Populariti & Kualiti Fasiliti JDT Tawan Hati Nepal Untuk Lakukan Aksi Persahabatan

Terdahulu, pasukan Liga Super iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang skuad kebangsaan Nepal.

Perlawanan yang diadakan 26 Ogos ini telah memperoleh perhatian ramai, tetapi mengapa Nepal memilih JDT sebagai lawan?

Menurut laman rasmi JOHOR Southern Tigers, mereka menggariskan 3 sebab mengapa Nepal memilih juara Liga Super itu.

Pertamanya adalah populariti pasukan.

Reputasi JDT yang gah sebagai pasukan yang terulung di negara dan juga di benua Asia.

“Nama JDT semakin menjadi perhatian juga sebutan pemerhati bola sepak Asia setelah membuat penampilan sulung yang menakjubkan dalam persaingan Liga Juara-juara AFC (ACL) musim ini.”

Sebab kedua adalah kerana kualiti fasiliti pasukan tersebut yang merupakan terbaik di Malaysia.

Fasiliti serba moden membolehkan para pemain Nepal yang akan berlatih di Padang Seri Gelam menikmati pengalaman baharu menggunakan teknologi yang ada.

“Dengan kesempurnaan yang dimiliki oleh JDT, Nepal merasakan JDT boleh dijadikan sebagai lokasi ideal mempertingkatkan, memacu serta melonjakkan prestasi dan keyakinan keseluruhan barisan pemain mereka.’

Selain daripada itu, kualiti padang stadium JDT turut memainkan peranan.

Kualiti padang rumput Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos jelas membuktikan gelanggang rasmi JDT itu lokasi terbaik untuk perlawanan kelas tertinggi diadakan.

“Lapangan rumput rata dan terbaik yang ada di stadium ini boleh dijadikan tempat untuk melihat kelancaran perlaksanaan strategi yang diterjemahkan oleh kesebelasan pemain mereka tanpa rasa gusar tentang risiko kecederaan yang serius.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN