledak sembilan gol bersama tujuh bantuan jaringan daripada 16 perlawanan dihadapi bersama JDT.

Penjaring kedua terbanyak ACLE itu juga turut menyumbang satu gol bersama satu bantuan jaringan pada tahun ini daripada enam penampilan buat skuad kebangsaan.

Endrick dos Santos

Pemain tengah serangan Harimau Malaya ini sudah tentu akan menjadi tumpuan utama buat pasukan kebangsaan, ekoran impak diberikan beliau cukup besar di atas padang.

Endrick boleh dianggap pemain serba lengkap selaku pemain tengah serangan menerusi kualiti kawalan bola, kreativiti, serta cukup tajam di hadapan gawang gol.

Pemain naturalisasi dari Brazil ini juga sudah pun membuka akaun jaringan serta satu bantuan gol bersama Ho Chi Minh City dalam saingan utama Vietnam.

Haqimi Azim Rosli

Ramai menjangkakan Paulo Josue mungkin akan menjadi antara bintang serangan tumpuan utama serangan Malaysia pada aksi bertemu New Zealand akan datang.

Namun impak Haqimi bersama Kuala Lumpur City (KL City) sejak kebelakangan ini juga jelas sangat menyakinkan untuk beliau yang baru berusia 21 tahun.

Statistik semasa Haqimi kini menyaksikan beliau sudah pun meledak empat gol bersama tiga bantuan jaringan daripada 13 penampilan buat KL City termasuk dalam kejohanan ACC Shopee Cup.

Jangkaan kami, Haqimi bakal dibawa masuk pada separuh masa kedua untuk mengubah rentak permainan Malaysia menjadi lebih pantas serta mengkucar kacirkan pertahanan lawan menerusi kualiti gelecekannya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN