3 Pemain Senior Kedah Sah Tidak Disambung Kontrak Musim Hadapan

Menerusi penstrukturan semula yang dibuat oleh Kedah Darul Aman (KDA) untuk musim hadapan, pasukan tersebut sah tidak lagi menyambung kontrak tiga pemain senior mereka.

Ketiga pemain tersebut adalah Mohd Syazwan Zainon, Azamuddin Akil, dan penjaga gol berpengalaman iaitu Shahril Saa’ri yang merupakan pemain antara tunjang utama kekuatan KDA sejak beberapa musim ini.

Perkara tersebut disahkan sendiri menerusi media rasmi KDA yang mengumumkan komtrak ketiga pemain ini tidak lagi diperbaharui dalam usaha untuk tampil serba baharu tahun hadapan.

“KDA FC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada 3 pemain senior pasukan Kedah musim 2022, jasa anda bakal dikenang sepanjang zaman.

“Mohd Syazwan Zainon yang mula mewakili pasukan Kedah di era Tan Cheng Hoe pada 2013 hingga 2018 kembali menyarung jersi hijau kuning sejak 2 musim lepas di bawah kendalian Aidil Sharin Sahak.

“Azamuddin Akil yang berhasrat kembali dari kecederaan pada 2019, sanggup menandatangani kontrak tanpa gaji sehingga beliau benar-benar pulih untuk membantu pasukan namun atas faktor usia, aksi lincah beliau agak terhad sepanjang mewakili Kedah di era jurulatih Aidil Sharin Sahak. Beliau antara pemain yang membantu memenangi Piala FA buat Kedah di tahun pertamanya.

“Shahril Saa’ri pula hadir ketika perubahan di barisan penjaga gol yang memerlukan suntikan baru pada musim 2020, aksi tangkas ketika di perlawanan Play-Off AFC Champions League menentang Seoul FC antara menaikkan nama beliau dan menjadi sebutan penyokong hijau kuning,” jelas kenyataan tersebut.

Tambah kenyataan tersebut, ahli lembaga KDA telah pun memutuskan untuk membawa haluan baharu pada musim hadapan dan ketiga pemain ini tidak lagi diperbaharui kontrak musim hadapan.

“KDA FC mengucapkan selamat maju jaya dalam karier bolasepak mereka bersama pasukan baru.

“Rekod Mohd Syazwan Zainon, Azamuddin Akil dan Shahril Sa’ari terpahat dalam lipatan sejarah bola sepak hijau kuning, namun ingat anda selamanya berdarah hijau kuning!”.

Sebelum itu, mereka juga sah tidak menyambung kontrak untuk lima pemain import musim ini dan akan ada perubahan lebih besar menerusi khidmat tonggak baharu untuk memperkuatkan KDA.

Kelima pemain import tersebut merupakan Ronald Ngah Wanja, Marc Vales, Sanrawat Detchmitr, Mahmoud Al-Mardi, dan Dechi Marcel.

Dikhabarkan juga, dua pemain muda yang berasal dari Algeria dan Kosovo bakal memperkuatkan skuad kedua KDA pada musim hadapan untuk turun menjalani latihan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN