3 Perubahan Ketara Perak Setelah Mendapat Sentuhan ‘Magis’ Yusri Che Lah

Perak kini boleh dianggap sebagai salah satu pasukan yang berjaya mencuri tumpuan ramai penyokong bola sepak tempatan selepas tampil dengan aksi sangat menonjol serta dengan beberapa keputusan di luar jangkaan ramai.

Selepas bermula dengan perlahan pada awal saingan Liga Super, Perak antara pasukan yang menerima banyak kritikan menerusi media sosial dalam kalangan penyokong mereka.

Apa tidaknya, ketika itu Datuk Lim Teong Kim dianggap kurang konsisten dalam membawa kejayaan untuk pasukan mencatat kemenangan selain prestasi permainan di atas padang juga agak negatif.

Tampilnya Yusri Che Lah pada bulan Mei lalu selaku pengganti kepada Lim dilihat mula menampakkan hasil terutama sekali corak permainan pasukan yang lebih baik berbanding sebelum itu.

Yusri yang berpengalaman dalam menguruskan bola sepak Perak sejak tahun lalu jelas lebih mengenali para pemain beliau dan ditugaskan untuk menjadi jurulatih utama oada awalnya bersama skuad di Piala MFL.

Hasilnya kini, Perak telah pun berjaya mencatat dua kemenangan berturut-turut untuk aksi Piala Malaysia 2023 dan saingan Liga Super semalam.

Dua pasukan yang ditewaskan Perak juga bukan calang-calang, kerana mereka berjaya mengejutkan salah satu gergasi Liga Super iaitu Kedah Darul Aman (Kedah) menerusi keputusan penuh 3-1 untuk aksi pembukaan Piala Malaysia.

Penang pula menjadi mangsa terbaharu Perak selepas skuad kendalian Manzoor Azwira turut menerima nasib sama seperti Kedah menerusi keputusan 3-1 di Ipoh.

Jika dilihat, tiga perkara positif yang berjaya dilakar Perak kini bawah kendalian Yusri dan mampu menjadi antara pencabar berbahaya jika mereka terus konsisten.

Keputusan positif

Perkara paling penting telah dilakukan Perak setakat ini apabila mereka berjaya mengubah keputusan negatif kepada positif dan dibuktikan sendiri menerusi hasil keputusan perlawanan.

Dua kemenangan berturut-turut membuktikan kini Perak berada dalam momentum terbaik dengan barisan para pemain sedia ada.

Jika segalanya dapat dibuktikan pada aksi kedua Piala Malaysia menentang Kedah di Alor Setar, maka Perak akan melakar kejutan untuk mara ke pusingan seterusnya dengan mengetepikan salah satu pasukan elit.

Corak permainan

Secara keseluruhan, Perak kini tampil dengan corak permainan yang jauh lebih baik, selepas segalanya tampil lebih tersusun bawah kendalian Yusri.

Segalanya dibuktikan ketika aksi Perak menentang Kedah dan Penang, apabila Yusri berjaya menangani lawan dengan penguasaan bola lebih baik serta menambah sengat bagi kreativiti mencipta serangan.

Jika sebelum ini posisi pertahanan antara menjadi kerisauan penyokong Perak, kini segalanya bertambah baik dan para pemain lebih berdisiplin untuk memastikan benteng mereka kebal daripada dimonopoli lawan.

Lonjak kualiti pemain

Sepanjang Yusri kembali mengendalikan Perak, banyak pemain-pemain muda yang sebelum ini kurang diberi tumpuan mula menyinar dan mendapat pujian ramai para penyokong.

Selain itu, kualiti pemain import mereka seperti Luciano Guaycochea yang sebelum ini agak lesu dilihat berada dalam momentum terbaik sebagai salah seorang tonggak utama dalam menggerakan pasukan dan menjadi individu paling berbaloi ditandatangani.

Malah, kelibat bekas penyerang kebangsaan iaitu Wan Zack Haikal juga semakin cemerlang sejak beberapa perlawanan sebelum itu sehingga kemuncaknya beliau berjaya meledak gol sulung musim ini dalam saingan Liga Super 2023.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN