3 Sebab Man City Patut Batalkan Saja Niat Tandatangani Lionel Messi

Lionel Messi sepatutnya bergelar ejen bebas yang membenarkan beliau berunding dengan mana-mana kelab di luar Sepanyol pada Januari ini. Seperti semua sedia maklum, kontrak Messi di Nou Camp akan tamat pada Jun akan datang.

Setiap kelab pasti suka melihat Messi menyarung jersi No.10 bersama pasukan masing-masing. Sebabnyanya mudah. Ini kerana Messi adalah pemain terbaik dunia. Namun demikian tidak semua kelab mampu mendapatkan khidmat bintang dari Argentina ini.

Berdasarkan laporan media sebelum ini, Manchester City merupakan kelab pilihan untuk Messi sekiranya pemain itu meninggalkan Barcelona.

Bagaimanapun City sepatutnya berfikir dua kali untuk membawa Messi ke Etihad atas sebab-sebab yang disenaraikan di bawah.

1. Usia Messi isu utama

Usia adalah isu utama. Tidak salah untuk melabel Messi sebagai pemain terhebat pada abad ke-21. Sehebat mana pun beliau, tidak ada manusia mampu memutarkan masa.

Messi telah beraksi di tahap tertinggi untuk tempoh hampir separuh dari usia beliau. Debut beliau bermula pada usia 17 tahun.

Walaupun Messi adalah pemain yang hebat dan masih mampu menampilkan bakat yang dimilikinya, kemuncak kehebatan itu harus diakui sudah berlalu.

Bagaimana beliau boleh mengadaptasikan diri di Premier League? Pemain dari seluruh dunia pernah datang dan mengeluh mengenai kesukaran menyesuaikan diri dengan tahap fizikal permainan di England.

Tidak kurang juga yang bergelut untuk menyesuaikan diri dengan tempo permainan. Usah katakan pemain. Ramai pengurus luar yang tiba di England juga terkejut termasuk Pep Guardiola pada musim pertamanya.

Lupakah anda bagaimana Guardiola sering kali mengadu mengenai semua cabaran di atas pada musim pertamanya bersama Manchester City?

Messi adalah pemain yang hebat, tetapi beliau bukan superhuman. Jika anda bercakap mengenai Lionel Messi lima tahun yang lalu, ia mungkin berbeza. Pada hari ini Premier League mungkin arena yang kejam buat pemain seperti Messi.

2. Messi ubah dinamik dimiliki City

Semua orang tahu Messi telah melalui karier yang hebat setakat ini. Kekalahan kepada Bayern Munich mungkin mengaibkan, dan sukar diterima. Itu kita boleh faham untuk pemain dengan kaliber seperti Messi.

Messi berhijrah dari Rosario ke Catalonia pada usia 13 tahun, dan sejak dari itu menjadi bintang paling menyinar dari kalangan generasi emas yang dibangunkan di La Masia.

Sejak dari itu segalanya dibangunkan sekeliling Messi di Barcelona, dan pasukan itu menampilkan keupayaan mereka dengan menjajah bola sepak Eropah. Sedikit sebanyak perkara ini menjelaskan mengapa Messi gagal bersama pasukan kebangsaan Argentina. Ia juga mungkin berlaku bersama Manchester City.

Dalam persekitaran yang baharu di Etihad, dimana pemain-pemain tidak biasa menjadi ‘alat bantuan’ kepada Messi, City sudah pasti memerlukan tempoh transisi yang hanya membawa kepada kebinasaan.

Bayangkan ini. Bagaimana Kevin de Bruyne – antara perancang terbaik di Premier League – memberikan reaksi terhadap kehadiran Messi? Atau bagaimanakah hala tuju pemain muda seperti Phil Foden yang sedang memburu tempat dalam kesebelasan utama dengan kehadiran Messi?

Mari kita jujur. Messi adalah pemain yang hebat. Namun sepanjang kariernya yang hebat itu rakan sepasukan yang lain perlu berkorban banyak untuk membenarkan Messi menjadi tumpuan utama. Kehadiran Messi hanya akan mengubah dinamik – terutama di bilik persalinan – yang sudah dimiliki oleh City.

3. Percuma tetapi mahal

Messi akan merosakkan struktur gaji mana-mana kelab yang disertainya walaupun untuk kelab kaya seperti Manchester City. Itu fakta dan hakikat yang akan berlaku jika perpindahan ini berlaku.

Buat masa ini, ramai yang teruja dan tidak boleh membayangkan berapakah kos yang perlu dikeluarkan oleh mana-mana kelab yang mahukan khidmat pemain ini.

Jika pendapatan Messi di Barcelona diambil kira, ini bermakna mana-mana kelab yang mahu menggaji pemain itu perlu mengeluarkan belanja sebanyak €100 juta setahun – merangkumi gaji, bonus dan hak imej.

Walaupun Messi adalah besar di dalam dunia bola sepak, ianya sukar untuk membayangkan kelab seperti City mampu membalas kos tersebut dengan penjualan cendera hati dan jersi semata-mata.

Satu-satunya cara Messi boleh beraksi bersama City tanpa membebankan kewangan kelab ialah dengan penajaan daripada jutawan Arab yang tidak mempunyai isu mengenai wang – dan tidak mengharapkan pulangan.

Sekali lagi kita perlu diingatkan. Langkah tersebut pasti akan mengundang satu lagi siasatan oleh UEFA, dan kita semua tahu sejarah Man City dengan FFP sebelum ini.

Malah sekiranya FFP bukan masalah buat City, pelaburan untuk Messi bermakna Guardiola sukar untuk berbelanja dan melabur untuk posisi lain di dalam pasukan. Ini bukan perkembangan yang sihat.

Penutup

Jadi bagaimana? Siapa mahukan Messi? Buat masa ini, kita layan saja dulu setiap khabar angin.

Demikianlah cara terbaik layan sukan No.1 dunia ini: Bola sepak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN