Bayern Munich telah dikaitkan dengan ramai pengurus untuk mengambil alih kerusi panas menggantikan Ancelotti. Sebelum ini 3 calon yang berlegar adalah Jurgen Klopp, Julian Nagelsmann dan Thomas Tuchel.
Namun Nagelsmann dan Klopp sudah memberikan bayangan yang mereka tidak akan meninggalkan kelab mereka yang ada sekarang. Kini ada 3 lagi pengurus yang dikaitkan dengan jawatan tersebut.
1. Louis Van Gaal
Sumber Westdeutsche Allgemeine Zeitung mendedahkan yang Louis Van Gaal antara calon yang disenaraikan oleh Bayern Munich
Bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila bekas pengendali Manchester United di dalam senarai. Beliau antara pengurus yang memulakan revolusi bola sepak moden di Bayern Munich.
Mengubah pendekatan bola sepak klasik Jerman kepada sistem yang berbentuk free flowing. Beliau menjadikan Thomas Muller sebagai pemain elit.
Asas yang kuat oleh Van Gaal memudahkan pengurus seperti Pep Guardiola membentuk skuad yang berasaskan bola sepak moden.
Van Gaal menguruskan Bayern Munich dari 2009-2011. Menjuarai 2 piala domestik pada musim pertama dan mara ke final UCL pada musim kedua.
Beliau kemudian menguruskan pasukan kebangsaan Belanda dan berjaya membantu mereka mara sehingga ke separuh akhir sebelum ke Manchester United.
Louis Van Gaal sebelum ini menyatakan beliau sudah bersara daripada pengurusan bola sepak sepenuhnya kerana keluarga. Namun tidak mustahil beliau akan kembali semula.
2. Luis Enrique
Sumber talksporst mendedahkan yang berita tentang minat Bayern ke atas Luis Enrique ada asas.
Enrique pernah membantu Barcelona mendapat treble kedua di dalam sejarah kelab mereka pada musim pertama beliau mengambil alih pengurusan di Barcelona.
Pengurus ini meninggalkan jawatan beliau di Camp Nou selepas tekanan tinggi ke atas beliau. Ini kerana Barcelona ketika itu berada di belakang Real Madrid dalam La Liga.
Mereka juga tewas 4-0 dalam perlawanan suku akhir pertama UCL di tangan PSG. Enrique mengumumkan beliau akan melepaskan jawatan selepas itu.
Namun segalanya seakan-akan berubah apabila Barcelona menang dengan epik 6-1 ke atas PSG dalam perlawanan kedua dan menghidupkan semula persaingan kejuaraan La Liga dengan Real Madrid.
Bayern Munich melihat Enrique ada potensi yang kuat untuk membawa semula DNA permainan ala Guardiola ke dalam pasukan mereka selepas calon utama mereka Julian Nagelsmann dikatakan menolak jawatan tersebut buat masa ini.
3. Jupp Heynckes
The Guardian melaporkan Bayern Munich mempertimbangkan untuk meminta bantuan Heynckes menjadi interim sehingga akhir musim ini. Ini untuk membolehkan Bayern memilih calon terbaik untuk jawatan tetap itu selepas ini.
Sebelum ini Jupp Heynckes pernah menjadi interim di Bayer Munich pada 2009. Beliau kemudian menguruskan Bayer Leverkusen.
Sebelum tamat musim 2010/11, Bayern mengumumkan pemecatan Van Gaal selepas tewas di final UCL.
Jupp Heynckes memulakan jawatan beliau di Bayern Munich dengan tekanan. Beliau bukan pengurus yang disukai oleh penyokong pada awalnya kerana Bayern Munich berhadapan dengan masalah prestasi pada proses transisi
Bayern Munich menamatkan liga di belakang Borussia Dortmund pada musim pertama beliau di sana 2011/12.
Heynckes sendiri mendengar dirinya akan digantikan oleh Pep Guardiola pada musim 2013/14. Heynckes terus mengumumkan beliau akan bersara pada akhir musim 2012/13.
Namun musim perpisahan Heynckes dan Bayern sangat indah. Membuatkan beliau disayangi penyokong dan dianggap antara pengurus terbaik dalam sejarah mereka.
Heynckes membantu Bayern memenangi UCL untuk melengkapkan musim treble mereka. Ia kekal UCL terakhir yang pernah dimenangi Bayern Munich.
Siapa yang akan ambil alih jawatan di Bayern Munich?