Saingan kelayakan Piala Asia bawah 23 (B-23) bakal berlangsung beberapa hari sahaja lagi dengan tumpuan penuh kini diberikan kepada skuad Malaysia B-23 yang akan memulakan cabaran di Chonburi, Thailand.
Malaysia yang gagal untuk memenuhi sasaran ditetapkan pada saingan Piala AFF B-23 sebelum itu mendapat kritikan keras daripada sekelompok besar penyokong tempatan dengan mengharapkan sesuatu lebih baik dapat dicetuskan oleh skuad kendalian E. Elavarasan untuk siri kelayakan ini.
Skuad Harimau Malaya B-23 kendalian E. Elavarasan turun menjalani latihan pertama di Stadium IPE selepas tiba di Thailand, hari ini. pic.twitter.com/9pOgJ0P2lC
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) September 4, 2023
Untuk aksi kelayakan ini, Malaysia telah diundi untuk berada dalam Kumpulan H bersama tuan rumah iaitu Thailand, Bangladesh serta Filipina yang dianggap seimbang.
Skuad kendalian Elavarasan bakal memulakan kempen kelayakan tersebut untuk menentang Bangladesh terlebih dahulu pada Rabu ini dalam misi mereka mencatat kemenangan sulung di peringkat kumpulan.
Tampil dengan rombakan baharu, beberapa pemain yang didaftarkan kali ini mempunyai rekod sangat bagus sebelum itu ketika mewakili kelab atau memberi sumbangan tersendiri di pentas antarabangsa.
Berikut merupakan tiga pemain muda negara yang dijangka mampu memberi impak besar dalam saingan kelayakan itu untuk cuba mendapatkan satu slot penting ke Piala Asia B-23 2024.
Najmudin Akmal
Pemain serangan negara ini telah pun membuktikan mengapa beliau wajar diberikan perhatian penuh, ekoran aksi positif ditampilkan Najmudin ketika saingan Piala AFF B-23.
⚽️ 2 attempts of Najmudin Akmal 🔴🔵
🎥 : Astro & MFL#PialaMFL2023 #TERIIJDTII #JDTII #NajmudinAkmal#SNESports pic.twitter.com/5oPkFqEJ8Y
— SNEsports (@SNE_Sports) August 12, 2023
Najmudin bukan sahaja seorang pemain yang sangat lincah serta pantas untuk membawa bola ke arah kubu pertahanan lawan, malahan bintang muda ini juga bijak melepaskan hantaran berbahaya untuk disudahkan rakan sepasukan lain.
Selain itu, pemain utama Johor Darul Ta’zim II (JDT II) ini juga mampu menawarkan bantuan dengan sangat baik di posisi pertahanan sebelum mencetuskan siri serangan balas pantas buat skuad kebangsaan.
Luqman Hakim Shamsudin
Penyerang muda yang mempunyai reputasi cukup baik pada awal pembangunan ini menjadi satu-satunya pemain tempatan kekal beraksi di Eropah selepas beberapa tahun.
Pada usia masih muda, Luqman telah pun membuktikan ketajaman beliau musim ini selepas dipinjamkan oleh K.V Kortrijk kepada Njarðvík FC dengan beberapa gol sudah dihasilkan.
Luqman Hakim Shamsudin grabbed a double as 🇲🇾 Malaysia maintained their perfect start in Group B of the #SEAGames with a second straight victory over 🇱🇦 Laos earlier tonight! #SEAGames31 #SEAGames2021 pic.twitter.com/uhOkE1Bjei
— ESPN Asia (@ESPNAsia) May 11, 2022
Pengalaman luas dimiliki Luqman di pentas Eropah pastinya ditagih Elavarasan untuk mengemudi serangan utama negara ketika berdepan pasukan-pasukan lawan untuk aksi kelayakan ini.
Alif Ikmalrizal
Penampilan sulung beliau di pentas antarabangsa bersama skuad B-23 negara boleh dianggap sangat cemerlang walaupun Malaysia gagal melangkah ke pusingan final Piala AFF B-23.
Apa tidaknya, Alif telah pun meledak tiga gol secara keseluruhan bersama satu bantuan jaringan dan dinobatkan selaku penjaring terbanyak kejohanan tersebut bersama bintang Vietnam, Dinh Xuan Tien.
Tahniah kepada penyerang skuad Harimau Malaya B-23, Alif Ikmalrizal Anuar yang berjaya muncul sebagai Penjaring Terbanyak Kejuaraan B-23 AFF 2023 di Rayong, Thailand bersama penyerang Vietnam, Dinh Xuan Tien dengan 3 gol.#FAM #HarimauMalaya #AFFU23 pic.twitter.com/86pEXz5q37
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) August 26, 2023
Pastinya reputasi semasa Alif menjadi tumpuan ramai untuk menyaksikan jika beliau mampu memberi impak positif pada kejohanan seterusnya ini bawah kendalian Elavarasan.