3 Penjaga Gol Sudah ‘Ternganga’ Kini Hadapi Sentuhan Bisa Safawi Rasid

Nama Safawi Rasid terus menjadi suatu fenomena musim ini dalam kalangan peminat bola sepak di saingan Liga Malaysia (Liga M) untuk musim 2024/2025 menerusi ketajaman sudah dibuktikannya.

Siapa sangka, tatkala ramai menjangkakan prestasi pemain tersebut yang semakin suram kini Safawi berjaya membuktikan dirinya masih lagi merupakan aset buat pasukan diwakilinya.

Segalanya tidak akan berlaku jika pengurusan Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak mengambil langkah bijak untuk meminjamkan Safawi demi memulihkan kembali prestasi beliau bersama Terengganu.

Kembali bersama Terengganu musim ini, nama Safawi mula menjadi topik perbincangan dalam kalangan peminat jika dirinya mampu mengembalikan semula ketajamannya di hadapan gawang gol.

Malah, ada peminat pada awalnya turut memberi kritikan dan pendapat menerusi dakwaan kualiti pemain tersebut sukar untuk dipulihkan semula dan bakal menjadi bebanan buat Sang Penyu.

Namun, Safawi berjaya menutup kritikan tersebut bersama aksi cukup menyakinkan untuk mengisi posisi sayap kanan pasukan bawah kendalian Tomislav Steinbruckner.

Paling menyerlah, sudah tentu pada keupayaan beliau yang pakar menyudahkan situasi sepakan percuma menerusi ketajamannya yang telah terbukti.

Rekod semasa menyaksikan pemain Harimau Malaya ini sudah pun meledak enam gol bersama satu bantuan jaringan daripada 11 perlawanan dihadapi bersama Terengganu.

Uniknya, tiga daripada enam gol tersebut dihasilkan Safawi menerusi situasi sepakan percuma yang berjaya menggamamkan penjaga gol lawan.

Bermula dengan sepakan percuma beliau ketika berdepan Selangor bagi aksi pertama separuh akhir Piala FA 2024/2025 lalu yang menggamamkan Sam Somerville, ianya diteruskan pada aksi seterusnya pula.

Safawi meneruskan momentum itu pada aksi Liga Super ketika Sang Penyu mengetepikan cabaran Negeri Sembilan dan salah satu jaringan dihasilkan pemain tersebut untuk menyebabkan penjaga gol lawan, Aqil Razak turut tergamam.

Kemuncak terbaharu pastinya ketika rembatan deras Safawi berjaya menyebabkan Azri Ghani selaku penjaga gol Kuala Lumpur City (KL City) terkaku di laman sendiri.

Walaupun Safawi kini mungkin sedikit terbatas daripada segi kelincahan, sumbangan besar beliau daripada segi penyudah berjaya menggembirakan para penyokong termasuk kami di Semuanya BOLA kini untuk melihat beliau terus menyinar.

Bagaimana pula pandangan anda?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN