Asalnya, Barcelona sememangnya tidak mempunyai perancangan untuk Dani Alves kembali pangkuan mereka, walaupun pemain itu sudah tidak terikat dengan mana-mana kelab setelah meninggalkan Sao Paulo.
Malah khabar angin Alves akan dipanggil kembali turut pernah dinafikan oleh Barcelona. Pendirian itu bagaimanapun berubah selepas Xavi dilantik sebagai pengurus baharu menggantikan Ronald Koeman yang dipecat.
Ada sebab Xavi begitu mahukan Dani Alves kembali ke pangkuan Barcelona. Berikut adalah 3 sebab penting yang disifatkan akan menguntungkan Xavi dan Barcelona dengan kembalinya Alves ke Nou Camp
Pengalaman
Pada ketika ini, Barcelona lebih banyak diperkuatkan oleh pemain muda dan pemain baru. Pemain senior dengan pengalaman yang masih kekal bersama gergasi Catalan itu hanya tinggal Gerard Pique, Jordi Alba, dan Sergio Busquets.
Dengan kembalinya Dani Alves, maka Barcelona akan menambah seorang lagi pemain daripada segi pengalaman. Apatah lagi, Dani Alves sebelum ini pernah beraksi bersama skuad dengan nama jolokan Blaugrana selama 8 tahun.
Dani Alves dreams of a potential return to Barça to finish his fantastic career. President Laporta and Xavi are evaluating this possible signing to give an expert guide to the young talents at the club. Talks have opened and a meeting will be scheduled in the next few days. [uol] pic.twitter.com/v1FZEBp60B
— barcacentre (@barcacentre) November 10, 2021
Selain pengalaman beraksi tajap tertinggi tertinggi, Dani Alves memiliki mentaliti sang juara luar biasa. Perkara itu diharap mampu membantu skuad baharu Barcelona yang cuba dibina kembali oleh Xavi.
Secara keseluruhan, sepanjang karier sebagai pemain bola sepak, Dani Alves telah meraih 43 medal kejuaraan di pelbagai pertandingan kompetitif.
Kehadiran Dani Alves diharap bukan sahaja mampu mengubah dan membentuk mentaliti pemain sedia ada. Dani Alves juga diharap oleh Xavi mampu mengembalikan gaya bermain Barcelona yang telah hilang serta menjadi pemimpin di bilik persalinan.
Kemampuan di atas padang
Dani Alves kini berusia 38 tahun. Di sebalik usianya, pemain itu masih mampu menampilkan aksi yang lebih baik berbanding apa yang ditampilkan pemain yang lebih muda.
Statistik yang ditampilkan pemain veteran ini telah membuktikan telahan tersebut. Pada musim lalu, Dani Alves menghasilkan 5 pintasan, 39 hantaran lintang, dan 5 tackle dalam enam perlawanan yang dilaluinya pada 2021 ketika bersama Sao Paulo.
Pada 2019 pula (sebelum pandemik), Dani Alves telah beraksi 95 perlawanan dan mencatatkan 9 gol dan 14 assist untuk kelab Brazil itu. Anda harus ingat bahawa Dani Alves ialah seorang pemain pertahanan.
38-year-old Dani Alves has played every minute of Brazil's Olympic run to the gold medal match.
Scoring a penalty in the semifinal shootout.
Legend 🙌 pic.twitter.com/aMs1vz8J45
— ESPN FC (@ESPNFC) August 3, 2021
Penampilan beliau di Sukan Olimpik Tokyo sebagai kapten pasukan dan membantu negaranya memenangi pingat emas juga mengingatkan kita kemampuan luar biasa pemain ini.
Dengan adanya Alves, pemain ini akan memperkuatkan posisi bek kanan Barcelona yang kini diisi oleh Sergino Dest. Mungkin ada yang bertanggapan kepulangan Dani Alves akan menutup peluang Serginho Dest.
Ia tidak sepatutnya dilihat begitu. Di dalam bola sepak profesional, tua atau muda, setiap pemain seharusnya ‘push to the limit’ dan menampilkan kemampuan maksima masing-masing untuk menjadi pemain yang lebih baik. Ia harus dilihat sebagai persaingan yang sihat di antara dua generasi pemain ini.
Ianya menarik untuk melihat bagaimana kedua-duanya bersaing untuk merebut tempat di dalam kesebelasan utama Barcelona selepas ini.
Bantuan untuk Xavi
Selain Pique, Busquets dan Alba, Xavi boleh memanfaatkan kehadiran Dani Alves untuk ‘mengembangkan’ kembali corak permainan Tiki-Taka yang pernah menjadi trademark skuad Barcelona suatu ketika dahulu.
Anda harus faham perkara ini terlebih dahulu: Ianya mustahil untuk Xavi mengembalikan corak permainan tiki taka sama seperti pada era Pep Guardiola. Pada hari ini, falsafah permainan sedemikian sudah dianggap lapuk kerana ia telah berkembang kepada corak permainan yang lebih moden seperti yang kita lihat di Bayern Munich dan Manchester City.
Apa yang boleh dilakukan oleh Xavi ialah untuk menggunakan asas falsafah yang sama untuk membentuk corak dan gaya permainan baharu yang mempunyai trademark beliau tersendiri.
Barcelona president Joan Laporta: “Dani Alves is helping the club in many ways – and he also offered us his help on a sporting perspective. With Puyol there is a very direct relationship. They can help if Xavi needs them”. 🔴 #FCB pic.twitter.com/dMauutNoWA
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) November 8, 2021
Siapakah yang lebih memahami asas falsafah tersebut jika bukan pemain sendiri seperti Dani Alves. Ini bermakna kehadiran Dani Alves akan jadi tambahan penting bagi Xavi untuk mengimplementasikan idea baru beliau di Barcelona nanti.
Selain itu Xavi juga boleh menggunakan pengalaman Dani Alves yang pernah beraksi di saingan liga yang berbeza untuk melakukan pendekatan taktikal kepada pemain Barcelona yang lain.
Dengan kata lain Dani Alves akan memudahkan Xavi membentuk skuad Barcelona yang baharu.
Penutup
Selepas Dani Alves, beberapa bekas pemain daripada skuad 2010 juga dilaporkan akan menyertai Xavi di Barcelona – walaupun bukan sebagai pemain.
Antaranya adalah Carles Puyol dan juga Andres Iniesta. Mereka dikatakan sedih melihat keadaan semasa Barcelona dan mahu bersama-sama menjadikan Barcelona kembali sebagai sebuah pasukan disegani di Sepanyol dan Eropah.