3 Pemain Remaja Bordeaux Digantung Kerana Kes Pukul Rakan Sepasukan

Tiga pemain skuad remaja dari akademi Bordeaux telah digantung serta merta bersama pasukan selepas didakwa memukul rakan sepasukan sehingga menyebabkan kecederaan serius.

Insiden tersebut berlaku pada 30 September lalu di padang latihan, dan semua pemain yang terlibat berusia 16 tahun.

“Kami sedang memberikan sokongan kepada pemain yang tercedera dan akan bersama beliau pada masa sukar ini,” ujar satu kenyataan daripada kelab.

“Kami mengambil tindakan pantas selepas insiden dengan menggantung tiga pemain yang terlibat tatkala siasatan turut dijalankan.”

Menurut satu sumber kepada ESPN, ketegangan di kalangan pemain bermula dua hari sebelum itu ketika skuad Bordeaux Bawah-17 tewas satu perlawanan kepada Nantes.

Pertengkaran dilihat berlaku di kalangan pemain pada hari itu, sebelum ianya melibatkan serangan secara fizikal.

Mangsa dikatakan mengalami kecederaan serius di paha dan dibenarkan meninggalkan hospital pada Khamis lalu.

Bagaimanapun pemain yang mengalami kecederaan itu terpaksa berehat sekurang-kurangnya dua minggu sebelum pulih sepenuhnya untuk kembali bermain bola sepak.

Ketiga-tiga pemain lain yang terlibat di dalam insiden itu telah pun disoal siasat oleh pihak kelab sebagai sebahagian daripada siasatan dalaman yang dilakukan.

Mereka juga turut dibawa ke balai polis pada Rabu lalu, sebelum dibebaskan selepas soal siasat dilakukan. Pihak polis turut memandang serius kes tersebut.

Daily Mail pula melaporkan ketiga-tiga pemain telah disingkirkan, namun sehingga kini belum ada pengesahan dari pihak kelab mengenai perkara itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN