3 Pemain Malaysia Tampil Cemerlang Ketika Hadapi Cabaran Thailand

Malaysia secara rasminya mencipta kekalahan sulung mereka di pentas Asean Championship 2024, selepas mereka telah pun mengharungi tiga perlawanan pada kejohanan tersebut bersama cabaran cukup getir.

Setelah meraih keputusan seri pada aksi sulung bertemu Kemboja serta mencipta kemenangan tipis menentang Timor Leste, kali ini Harimau Malaya terpaksa menerima hakikat kekalahan sulung di tangan Thailand.

Sebenarnya, ramai peminat menjangkakan pasukan kebangsaan bakal mencipta kekalahan pada aksi bertemu Thailand dengan tak kurang turut meramalkan Malaysia mungkin bakal menjadi pasukan belasahan gergasi Asia Tenggara itu.

Namun, sebaliknya berlaku apabila Malaysia mampu memberi cabaran hebat kepada lawan sepanjang aksi berlangsung sebelum kesilapan Haziq Nadzli memusnahkan harapan negara untuk sekurangnya meraih keputusan seri.

Apapun, ia masih satu aksi yang sangat baik buat pasukan kebangsaan selepas kita tampil sedikit kecewa jika melihat pada dua perlawanan lalu.

Pada aksi tersebut, tiga pemain Malaysia sebenarnya wajar dipuji walaupun tewas kepada Thailand jika dilihat pada pelbagai ujian dan kesukaran dihadapi mereka sebelum aksi bermula sehingga ke wisel penamat.

Sergio Aguero

Pemain naturalisasi dari Argentina ini tampil bersama kualiti cukup menyakinkan sepanjang aksi berlangsung selaku nadi utama Harimau Malaya.

Beraksi di bahagian tengah, Aguero antara pemain yang cukup sibuk dan hampir serata arah padang beliau bergerak dalam usaha untuk memastikan penguasaan bola menjadi milik pasukan kebangsaan.

Selain aktif membantu serangan Malaysia, Aguero juga kerap turun ke bawah untuk membentuk kombinasi bersama Syamer bagi mengekang setiap pergerakan pasukan lawan.

Fazrul Amir

Antara pemain paling mencuri tumpuan di posisi serangan negara semalam menerusi kelincahan serta kerajinan beliau untuk sentiasa bergerak sepanjang diberi peluang beraksi.

Pada aksi itu, Fazrul tampil dengan jauh lebih berkeyakinan selain gerakan lincah beliau beberapa kali memberi kesukaran buat pertahanan lawan untuk mengekangnya dari bahagian kiri.

Gandingan beliau bersama Adib Raop wajar menerima pujian dek kerana persefahaman mereka membentuk serangan berkualiti serta berdisiplin pada bahagian pertahanan.

Haqimi Azim

Diletakkan selaku penyerang tunggal, jelas ia sebenarnya mampu menjadi sebuah tekanan cukup tinggi buat mana-mana pemain muda jika mereka tidak mempunyai keyakinan serta motivasi sekuat Haqimi.

Haqimi berjaya memenuhi tuntutan tersebut dengan sangat baik pada aksi itu walaupun beliau tidak meledak sebarang gol atau mencipta percubaan tepat berbahaya ke arah gawang lawan.

Kekuatan fizikal serta kepantasan beliau digunakan dengan sangat baik pada aksi tersebut untuk sekurangnya menyaingi pertahanan lawan serta membuka ruang kepada pemain lain mencipta peluang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN