3 Pemain Paling Menyerlah Dalam Aksi Separuh Akhir Piala FA 2022

Saingan separuh akhir Piala FA sudah pun tamat dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu mengesahkan tempat ke final untuk menentukan status juara pada musim ini.

Sebelum itu, JDT tidak bermasalah untuk mengetepikan cabaran Penang di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) dengan kemenangan besar memihak tuan rumah apabila merekodkan keputusan 6-1.

Sementara itu, Terengganu pula terpaksa berhempas pulas ke penentuan penalti untuk menewaskan Selangor di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) dengan penentuan penalti memihak tuan rumah, setelah sebelum itu mereka terikat 1-1 pada masa sebenar perlawanan.

Lebih unik, kedua pasukan yang layak ke final itu juga merupakan tuan rumah untuk perlawanan masing-masing dengan berbekalkan sorakan padu penyokong.

Sepanjang dua perlawanan tersebut berlangsung, ada tiga pemain yang menonjol untuk membantu pasukan masing-masing meraih kemenangan.

Rahadiazli Rahalim

Penjaga gol muda Terengganu ini boleh dikatakan sedang menikmati musim terbaiknya bersama pasukan setelah beliau tidak beraksi pada tahun lalu kerana masalah kecederaan dialami.

Pada perlawanan menentang Selangor, aksi Rahadiazli wajar mendapat pujian ramai apabila penjaga gol ini beraksi cemerlang sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung untuk menepis percubaan dari Selangor.

Lebih manis, beliau juga wajar diangkat sebagai wira perlawanan apabila berjaya menyelamatkan dua sepakan penalti Selangor untuk membantu Terengganu mara ke pusingan akhir.

Arif Aiman Hanapi

Aksi Arif Aiman pada musim ini memang tidak boleh lagi dipertikaikan baik ketika bersama JDT atau ketika mewakili pasukan kebangsaan.

Pada perlawanan menentang Penang, aksi Arif berjaya mengkucar kacirkan pertahanan Penang menerusi larian deras serta skil individu yang dipamerkan beliau untuk menghidupkan jentera serangan JDT.

Pemain ini juga berjaya mempamerkan ketajaman beliau di hadapan gol apabila melakar hatrik pada perlawanan tersebut untuk dijulang sebagai wira perlawanan.

Faisal Halim

Walaupun berfizikal kecil, kelibat Faisal di bahagian serangan tidak boleh dipertikaikan lagi oleh mana-mana pasukan Liga Malaysia (Liga-M).

Pada aksi semalam, Faisal berjaya meledak gol penyamaan buat Terengganu setelah sebelum itu mereka ketinggalan 1-0 di separuh masa pertama.

Gerakan solo Faisal berjaya mengelirukan pertahanan pelawat sebelum tenang beliau menyudahkan peluang terbuka untuk menewaskan Sam Somerville.

Kelicikan Faisal juga kerap memberi kesukaran buat pertahanan pelawat untuk mengepung beliau selain beberapa siri percubaan beliau tajam menuju ke gawang Selangor.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN