Adakah maruah dan nilai kemanusiaan boleh dibeli dengan harga £300 juta? Itulah persoalan yang dibangkitkan oleh badan hak asasi manusia mengenai pengambil alihan kelab Inggeris, Newcastle United oleh sebuah konsortium yang dibiayai oleh Arab Saudi.
Urus niaga yang telah dimuktamadkan ini dianggap satu ‘kekalahan besar’ buat pendokong moral yang melihat dalam dunia hari ini wang boleh membeli segalanya tanpa mengambil kira ‘kejahatan’ yang berselindung di sebaliknya.
Pihak Premier League dalam kenyataannya sedaya upaya memberi jaminan bahawa Konsortium Dana Pelaburan Awam (PIF) yang menjadi pemilik baharu Newcastle United itu bukan lagi di bawah bayangan kerajaan Arab Saudi.
The PL official statement concerning the Newcastle United FC take over pic.twitter.com/o8VaBdseDK
— Let's Talk Football (@FootyTalkKe) October 7, 2021
“Mengenai pertikaian perundangan melibatkan entiti berkepentingan yang bakal dan/atau memiliki pengusaan kelab selepas pengambilalihan, semua pihak telah bersetuju ianya diselesaikan untuk menamatkan ketidaktentuan yang dihadapi penyokong disebabkan perkara ini.
“Pihak Premier League secara perundangan juga telah menerima jaminan kerajaan Arab Saudi tidak akan menguasai Newcastle United FC.”
Bagaimanapun, adakah masuk akal untuk sebuah negara yang mengamalkan sistem monarki dalam pemerintahannya, tidak akan mencampuri urusan konsortium tersebut?
Perlantikan Yasir Al-Rumayyan selaku gabernor dan ketua pentadbir kepada PIF dianggap hanyalah sekadar ‘boneka’ semata-mata.
Urus niaga ini dianggap sebagai langkah sumbang dengan melihat adanya seorang individu penting di belakang usaha tersebut iaitu Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman yang telah terpalit dengan pelbagai isu termasuk kes pembunuhan seorang wartawan, Jamal Kashoggi.
Pembunuhan Kashoggi
Kashoggi, seorang kolumnis The Washington Post warga Arab Saudi yang mendapatkan perlindungan di Amerika Syarikat telah pergi ke kedutaan Saudi di Instanbul pada 2 Oktober 2018 untuk menguruskan dokumen berkenaan urusan perkahwinan dengan tunangnya, Hatice Cengiz, seorang warga Turki.
Bagaimanapun, wartawan berusia 59 tahun itu dipercayai diseksa dan dibunuh secara terancang dalam bangunan kedutaan tersebut dan mayatnya yang tidak dijumpai sehingga hari ini dikatakan telah dihancurkan.
Dalam satu temubual Cengiz bersama BBC, beliau mengingatkan Newcaste United dan badan pengurusan EPL untuk meletakkan nilai moral mengatasi soal keuntungan.
“Nilai moral seharusnya diutamakan. Saya harap mesej saya ini sampai kepada pihak pengurusan Newcastle United dan mereka yang membuat keputusan,” kata Cengiz.
“Kita seharusnya mengambil kira nilai etika, bukan hanya soal keuntungan atau bersifat politikal semata-mata. Kita harus membuktikan wang tidak boleh beli segala-galanya di dunia ini. Jadi mesej ini penting untuk diberikan kepada orang seperti Putera Mahkota itu.
“Tidak seharusnya ada tempat dalam bola sepak Inggeris untuk mereka yang dipercayai seorang yang kejam dan pembunuh.”
Tunang Kashoggi Ingatkan Newcastle United, EPL Tentang Nilai Moral
Penyiasat khas PBB, Agnes Callamard mengatakan terdapat bukti yang boleh mengaitkan Putera Mahkota Mohammaed dan pegawai tinggi Arab Saudi sebagai individu yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan tersbeut.
Mahkamah di Arab Saudi pada tahun lepas telah menjatuhkan hukuman mati terhadap lima orang dan memenjarakan tiga orang yang lain atas kes pembunuhan tersebut. Sementara Turki yang membuat perbicaraan berasingan pula telah menunuh 20 orang suspek.
Bagaimanapun banyak pihak yang mengatakan semua yang dihukum itu hanyalah ‘kambing hitam’ sedangkan suspek utama yang mengarahkan pembunuhan tersebut masih dibiarkan bebas disebabkan kedudukannya.
Cengiz telah pun menulis surat kepada EPL untuk menghalang pengambil alihan tersebut. Dalam satu surat balas daripada pengerusi eksekutif badan, Richard Masters, pihaknya mengatakan EPL akan menilai setiap proses yang selaras dengan undang-undang United Kingdom (UK) dan juga peraturan EPL.
“Kita tidak seharusnya biarkan rundingan ini diteruskan. Kita bukan hanya bercakap soal pembunuhan seorang manusia, tetapi sebagai usaha demi masa depan yang lebih baik, untuk memastikan hak asasi manusia terpelihara dan untuk menyokong keadilan yang selama ini diinjak-injak di Timur Tengah.
Jamal Khashoggi was brutally murdered inside the Saudi Embassy in Istanbul and the World including Our leaders did nothing…why ? Because we sell them weapons and now they have bought Newcastle United FC. Nobody can tell me It’s not all about money… pic.twitter.com/HLYpGynZqY
— YIDOLOGY (@HayroKara) October 7, 2021
“Pengambil alihan itu bukan sahaja sekadar satu ‘pembelian’ tetapi dalam gambaran yang lebih besar, ianya adalah lebih daripada itu. Arab Saudi mahu tunjukkan kepada dunia yang mereka kononnya sudah berubah. Tetapi disebalik daripada wajah yang berpura-pura itu, ia jauh daripada realiti yang sebenar.
“Sebab itulah kita perlu pastikan rundingan ini perlu dihentikan.”
Pembantaian Aktivis & Jenayah Perang
Kritikan ke atas langkah pengambil alihan Newcastle ini dibantah keras oleh Democracy for the Arab World Now (Dawn), sebuah organisasi yang ditubuhkan sendiri oleh Kashoggi sebelum beliau dibunuh.
“Newcastle telah menjual nama dan reputasi mereka kepada sebuah kerajaan kejam yang ditadbir pemerintah kejam, Ujar Sarah Leah Whitson, pengarah eksekutif Dawn.
“Adakah mereka berbangga dapat meletakkan wajah Bin Salman sebagai imej kelab? Saya hampir tidak percaya bola sepak Inggeris juga seperti menjual maruah mereka tanpa mengira betapa besarnya jenayah yang telah dilakukan hanya selepas ditabur dengan wang?
“Saya tidak rasa orang ramai betul-betul faham tentang pengaruh buruk yang telah berlaku dalam pengambil alihan ini. Ia seolah-olah menormalisasikan tindakan seorang diktator yang telah membuat kekerasan terhadap wartawan.”
Turut kecewa adalah ALQST sebuah badan hak asasi manusia Saudi yang berpusat di UK yang menggambarkan bagaimana PIF dan kerajaan Saudi tidak sama sekali dapat ‘dipisahkan’.
In approving the #NUFCTakeover by #SaudiArabia's sovereign wealth fund, the Public Investment Fund, the @premierleague is accepting the argument that the PIF is a separate entity from the #Saudi state.
It is in fact inseparable, and thus complicit in the authorities’ repression. pic.twitter.com/aCU9c6sNMD
— ALQST for Human Rights (@ALQST_En) October 7, 2021
“Jelas bahawa PIF itu terlibat dengan pelanggaran hak asasi manusia yang dilakukan oleh pemerintah negara itu, termasuk penahanan berterusan aktivis kemanusiaan, pelaksana hukuman kejam dan jenayah perang di Yaman,” ujar Nabhan al-Hanshi, pengarah ALQST.
“Pengambil alihan ini hanyalah strategi perhubungan awam (PR) kerajaan Saudi dengan membuat pelaburan dalam industri sukan dengan tujuan untuk membersihkan imej mereka di mata dunia.”
PIF adalah Saudi, Saudi adalah PIF
Seterusnya Sunjeev Bery, pengarah eksekutif Freedom Forward, sebuah organisasi yang berusaha menamatkan pakatan Amerika Syarikat dengan rejim yang tidak demoktraik menegaskan bahawa PIF terlibat secara langsung dengan pembunuhan Kashoggi.
“PIF ini adalah konsortium dana pelaburan awam yang memiliki pesawat yang digunakan oleh pembunuh Kashoggi,” kata Sunjeev.
“Mereka juga bertanggungjawab di atas pembunuhan suku atau etnik di mana Bin Salman mahu membina Kota Neom yang dianggarkan bernilai $500 bilion. Maka, dana pelaburan itu jelas terlibat secara langsung dengan kekejaman diktator Saudi dan sumber wang itulah yang membiayai penindasan.
“Tidak ada pemisahan antara PIF dengan negara. Pemerintah Arab Saudi bertanggungjawab ke atas PIF, duduk di puncak PIF dan menggunakannya secara langsung untuk mengekalkan kuasa. Bola sepak hanya digunakan untuk ‘mencuci dosa’ mereka. Semua orang harus sedar akan realiti ini.”
Amnesty International pula ternyata amat kecewa kerana melihat pengambilalihan tersebut disifatkan sebagai tidak bermoral bagi sebuah negara seperti Britain yang mementingkan hak asasi manusia.
Amnesty International has reminded the Premier League that Saudi Arabia’s record on human rights must be a factor in deciding whether the takeover of Newcastle United's by a Saudi-led consortium can go ahead. pic.twitter.com/DcOiq40EtL
— Vidafan.co (@VidafanCo) October 7, 2021
Putera Mohammed pernah memberi amaran kepada Perdana Menteri United Kingdom (UK), Boris Johnson bahawa hubungan kedua-dua negara akan rosak sekiranya kerajaan British gagal untuk membetulkan kesilapan menghalang pengambil alihan kelab Newcastle United.
Lalu pihak media merumuskan bahawa mesej tersebut bukan sekadar langkah untuk melobi, tetapi merupakan satu ‘ugutan’.
“Bidaan untuk membeli Newcastle itu adalah satu cara untuk Saudi menggunakan sukan bagi mencuci wang haram mereka. Jadi kami harap Perdana Menteri tidak tunduk kepada tekanan Puteri Saudi tersebut,” ujar Kate Allen, pengarah Amnesty International UK.
‘Benarkan Pengambil Alihan Newcastle Atau Hubungan 2 Negara Musnah’ – Putera Saudi Ugut PM UK
Penutup
Majoriti penyokong Newcastle United kini sedang bergembira apabila kelab kesayangan mereka kini dimiliki oleh sebuah konsortium yang diyakini teramat kaya.
Antara kepentingan PIF dalam urusniaga dunia adalah seperti di dalam syarikat seperti Live Nation, Boeing, Facebook, Citigroup, Disney, Bank of America, syarikat petroleum BP dan Uber.
Mungkin mereka sudah cukup bosan dengan era Mike Ashley yang dianggap seorang pemilik yang gagal sehingga menyebabkan kelab itu tersingkir ke Championship sebanyak dua kali.
#PHOTOS: Amanda Staveley meets the press, @NUFC fans celebrating after news of @PIF_en-backed takeover of #NewcastleUnited broke #SaudiArabia #NUFCTakeover https://t.co/I940JDrWr3 pic.twitter.com/LGrB8gcVLc
— Arab News (@arabnews) October 7, 2021
Tetapi dapatkah penyokong Newcastle menerima kenyataan bahawa kekayaan kelab mereka itu dibina di atas darah dan air mata hasil penindasan dan kekejaman pemerintah Arab Saudi?