Dipilih sebagai penjaring gol tercantik bagi kejohanan Euro 2020 mungkin menjadi salah satu kenangan terindah buat Patrik Schick dalam kariernya. Namun perkembangan terbaharu ini mungkin lebih mengujakan.
Penyerang Republik Czech itu telah dikaitkan dengan perpindahan ke Bayern Munich yang pastinya menjadi idaman buat mana-mana pemain profesional di seluruh dunia.
Penyerang lengkap serba serbi
Aksinya di kejohanan Eropah telah membuka mata banyak pihak bahawa beliau sebenarnya merupakan salah satu penyerang prolifik yang kurang diberi perhatian sebelum ini.
5 gol yang dijaringkan olehnya di kejohanan Euro 2020 meletakkannya sebaris dengan Cristiano Ronaldo, namun hanya satu bantuan jaringan yang memisahkannya dari anugerah kasut emas.
Schick telah menunjukkan beliau adalah seorang pemain dengan mentaliti menang serta memiliki kualiti teknikal yang cukup ampuh. Apa lagi bukti yang paling jelas kalau bukan gol dari jarak 50 ela yang melemaskan David Marshall.
🇨🇿🙌 After almost 800k votes, Patrik Schick's long-range stunner vs Scotland is UEFA EURO 2020 Goal of the Tournament! ⚽️💥#EUROGOTT @GazpromFootball #EURO2020 pic.twitter.com/qBENMPj25b
— UEFA EURO 2024 (@EURO2024) July 14, 2021
Namun ada beberapa pihak yang meragui kemampuannya untuk menggantikan tempat penyerang prolifik seperti Robert Lewandowski.
Schick vs Lewandowski
Untuk membuat perbandingan yang adil, dengan umur Schick ketika ini adalah 25 tahun , mungkin kita boleh melihat semula rekod jaringan Lewandowski di sekitar usia yang sama.
Penyerang Poland itu tiba di Bundesliga bersama Borussia Dortmund pada usia 22 tahun dan beliau hanya menjaringkan sembilan gol daripada 43 penampilan pada musim pertamanya.
Schick pula yang menyertai RB Leipzig secara pinjaman dari AS Roma ketika berusia 23 tahun menamatkan musim pertamanya dengan mengumpul 10 gol hanya dalam 28 penampilan.
6 – @RBLeipzig_EN's Patrik Schick has scored 6th goal in his 12th #Bundesliga match – more than in 46 Serie A games for Roma (5). Fancy. #RBLSVW pic.twitter.com/BuasEel9TF
— OptaFranz (@OptaFranz) February 15, 2020
Ini bermakna, dari segi nisbah jaringan, rekod jaringannya dalam musim pertama di Bundesliga adalah jauh lebih baik daripada Lewandowski.
Musim kedua di Bundesliga selepas berpindah secara tetap ke Bayer Leverkusen, rekod jaringannya semakin baik di mana beliau telah menjaringkan 13 gol dari 36 perlawanan dalam semua penampilan.
Bayangkan jika beliau menyertai Bayern Munich. Dengan sokongan pemain berkelas dunia sebagai rakan sepasukannya serta pengurus berkaliber seperti Julian Nagelsmann, sudah tentu beliau mampu mencatat rekod jaringan yang jauh lebih baik musim demi musim.
Lewandowski sudah selesai
Selepas tujuh musim menjadi watak utama di Allianz Arena, mungkin sudah tiba masanya untuk Lewandowski mencari angin baharu dalam kariernya.
Musim lalu beliau telah menjaringkan 41 gol Bundesliga dalam semusim yang memadamkan rekod Gerd Muller yang telah bertahan selama 49 tahun.
HE’S DONE IT! 🥳
Lewandowski has scored his 41st Bundesliga goal of the season, breaking the record set by Gerd Muller in 1971-72 👏 pic.twitter.com/RLPFf790F2
— ESPN FC (@ESPNFC) May 22, 2021
Beberapa laporan media telah melaporkan penyerang berusia 32 tahun itu mahu merealisasikan impiannya beraksi di Real Madrid. Namun seperti yang kita tahu, Los Blancos bukanlah pasukan yang begitu ‘mesra’ dengan pemain yang sudah berusia lebih 30 tahun.
Namun Lewandowski telah membuktikan usia itu sekadar angka. Pencapaiannya pada musim lepas dan musim ini membolehkannya disenaraikan sebagai salah seorang calon bagi anugerah Ballon d’Or.
Jika Lewandowski melangkah keluar, Julian Nagelsmann tidak perlu tunggu lama untuk mendapatkan Schick sebagai pengganti.
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:
Hasrat Tomas Trucha Kepada Bekas Anak Didiknya, Patrik Schick Di Euro 2020
Gol Ke-41 Pada Minit Akhir Perlawanan Terakhir, Lewandowski Padam Rekod 49 Tahun Gerd Muller