3 Sebab Kedah & Terengganu Mungkin Terpaksa Lupakan Piala AFC

Kedah Terengganu Piala AFC 2021 batal

Kedah Darul Aman FC dan Terengganu FC mungkin terpaksa melupakan saingan Piala AFC 2021 apabila usaha Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) menemui jalan buntu.

AFC terpaksa mencari negara yang sudi menggantikan Singapura sebagai negara penganjur selepas negara tersebut menarik diri daripada menjadi penganjur bagi dua kumpulan iaitu Kumpulan H dan Kumpulan I melibatkan kedua-dua pasukan.

Harapan untuk melihat saingan yang dijadualkan bermula pada 2 Julai itu diteruskan dilihat semakin tipis. Tiada negara daripada pasukan yang terlibat berminat, malah negara lain juga tidak mahu menganjurkan saingan kedua-dua kumpulan.

Jika dibatalkan, ia akan menjadi edisi kedua yang dibatalkan selepas edisi lalu turut dibatalkan. Menurut Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John, ada tiga sebab utama yang bakal mendorong kejohanan tersebut akan dibatalkan iaitu;

Tiada negara berminat jadi tuan rumah

Menurut Windsor, “Pertama, buat masa ini tak ada negara dari kalangan pasukan yang bermain sedia menjadi tuan rumah dan kita juga telah meminta kepada negara berkecuali [yang tidak bertanding], namun sama juga, tak ada yang berminat.”

Jika dilihatkan, Kumpulan H melibatkan pasukan dari Malaysia, Singapura, Vietnam dan Indonesia, sementara untuk Kumpulan I pula melibatkan pasukan dari Malaysia, Singapura dan Filipina. Jadi, tiada dalam kalangan negara tersebut yang berminat.

Malaysia dilihat masih bergelut dengan kes harian COVID-19 yang tinggi, sementara Singapura risau dengan situasi penularan wabak tersebut yang semakin meningkat.

Tidak boleh tunda ke tarikh lain

AFC juga tidak boleh menunda kejohanan ke tarikh yang lain. Banyak kejohanan sukan yang tertunda sebelum ini dijangka akan berlangsung dalam tahun ini dan tahun depan. Jadi, bilakah kejohanan ini sesuai untuk dilangsungkan selepas ini?

Selain itu, negara-negara yang terlibat pasti tidak bersetuju untuk merombak lagi jadual saingan liga tempatan yang sudah pun dirombak untuk memberi laluan ketika ini.

“Kedua, kita juga tak boleh nak tunda Piala AFC ke tarikh lain kerana kebanyakkan badan induk negara masing-masing tidak mahu jadual liga mereka dirombak lagi kerana ia akan mengganggu perjalanan liga domestik,” jelas Windsor lagi.

Hanya Thailand buka pintu negara

Saingan AFC Champions League (ACL) yang melibatkan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam Kumpulan G akan berlangsung di Bangkok, Thailand. Selain itu, aksi dua lagi kumpulan lain melibatkan Port FC dan BG Pathum United turut berlangsung di sana.

‘Di Asean ini misalnya, hanya Thailand sahaja yang buka pintu sempadan tetapi negara lain masih tutup disebabkan oleh COVID-19. Jadi, ACL akan dilangsungkan di Thailand tetapi takkan pula Piala AFC pun [buat] di sana juga?” soal Windsor mengenainya.

“Agak mustahil, dua kejohanan dilangsungkan di satu negara,” tambahnya lagi yang bercakap kepada Arena Metro mengenai penganjuran Piala AFC 2021 ketika ini.

Jadi, secara realistiknya, Kedah dan Terengganu nampaknya bakal mengucapkan selamat tinggal kepada saingan Piala AFC musim ini. Tiada penyelesaian setakat ini dan jika AFC terus buntu, Jawatankuasa Pertandingan tentu akan membatalkannya.

Baca lagi artikel lain mengenai Piala AFC 2021, Kedah dan Terengganu:

Singapura Tarik Diri Jadi Tuan Rumah Piala AFC, Kedah & Terengganu Terkesan

Piala AFC 2021: Terengganu Ada Peluang, Laluan Kedah Sedikit Berliku

Hariss Harun Tinggalkan JDT, Hijrah Ke Lawan Kedah Di Piala AFC 2021

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN