Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akhirnya mengeluarkan senarai 24 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya.
Ia sebagai persediaan bagi menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa bertemu Jordan pada 6 Oktober 2021 dan Uzbekistan tiga hari kemudian di Amman, Jordan.
Rata-rata pemerhati dan peminat bola sepak tempatan berpuas hari dengan senarai pemain yang dipanggil untuk sesi kali ini.
Seolah-olah Cheng Hoe akhirnya mendengar desakan peminat yang mahukan beliau menyenaraikan pemain yang berada pada prestasi terbaik dalam saingan liga tempatan.
Akhirnya nama-nama seperti Mukhairi Ajmal, Sharul Nazeem (Selangor), Arif Fadzilah, Hakimi Abdullah (Terengganu), Al Hafiz Harun (Penang) dan Kalamullah Al-Hafiz (PJ City) mendapat panggilan kali pertama.
Penyokong Diminta Tidak Pertikai Pemilihan De Paula https://t.co/O0vjrNMrmy
— Ceritera Sukan Malaysia (@Labola_Malaya) September 25, 2021
Namun masih ada sedikit ‘rungutan’ mengenai pemilihan bagi posisi penyerang. Untuk panggilan kali ini, Cheng Hoe telah menyenaraikan Syafiq Ahmad, Guilherma de Paula dan Luqman Hakim Shamsudin.
Syafiq Ahmad? De Paula?
Bukan mahu menidakkan kemampuan Syafiq Ahmad, tetapi jika Cheng Hoe benar-benar serius mahu memilih pemain yang berada pada prestasi yang terbaik, beliau jelas tidak berada tahap yang memuaskan ketika ini.
Dalam perlawanan terakhir Liga Super ketika JDT menentang Kuala Lumpur City tempoh hari, pemain berusia 26 tahun ini telah diturunkan dalam kesebelasan utama. Apa yang jelas berdasarkan persembahannya pada malam itu, beliau bukanlah Syafiq Ahmad yang kita kenali beberapa tahun lalu.
Malah ia turut diakui oleh pemilik JDT sendiri yang mengeluarkan kenyataan “you’re not the same” ketika sedang hangat isu melibatkan pemain tersebut baru-baru ini.
Mengenai Guilherme de Paula pula, mungkin tidak perlu diulas terlalu panjang. Cukuplah dengan melihat prestasi buruknya ketika pusingan kelayakan Piala Dunia sebelum ini dan statusnya selaku ‘pemanas bangku simpanan’ di JDT.
We don't need De Paula.. Full stop.. De Paula should be not in list MALAYSIA vs VIETNAM even as substitution.. https://t.co/B4G0OVASbF pic.twitter.com/a8wRCGQSsU
— hafeezZueden zakaria (@hafeeZzuddeen) June 6, 2021
Skuad kebangsaan perlukan penyerang yang ‘tajam’. Sebagai analogi, senjata yang tajam ini perlu sentiasa diasah dan digunakan. Apabila kerap disimpan atau tidak digunakan ia akan menjadi berkarat dan tumpul.
Kenapa Nurshamil?
Nurshamil Abd Ghani Menamatkan saingan Liga Premier musim ini selaku penjaring terbanyak bagi pemain tempatan dengan sembilan gol, ia jelas menunjukkan kemampuan pemain ini untuk bersama skuad kebangsaan.
Prestasi cemerlangnya itu berjaya membawa skuad The Red Warriors menamatkan kempen musim ini di tangga keenam dan layak beraksi ke saingan Piala Malaysia yang akan bermula tidak lama lagi.
Nama Nurshamil bukanlah asing dalam pentas bola sepak tempatan. Beliau yang memulakan kariernya bersama PKNS pernah menempa nama bersama Melaka United dengan muncul selaku penjaring terbanyak Liga FAM.
Pernah Dijulang Di Melaka, Nurshamil Tekad Kembali Menggegar Bersama Kelantan
Selepas membantu pasukan negeri kelahirannya itu naik ke Liga Premier, kariernya terus melonjak dengan dengan kejayaan membawa Melaka United naik ke Liga Super pada musim berikutnya.
Tetapi penghijrahannya ke Selangor, Selangor United dan Pulau Pinang tidak memberikan hasil yang diharapkan. Apa lagi kalau bukan disebabkan persaingan dengan pemain import yang lebih menjadi pilihan jurulatih.
Akhirnya beliau berjaya memikat barisan kejurulatihan Kelantan yang diketuai Marco Ragini untuk membawanya membuka lembaran baharu dalam kariernya bersama pasukan dari pantai timur itu dan hasilnya adalah apa yang kita dapat saksikan pada haru ini.
Dengan ketinggian yang baik, bentuk tubuh yang kekar serta naluri pemusnah yang cukup tajam di hadapan gol, ia merupakan pekej lengkap bagi seorang penyerang tulen.
Mungkin ada yang beralasan pemain ini cuma beraksi di divisyen kedua, tetapi kira perlu sedar bahawa Liga Premier bukanlah liga ‘cap ayam’, ianya salah satu liga kompetitif di negara kita dan tiada siapa yang patut mengatakan pemain-pemain yang beraksi di liga ini tidak berkualiti.
Apa sepatutnya peranan Kelantan?
Mungkin Cheng Hoe terlepas untuk menilai pemain ini. Pasukan Kelantan juga sepatutnya melakukan sesuatu untuk pemainnya. Apa salahnya lakukan sedikit ‘homework’ dengan menyediakan kompilasi video aksi pemain ini sama ada semasa perlawanan dan juga sesi latihan.
Ia adalah perkara biasa yang dilakukan oleh pemain-pemain yang beraksi di luar negara. Mereka pelu menghantar video mereka kepada jurulatih skuad kebangsaan negara masing-masing untuk dinilai bagi mendapatkan panggilan menyertai pasukan negara.
Selaku pasukan yang sedang meningkat naik dari pelbagai aspek, inilah satu perkara yang perlu dilakukan oleh pemilik kelab, Norizam Tukiman dan pasukannya untuk membantu salah seorang pemainnya disenaraikan bersama skuad kebangsaan.
Perjalanan 58 Hari ZamSaham Ubah Landskap Bola Sepak Kelantan
Sekiranya Nurshamil terus kekal di Kelantan pada musim hadapan, pasukan ini perlu mewujudkan satu polisi buat mana-mana jurulatih yang akan dilantik supaya mementingkan pembangunan penyerang utama mereka ini.
Ia bukanlah satu jaminan atau keistimewaan buat Nurshamil, tetapi lebih kepada ‘perlindungan’ agar bakat pemain ini tidak disia-siakan begitu sahaja.
Penutup
Dalam satu temubual bersama Astro Arena, bekas kapten skuad kebangsaan, Shukor Adan pernah ditanya, siapakah nama-nama penyerang tempatan baharu yang mampu untuk mengemudi barisan hadapan skuad negara.
Beliau secara jujur menjawab dengan jawapan yang cukup ringkas iaitu “tak ada, saya tak nampak. Untuk lokal, bagi saya tak nampak”. Dengan erti kata lain Malaysia sudah ketandusan penyerang tulen.
Terlalu banyak teori yang cuba untuk merungkai persoalan ini. Antaranya adalah ‘keghairahan’ kebanyakan jurulatih untuk menggunakan pemain import sebagai senjata utama pasukan bagi memburu kemenangan.
Penyerang Tempatan Perlu Terus Berjuang Demi Survival Karier
Tiada apa yang perlu dihairankan kerana kemenangan merupakan KPI utama buat mereka. Maka soal pembangunan pemain, termasuklah perkembangan penyerang sudah menjadi perkara yang tidak penting buat mereka.
Maka pemain tempatan terpaksa ‘beralih’ ke posisi lain seperti penyerang sayap, penyerang kedua dan sebagainya untuk mendapatkan minit permainan sehingga mereka sudah tidak lagi bermain di posisi yang sepatutnya untuk mengasah ketajaman di hadapan gol.
Tetapi hari ini kita sudah ada seorang penyerang tulen iaitu Nurshamil yang telah membuktikan ketajamannya. Kelibatnya bukan baharu bermula musim ini, tetapi sudah beberapa tahun dahulu lagi. Beliau juga kini berusia 26 tahun, iaitu usia kemuncak buat mana-mana pemain bola sepak prefesional.
Apa salahnya jika Cheng Hoe memberi peluang kepada pemain ini untuk bersama skuad Harimau Malaya?