3 Sebab Mengapa Liverpool Berpotensi Terlepas Semua Piala Musim Ini

Liverpool pada ketika ini sedang dalam usaha mereka mahu menjadi pasukan Inggeris pertama yang berjaya memenangi gelaran quadruple.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu walau bagaimanapun bakal berdepan kesukaran untuk memenangi gelaran liga selepas mereka baru sahaja keciciran mata bertemu Tottenham Hotspur awal pagi tadi.

Mereka sebelum ini hanya dipisahkan dengan jurang satu mata sahaja dibelakang pendahulu saingan liga, Manchester City.

Namun selepas tamat aksi bertemu Tottenham Hotspur, Liverpool berjaya memintas Man City dengan kelebihan jaringan.

Man City walau bagaimanapun mempunyai kelebihan satu perlawanan yang masih belum dimainkan dan jelas sekali di atas kertas mereka tak ada masalah untuk menewaskan Newcastle United seterusnya kembali memintas Liverpool untuk memimpin carta liga.

Liverpool perlu memastikan skuad mereka sentiasa dalam keadaan bersedia kerana mereka bakal berdepan beberapa perlawanan penting selepas ini.

Untuk pasukan seperti The Reds yang kini sedang memburu gelaran quadruple, semua perlawanan selepas ini jelas sekali akan menjadi perlawanan yang sangat penting dan para pemain akan turun dengan misi wajib menang.

Berbeza dengan pasukan lain, mereka ada yang sudah tidak mempunyai sasaran dan ada yang hanya perlu memberi tumpuan untuk beberapa perlawanan sahaja lagi.

https://twitter.com/AnfieldWatch/status/1523234603804553216?t=xs5ZjEL9OtAU8XycyVj3sQ&s=19

Dalam erti kata lain, Liverpool merupakan satu-satunya pasukan dalam dunia bola sepak ketika ini, yang menganggap semua baki perlawanan sebelum tamat musim ini sebagai perlawanan penting.

Mereka tak boleh keciciran mata lagi andai mahu memenangi gelaran liga, mereka juga masih ada dua aksi perlawanan akhir bertemu Chelsea dan Real Madrid dalam saingan FA Cup dan Champions League.

Adakah Liverpool akan mampu memenangi gelaran quadruple atau mereka harus akur terlepas semua piala yang ada?

Tidak dinafikan The Reds memiliki skuad yang sangat mantap pada ketika ini dan tak ada masalah untuk mereka bersaing secara kompetetif dalam semua perlawanan.

Walau bagaimanapun ada beberapa sebab yang mungkin boleh menyebabkan Liverpool akan mengakhiri musim ini dengan hanya memenangi gelaran Carabao Cup sahaja.

1) Jadual padat

Harus diakui jadual yang perlu dilalui oleh kem Liverpool tersangatlah padat dengan mereka terpaksa bermain satu perlawanan setiap tiga hari.

Lebih teruk lagi mereka tidak boleh merehatkan mana-mana pemain dalam setiap perlawanan itu kerana mereka wajib mencatat kemenangan.

Masalah jadual padat juga bakal menyebabkan para pemain terpaksa menghabiskan banyak masa ‘travel’ dengan mereka turut pergi ke luar England untuk aksi saingan Champions League.

2) Pasukan lawan ada kelebihan

Dari segi persiapan jelas sekali pasukan lawan akan dapat kelebihan kerana mereka mempunyai masa yang cukup untuk mempersiapkan skuad terbaik.

Misalnya Real Madrid dan Chelsea yang kini sedang mempersiapkan skuad mereka untuk berdepan Liverpool dalam aksi saingan FA Cup dan Champions League.

Kedua-dua pasukan itu jelas sekali memiliki rehat yang lebih cukup dan boleh mempersiapkan skuad mereka untuk berdepan Liverpool.

Ketika Liverpool bermati-matian beraksi satu perlawanan setiap tiga hari, mereka masih ada waktu untuk mempersiapkan skuad sambil mempelajari taktikal dan pendekatan yang digunakan oleh Jurgen Klopp.

Jelas sekali ia akan beri kelebihan kepada pasukan lawan berbanding Liverpool yang kini menganggap semua baki perlawanan sebagai perlawanan wajib menang.

Real Madrid sudah sah menjadi Juara saingan La Liga dan Chelsea pula sepertinya sudah berjaya menjamin tempat untuk ke saingan Champions League musim hadapan, maka mereka boleh merehatkan beberapa pemain ketika aksi bertemu Liverpool nanti.

3) Pemain kepenatan

Harus diakui para pemain akan sangat penat andai mereka berdepan jadual yang sangat padat dan lebih teruk lagi kesemua perlawanan itu mereka akan bermain dengan corak permainan aggresif.

Bukan hanya penat beraksi di atas padang, mereka juga bakal berdepan keletihan kerana perjalanan dari satu venue ke venue yang lain.

Hal ini akan memberi masalah kepada skuad kendalian Jurgen Klopp itu dan kerana masalah kepenatan mereka berpotensi untuk hilang tumpuan ketika beraksi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN