3 Sebab Kenapa Perpindahan Ke Real Madrid Ideal Buat Calvert-Lewin

Dominic Calvert-Lewin

Bukan mudah untuk memperoleh peluang beraksi di kelab ternama apatah lagi ianya adalah Real Madrid.

Real mungkin sedang mengalami fasa ‘suam-suam kuku’ dari segi saingan mereka di Sepanyol dan Eropah, namun mereka masih lagi dianggap sebagai jaguh utama dalam bola sepak dunia.

Tawaran untuk seseorang pemain beraksi di kelab ini pastinya diberikan kepada yang elit sahaja. Bagi Real, hanya yang terbaik untuk Los Blancos.

Tetapi apa ceritanya dengan Dominic Calvert-Lewin? Beliau kini disebut-sebut untuk ke Real bagi menyertai Carlo Ancelotti di sana.

Terdahulu, kami juga ada melaporkan yang Carlo Ancelotti mahu bersama semula dengan pemain itu di Sepanyol.

Ancelotti Mahu Kumpul Anak-Anak Emas Everton Beliau Di Real Madrid

Setakat ini, tiada yang konkrit mengenai perpindahan ini. Tetapi seandainya benar tawaran itu ada, maka ini adalah peluang terbaik untuk pemain tersebut!

Berikut kami sediakan tiga sebab mengapa Calvert-Lewin harus lupakan Everton demi menempa nama di bumi Madrid.

1. Carlo Ancelotti

Di Everton, Ancelotti dan Calvert-Lewin menjana satu perhubungan yang baik antara mereka berdua.

Hubungan itu dianggap cukup baik dengan Calvert-Lewin dianggap sebagai anak emas kepada pengurus itu.

Namun, hubungan itu membuahkan hasil di atas padang. Ketika perlawanan, Calvert-Lewin menjadi penyerang yang cukup tajam untuk Everton.

Musim ini menjadi saksi apabila pemain itu berjaya menjaringkan 16 gol liga untuk Everton dan menduduki tangga keenam dalam carta penjaring terbanyak.

Beliau mengatasi penyerang lain seperti Jamie Vardy (15 gol), Alexandre Lacazette (13 gol) dan Danny Ings (12 gol).

Malah sebelum ini, Ancelotti juga pernah mengatakan pada 2019 yang pemain tersebut mampu menjadi penyerang handalan Eropah.

Carlo Ancelotti: “Calvert-Lewin Mampu Jadi Penyerang Terbaik Di England & Eropah”

Jadi kalau nak jadi yang terbaik haruslah bermain di kelab yang hebat bukan?

2. Kewangan Everton

Faktor kewangan yang meruncing dihadapi Everton sekarang ini membuatkan mereka perlu melakukan sesuatu untuk memastikan kelab terus ‘bernyawa’.

Menurut Daily Mail, Everton dilaporkan mengalami kerugian sebanyak £240 juta yang disebabkan oleh pandemik Covid-19.

Jadi, jika tawaran ke atas Calvert-Lewin hadir dari Real dengan bidaan dilaporkan sebanyak £50 juta benar hadir, maka kemungkinan untuk ianya diterima adalah besar.

Everton mungkin bakal kehilangan penyerang utama mereka, tetapi sedikit sebanyak penjualan pemain itu akan membuatkan kelab berada dalam situasi kewangan yang lebih baik.

3. Prospek karier

Tawaran dari kelab-kelab besar ini bukan selalu hadir buat pemain bola sepak. Ianya ibarat peluang sekali seumur hidup – jika dibiarkan bakal gigit jari seumur hidup.

Perpindahan ke Real adalah satu yang besar bagi Calvert-Lewin, ianya mampu menjadi titik tolak kepada sebuah karier yang gemilang atau kemusnahan buat pemain itu.

Dengan 21 gol daripada 39 penampilan dalam tiga pertandingan domestik musim ini, rekod yang diperoleh Calvert-Lewin cukup baik.

Prospek untuk mempunyai karier yang gemilang juga terbentang luas menanti Calvert-Lewin kerana beliau masih berusia 24 tahun.

Jadi, peluang untuk beliau menampa nama sebagai penyerang elit Eropah adalah tinggi sekaligus bakal memberikan saingan kepada Harry Kane untuk memimpin barisan serangan England kelak.

Namun semuanya terletak kepada tuan empunya badan sama ada mahu terus menikmati keindahan Mersyeside atau berpanas di bawah sinaran cahaya matahari Madrid.

Jika anda adalah Calvert-Lewin, adakah anda akan berpindah ke Real Madrid atau kekal saja di Everton?

Baca juga artikel kami mengenai bola sepak Eropah:

Apa Yang Susah Sangat Nak Mainkan Jadon Sancho?

Euro 2020: 4 Pasukan Mara Ke Pusingan Seterusnya Sebelum Aksi Terakhir Kumpulan

Hadir Dengan Reputasi ‘Kuda Hitam’, Apa Sudah Jadi Dengan Turki Di Euro 2020?

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN