3 Pembelian Mandatori Oleh Man Utd Untuk Rangkul Premier League Musim Hadapan

Jika pada awal musim, semua pihak termasuk penyokong Manchester United sendiri tidak akan percaya jika kami katakan skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer mampu mencabar kejuaraan pada musim ini.

Ia kedengaran seperti impian Mat Jenin yang suka bermimpi di siang hari. Tetapi sekurang-kurangnya Man United berjaya menduduki tangga teratas Liga Perdana Inggeris selama beberapa minggu pada Januari lalu.

Malang sekali selepas beberapa persembahan meyakinkan, skuad yang dikenali dengan jolokan nama The Red Devils ini gagal mengekalkan aksi konsisten untuk bersaing dengan Manchester City yang mempunyai kelebihan selesa 14 mata selepas 27 perlawanan.

Harus diakui Ole Gunnar Solksjaer telah melakukan tugasan beliau dengan baik sekali membentuk pasukan yang ada pada hari ini. Namun ia tidak bermakna pasukan ini sudah lengkap. Jika benar Man United bercita-cita tinggi menamatkan kemarau kejuaraan yang sudah mencecah tujuh musim, maka beberapa pembelian pemain lain harus dilakukan.

Berikut adalah beberapa posisi yang wajib diperkuatkan, dan pemain yang boleh dibawa masuk pada jendela perpindahan musim panas akan datang sekiranya Man United bercita-cita bergelar pencabar pada musim hadapan.

Pemain sayap kanan: Jadon Sancho

Sudah agak lama Manchester United tidak memiliki seorang pemain sayap kanan sejati sejak Nani. Fred sering kali digunakan di sebelah kanan – tetapi beraksi lebih ke tengah – dalam posisi 4-2-3-1 atau 4-3-3 Man United.

Apa yang Man United perlukan hari ini ialah seorang pemain yang mampu menghadirkan ancaman dari kawasan wide area. Pemain tersebut juga bukan sahaja berkemampuan menjana gerakan dari tengah, malah turut mampu melakukan ancaman di bahagian akhir serangan.

Pada musim ini, Mason Greenwood, Marcus Rashford, dan Daniel James menghadirkan impak sedemikian. Pemain seperti Jadon Sancho pula mempunyai kelebihan persamaan tiga pemain ini, selain turut mampu beraksi di bahagian lebih rendah secara lebih efektif seperti Fred di blok rendah.

Dortmund’s English midfielder Jadon Sancho scores a penalty during the German first division Bundesliga football match between Borussia Dortmund and DSC Arminia Bielefeld in Dortmund, western Germany, on February 27, 2021. (Photo by Ina Fassbender / various sources / AFP) / DFL REGULATIONS PROHIBIT ANY USE OF PHOTOGRAPHS AS IMAGE SEQUENCES AND/OR QUASI-VIDEO

Itulah sebab utama Ole Gunnar Solksjaer begitu mahukan pemain sayap antarabangsa England ini. Apatah lagi corak permainan Man United yang terkenal dengan transisi 4-2-3-1 ketika bertahan kemudiannya berubah kepada 4-3-3 ketika serangan, maka pemain seperti Sancho menawarkan composure dan stabiliti yang lebih baik di sebelah kanan.

Banyak persoalan menyelubungi masa depan Sancho bersama Borussia Dortmund pada hari ini. Adakah kelab Jerman itu akan terus bersabar dengan prestasi merudum Sancho dan akan terus menyimpan pemain ini untuk musim hadapan? Atau membenarkan sahaja Sancho kembali ke Manchester untuk mencari nafas baharu.

Man United pernah gagal mendapatkan Sancho sebelum ini. Tetapi sepertimana Bruno Fernandes, Man United akhirnya akur bahawa mereka perlu mengisi keperluan yang ada di dalam pasukan. Adakah ianya akan berulang dengan Sancho? Harga Sancho mungkin lebih rendah menjelang Jun hadapan.

Penyerang tengah: Erling Braut Haaland

Salah satu posisi di mana Manchester United jelas sekali bermasalah ialah di bahagian serangan kerana ketiadaan pemain No.9. Beberapa penyelesaian jangka masa singkat telah dilakukan Ole Gunnar Solksjaer sebelum ini. Antaranya membawa masuk Odion Ighalo secara pinjaman, dan kini Edinson Cavani.

Cavani sememangnya adalah penyerang berkelas dunia. Namun usia tidak memihak kepada pemain antarabangsa Uruguay tersebut. Ini bermakna Ole Gunnar Solksjaer dan Manchester United sentiasa terbuka untuk mendapatkan seorang penyerang tengah setelah sering bersilih ganti menggunakan Anthony Martial dan Edinson Cavani di posisi tersebut sepanjang musim ini.

Haaland dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United sepanjang tahun 2019, sebelum mengejutkan ramai dengan pengumuman perpindahan ke Jerman pada Januari 2020

Dortmund’s Norwegian forward Erling Braut Haaland controls the ball during the German Cup (DFB Pokal) quarter-final football match between Borussia Moenchengladbach and Borussia Dortmund in Moenchengladbach, western Germany, on March 2, 2021. (Photo by Ina Fassbender / various sources / AFP) / DFB REGULATIONS PROHIBIT ANY USE OF PHOTOGRAPHS AS IMAGE SEQUENCES AND QUASI-VIDEO.

Ia juga bermakna Haaland menolak untuk disatukan kembali bersama Solksjaer yang memainkan peranan besar membentu beliau ketika kedua-duanya bersama Molde.

Walaupun tidak meneruskan kerjasama dengan pengurus Manchester United itu, Haaland mengakui betapa pentingnya peranan Solksjaer dalam perkembangan beliau sebagai seorang pemain.

Walaupun baru memasuki tahun kedua kontrak bersama Borussia Dortmund, masa depan Erling Haaland kini sudah mulai menjadi perbincangan akhbar di eropah.

Kontrak Haaland bersama Dortmund dikatakan mempunyai klausa perpindahan berjumlah €75 juta. Namun klausa perpindahan tersebut hanya boleh diaktifkan mulai musim panas 2022.

Kenyataan terbaru dari Haaland yang berkata akan mempertimbangkan Manchester United sebagai salah sebuah enam kelab yang akan disertai sekiranya meninggalkan Borussia Dortmund selepas ini bermakna semuanya kini terpulang kepada Ed Woodward untuk menjana perpindahan.

Bek tengah: Ibrahima Konate

Salah satu kelemahan Manchester United yang gagal diselesaikan sejak beberapa musim lalu ialah posisi bek tengah. Man United berbelanja besar untuk mendapatkan Harry Maguire dari Leicester City sebelum ini. Namun pasangan kepada bek tengah England itu saling silih berganti di antara Eric Bailly, Alex Tuanzebe dan Victor Lindeloff.

Bailly sering mengalami masalah kecederaan. Lindeloff pula dikenali kerana kesilapan-kesilapan mudah, tatkala kegugupan Tuanzebe menimbulkan tanda tanya mengenai potensi sebenar pemain muda ini.

Ramai bek tengah telah dikaitkan dengan Man United sejak beberapa musim yang lalu. Tidak seorang pun yang akhirnya datang ke Old Trafford dan bergelar anggota Red Devils – sama ada kerana harga yang tidak munasabah atau kerana tidak menepati ciri-ciri yang dikehendaki.

Paris Saint-Germain’s French forward Kylian Mbappe (L) vies for the ball with Leipzig’s French defender Ibrahima Konate during the UEFA Champions League Group H second-leg football match between Paris Saint-Germain (PSG) and RB Leipzig at the Parc des Princes stadium in Paris on November 24, 2020. (Photo by FRANCK FIFE / AFP)

Dayot Upamecano dilihat sebagai calon sesuai kerana kemampuan fizikal dan attributes yang dimiliki pemain ini. Namun sekali lagi Man United terpaksa pasrah apabila pemain seperti ini pantas disambar oleh Bayern Munich.

Selepas Man United tidak mampu membawa masuk Upamecano, mengapa tidak Solksjaer beralih sahaja kepada pasangan beliau di RB Leipzig, Ibrahima Konate.

Konate adalah pemain yang lebih muda dari Upamecan0, namun pada usia 21 tahun sudah mampu menyinar di Bundesliga pada musim ini. Seperti Upamecano, Konate juga berasal dari Perancis, bijak, pantas dan selesa dengan bola; selain memiliki fizikal yang sasa – aset yang penting di kalangan pemain pertahanan di Premier League.

Penutup

Selain tiga posisi ini, ada dua posisi lain Man United turut perlu perkuatkan. Namun ia dikategorikan sebagai pembelian bukan mandatori. Posisi lain dimaksudkan ialah bek kanan. Seorang lagi pemain perlu dibawa masuk untuk posisi ini sebagai pesaing atau back-up kepada Aaron Wan-Bissaka.

Begitu juga dengan posisi pemain tengah bertahan/defensive midfielder berikutan usia Nemanja Matic yang semakin meningkat. Namun sekurang-kurangnya Solksjaer sudah memili Scott McTominay dan Fred yang boleh beraksi secara duo di posisi tersebut.

Tiga cadangan di atas adalah senarai wajib Man United perlu laburkan pada jendela musim panas akan datang sekiranya mahu mengekalkan momentum peningkatan sekaligus mengembalikan kegemilangan Manchester United yang telah lama hilang.

 

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca artikel menarik lain daripada kami melalui pauta di bawah:

5 Sebab Kenapa Manchester United Sudah Boleh Lupakan Kejuaraan EPL Musim Ini

Paul Scholes: Kisah Tawaran Dari Inter Milan & Penyesalan Terbesar Dalam Karier

3 Kelab Yang Boleh Disertai Dean Henderson Jika Terus Dipinggir Manchester United

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN