3 Perkara Perlu Luqman Hakim Perbaiki Untuk Terus Bersinar Di Jepun

Pemain muda Harimau Malaya iaitu Luqman Hakim Shamsudin ketika ini boleh dianggap sedang melalui pengalaman baharu dalam dunia bola sepak profesional bersama YSCC Yokohama di Jepun.

Dipinjamkan bersama YSCC Yokohama dalam saingan J3 League di Jepun, pastinya Luqman memiliki harapan cukup tinggi untuk memperoleh lebih banyak minit permainan berbanding aksi dihadapi sebelum itu.

Setakat ini, perjalanan karier Luqman di Jepun boleh dianggap samar-samar selepas pemain tersebut hanya memperoleh ruang untuk beraksi sebanyak empat kali dan boleh dianggap belum cukup menyakinkan.

Beraksi selaku penyerang, sememangnya ia suatu tugas berat buat Luqman untuk memastikan beliau terus kekal menonjol menerusi penghasilan gol.

Malah, penyerang kelahiran Kelantan itu sendiri meletakkan sasaran peribadi untuk sekurangnya meledak 10 gol dalam saingan tersebut pada musim ini.

Berdasarkan empat perlawanan telah diharungi Luqman di Jepun, beberapa aspek masih perlu diperbaiki bintang muda Harimau Malaya itu untuk terus kekal relevan serta mencerahkan lagi peluang bagi dirinya meledak gol.

Aspek kawalan bola

Menerusi aksi lalu dipamerkan oleh Luqman, kelemahan ketara pemain ini pastinya daripada segi kawalan bola yang dianggap masih lemah dan mempunyai banyak ruang untuk diperbaiki.

Ada beberapa kali situasi Luqman berhadapan lawan secara individu, dan gerakan badannya begitu mudah dibaca serta pergerakannya begitu mudah dibaca.

Seperti diketahui, para pemain di Jepun memiliki aspek kawalan bola yang cukup baik walaupun mereka beraksi di saingan divisyen ketiga, dan sepanjang berada bersama YSCC Yokohama, ini merupakan peluang buat Luqman untuk mengatasi isu tersebut.

Kreativiti membina serangan

Luqman merupakan antara pemain yang mempunyai ‘work rate’ sangat tinggi jika dilihat pada dua perlawanan lalu, selepas beliau kerap turun ke bawah untuk mendapatkan bola serta membina serangan.

Tetapi, sisi kelemahan pemain ini begitu terserlah ketika beliau mahu menggerakannya dengan beberapa hantaran dibuat pemain tersebut sedikit terburu-buru dan gagal dibaca oleh rakan sepasukan lain.

Perbaiki mutu penyudah

Luqman yang diketahui suatu ketika merupakan seorang penyerang yang cukup berbisa dan mampu meledak gol dari pelbagai arah pada awal pembangunannya.

Namun momentum tersebut seolah tersekat selepas bintang muda Malaysia itu berhijrah ke Belgium, dengan hanya kualiti fizikal, stamina, serta kepantasan sahaja dilihat semakin meningkat.

Tetapi ini adalah cabaran terbaik buat Luqman untuk kembali mendapatkan sentuhannya, dengan peluang lebih besar akan kerap diberi buat bintang muda Malaysia ini dalam setiap perlawanan akan datang jika ada sesuatu positif ditampilkan pada sesi latihan.

Momentum tersebut sudah tentu secara perlahan-lahan akan kembali datang buat dirinya untuk tampil lebih yakin di hadapan gol seperti pernah dilakukannya pada suatu ketika.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN