3 Sebab Perak Boleh Dikatakan Bertuah Dapat ‘Rampas’ Azri Ghani

Azri Ghani Kedah Melaka United Liga Super 2020 Perak 2021

Perak sudah mengesahkan kemasukkan penjaga gol muda, Azri Ghani selepas kontrak pemain itu tidak dilanjutkan oleh Kedah, baru-baru ini.

Sebelum penyertaannya disahkan oleh Perak, sudah tersebar khabar angin mengenai masa depan penjaga gol tersebut yang dikatakan bakal meninggalkan skuad naib juara Liga Super 2020 itu untuk saingan musim hadapan. Sukar untuk difahami apabila beliau dilepaskan oleh Kedah ketika prestasinya boleh dikatakan sedang memuncak.

Bagaimanapun, difahamkan bahawa pihak pengurusan sudah menawarkan kontrak lanjutan, namun Azri Ghani yang memilih untuk meninggalkan Kedah. Bercakap sebelum ini, beliau telah menyatakan punca mengenai pemilihan hala tuju baharu dalam karier bola sepaknya yang sudah mula berputik di penghujung musim di Kedah.

Antara perkara yang ditekankannya adalah cabaran berdepan dua penjaga gol senior di Kedah mengurangkan peluang beraksi dan tempoh kontrak yang lebih panjang untuk meningkatkan kualiti permainannya. Di Perak, beliau memiliki peluang yang lebih baik.

Mengapa Perak boleh dikatakan bertuah kerana berjaya menandatangi Azri Ghani?

Usia yang masih muda

Berusia 21 tahun, masih banyak potensi yang dimiliki oleh Azri Ghani di masa hadapan. Beliau merupakan salah seorang pemain yang berada dalam skuad B-19 negara yang menjuarai Kejuaraan AFF B-19 edisi 2018 ketika di bawah kendalian Bojan Hodak.

Berdasarkan aksinya bersama Kedah – tiga penampilan, beliau dilihat sangat matang dan sudah bersedia untuk aksi dalam kesebelasan utama pasukan. Cuma di Kedah, peluangnya agak tipis dan kecederaan berganda yang dilalui Kedah – kecederaan Ifwat Akmal dan Shahril Saari telah memberikannya peluang untuk ke depan.

Peratus menyelamat yang tinggi

Menurut Opta J, sebuah laman statistik Liga Malaysia (Liga M), di kalangan pemain-pemain berusia bawah 23 tahun, Azri Ghani telah merekodkan peratus menyelamat paling tinggi iaitu 85.71 peratus dalam 210 minit aksi. Penjaga gol Terengganu FC, Rahadiazli Rahalim pula hanya merekodkan 75 peratus dalam 438 minit permainan.

Pesaingnya, Ifwat Akmal pula merekodkan peratus menyelamat paling rendah di kalangan penjaga gol utama iaitu hanya 30 peratus dalam lima penampilannya. Jika tidak kerana kecederaan bahu yang dialaminya dan diikuti kecederaan Shahril Saari selepas itu, Azri Ghani mungkin masih hanya memanaskan bangku simpanan sahaja.

Prestasi Hafizul Hakim

Mungkin inilah peluang buat dirinya menempatkan diri dalam skuad utama The Bos Gaurus. Hafizul Hakim mengalami musim yang kurang baik apabila penjaga gol pilihan ketiga, Nasrullah Aziz yang berjaya menempatkan diri di kalangan 10 penjaga gol terbaik musim ini dengan memiliki peratus menyelamat sebanyak 53.85 peratus.

Hafizul Hakim hanya kurang 90 minit aksi berbanding Nasrullah Aziz yang berusia 22 tahun – mengumpul 540 minit permainan. Selain itu, Hafizul Hakim dilihat turut bergelut dengan kecederaan lutut kanannya sehingga memaksanya untuk membuat pembedahan bagi memperbaiki koyakan meniskus pada sendi lututnya itu.

Ketidaktentuan prestasi Hafizul Hakim dan kekurangan impak kehadiran Nasrullah Aziz bakal diperbaiki dengan kemasukkan Azri Ghani pada musim depan. Dan jika khabar angin perpindahan Hafizul Hakim menjadi nyata, segalanya akan berbalik kepada kemampuan Azri Ghani untuk tampil sebagai penjaga gol utama Perak musim 2021.

Dan tentunya, permusuhan antara Kedah dan Perak bakal menjadi ‘lebih panas’ dengan penyertaan Azri Ghani dan mungkin seorang lagi pemain Kedah, Shakir Hamzah?

KREDIT FEATURED IMAGE: MUSA

Baca lagi artikel mengenai Azri Ghani dan Perak:

RASMI: Perak Umum Kehadiran Azri Ghani Perkuatkan Pasukan

MSL 2020: Kecemerlangan Azri Ghani Bantu Kedah Tundukkan Melaka United

v

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN